Klinik Bekam lintah Putra Phoenix kini maju setapak lagi dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.InsyaAllah kalau tiada masalah,saya akan memulakan Terapi Bekam Lintah dari rumah ke rumah.
sekarang ini bermacam-macam kaedah rawatan untuk merawat penyakit. Ada yang moden dan ada yang alternatif,ada yang berkesan dan ada yang hanya indah khabar dari rupa.
Masyarakat kini lebih berkecenderungan untuk memilih rawatan alternatif walaupun secara teorinya kadang-kadang penyakit yang dihidapi tidak akan terkawal/sembuh dengan rawatan tersebut.
atas beberapa factor:
1-Kos rawatan yang agak murah
2-Amat berkesan untuk penyakit tertentu.
3-Tidak memerlukan peralatan/mesin yang mahal.
4-Senang dilakukan.
Pengenalan:
Penggunaan Lintah dalam perubatan sebenarnya sudah bermula pada 1500bc lagi,dahulunya ia dilakukan oleh pengamal perubatan alternative seperti bekam darah.Lintah yang digunakan ialah lintah khas iaitu Lintah Perubatan “Hirudo Medicinalis”yang dipelihara dan dijaga khas untuk tujuan perubatan. kebanyakkan lintah yang di gunakan di malaysia adalah spiesis hirudinaria manillensis iaitu jenis lintah kerbau, sawah atau bendang. mungkin ramai yang menjangkakan ia adalah spiesis hirudo medicinalis..ternyata ia salah.namun kedua- kedua jenis ini sama berkesan dalam perubatan.Rahsia perawatan Lintah sebenarnya terkandung di dalam air liur lintah yang mengandungi 18 jenis bahan kimia yang baik untuk perubatan.
Penyakit-penyakit yang biasa dirawat:
Didapati Lintah digunakan secara meluas untuk penyakit berikut:
1-Muka-Sinus,Jerawat,Sakit kepala,Migrain.
2-Kawasan Telinga-Telinga bernanah,telinga berdesing,sakit telinga .
3-Kawasan Mata-rabun,sakit mata,Glaucoma,mata bengkak.
4-Leher-Darah Tinggi,Stroke.
5-Belakang-Kencing manis,sakit belakang,sakit otot.
6-Tulang belakang-sakit belakang kronik,slip disc.
7-Lutut/sendi-Gout,sakit sendi,arthritis.
8-Kulit-penyakit kulit,lebam-lebam,kayap.
9-Dada-Sakit Jantung,Asthma.
10-Perut-Gastrik,Batu Hempedu,Senggugut,penyakit berkaitan alat kelamin.
11-Kaki/Tangan-kejang otot,lenguh-lenguh,kebas-kebas,Penyumbatan salur darah,luka tak sembuh dll.
12-Lebam atau darah beku bawah kulit.
13-Salur darah tersumbat-Varicose Vein .
14-Luka lepas pembedahan jika darah bertakung.
15-Mati pucuk atau lemah syahwat.
Prosedur Rawatan:
Prosedur Rawatan:
Pesakit terlebih dahulu diminta berjumpa pegawai perubatan dan meminta pandangan sebelum sesuatu rawatan alternatif dijalankan, pengambilan sejarah penyakit dan pemeriksaan untuk menentukan penyakit dan kawasan untuk melekatkan lintah.
Pesakit akan berbaring atau hanya duduk dikerusi ,kawasan yang telah dikenal pasti akan dibersihkan dengan air normal saline untuk menghilangkan kotoran,pewangi,kosmetik dan sebagainya.
Lintah akan dilekatkan pada kawasan yang dikenal pasti ,setelah lintah mula menghisap darah ia akan dibiarkan melakukan kerjanya.Lintah akan jatuh sendiri bila sudah kenyang,biasanya ianya memakan masa antara 30min hingga 2 jam bergantung saiz yang di gunakan.
Luka gigitan akan dibersihkan dari darah tetapi kadangkala luka akan terus mengeluarkan darah hingga 12 jam.
Biasanya 3-5 ekor lintah akan digunakan untuk satu-satu penyakit,ada juga yang terpaksa menggunakan hingga 14 ekor lintah,ini bergantung kepada jenis penyakit.
Kos Rawatan:
Secara umum kos rawatan ialah RM 90.00 untuk satu penyakit ,setiap tambahan lintah akan dicaj RM15/seekor.Caj ini tidak termasuk caj ubat sapuan atau pil antibiotic jika perlu.Biasanya secara kasar untuk sekali rawatan kos yang dikenakan antara RM90.00 hingga RM 200.
Kekerapan Rawatan:
Bergantung kepada jenis penyakit,biasanya antara 1 kali rawatan /minggu atau lebih kerap jika perlu.Semakin serius sesuatu penyakit maka lebih kerap rawatan diberikan.Namun ianya juga bergantung kepada keadaan fizikal pesakit ,keadaan pesakit yang pucat dan tekanan darah yang rendah tidak mengizinkan pesakit untuk mendapatkan rawatan.
Golongan yang tidak sesuai untuk rawatan:
1-Terlalu tua atau kanak-kanak bawah 5 tahun.
2-Mempunyai tekanan darah rendah atau pucat.
3-Terlalu kurus.
4-Perempuan mengandung.
5-Alahan kepada gigitan lintah atau alahan kulit yang teruk.
6-Pesakit yang mengambil ubat pencair darah spt Warfarin atau Heparin.
7-Pesakit Leukaemia,Thalasemia dan sepertinya.
Kesan Samping Rawatan Lintah:
1-Pendarahan hingga 12 jam. Kesan gigitan membengkak. Luka yang berdarah adalah agen bakteria yang paling aktif. ia perlu di cuci bersih dan di jaga dari habuk dan kotoran. tangan dan kaki yang luka mudah di jangkiti bakteria atau kuman, akibatnya kawasan luka tersebut terasa gatal dan membengkak. cara bahagian yang terkena jangkitan bakteria tadi dengan menggunakan sabun atau dettol antiseotik dengan bersih. sediakan kain pembalut luka dengan banyak.
2- Terasa hendak demam- jika anda menjalani rawatan 2 jenis penyakit( 14 ekor lintah ) mungkin anda akan terasa hendak demam pada keesokkan harinya, ia bergantung pada kekuatan anti-body seseorang. tetapi anda jangan risau, anda akan merasa lebih sihat pada hari-hari yang berikutnya.
3- darah sukar berhenti- ia berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor:-
pertama anda mempunyai darah kotor atau kolestrol dalam darah yang banyak pada bahagian tersebut dan tidak tertampung oleh lintah.
kedua anda mempunyai jenis darah yang cair atau pengamal ubat pencair darah atas nasihat doktor, saya nasihatkan supaya anda tidak perlu risau dan ia akan berhenti setelah kolestrol dalam darah di kawasan itu habis keluar dan darah mula membeku pada kesan gigitan.anda di nasihatkan jangan menanggalkan darah beku pada kesan gigitan supaya tidak berlaku pendarahan semula, jika berlaku ia hanyalah untuk sementara sahaja.
4- Kesan gigitan terasa gatal- anda tidak di galakkan menggaru di kawasan gigitan lintah itu. sapukan cream mopiko atau blam sahaja. jika gagal berbuat demikian ia akan melambatkan proses penyembuhan itu.
3- darah sukar berhenti- ia berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor:-
pertama anda mempunyai darah kotor atau kolestrol dalam darah yang banyak pada bahagian tersebut dan tidak tertampung oleh lintah.
kedua anda mempunyai jenis darah yang cair atau pengamal ubat pencair darah atas nasihat doktor, saya nasihatkan supaya anda tidak perlu risau dan ia akan berhenti setelah kolestrol dalam darah di kawasan itu habis keluar dan darah mula membeku pada kesan gigitan.anda di nasihatkan jangan menanggalkan darah beku pada kesan gigitan supaya tidak berlaku pendarahan semula, jika berlaku ia hanyalah untuk sementara sahaja.
4- Kesan gigitan terasa gatal- anda tidak di galakkan menggaru di kawasan gigitan lintah itu. sapukan cream mopiko atau blam sahaja. jika gagal berbuat demikian ia akan melambatkan proses penyembuhan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan