Terapi lintah merupakan suatu kaedah perubatan altenatif yang menggunakan lintah sebagai satu cara mengubati penyakit-penyakit dan melancarkan serta melegakan keradangan… Dengan lebih 600 spesis lintah, terdapat hanya 20 jenis yang berguna dalam rawatan penyakit, dan ia merupakan sebab mengapa ia di gelarkan/di klasifikasikan sebagai Hirudo Medicinalis atau lintah perubatan..
Terapi lintah di jalankan di titik-titik bekam yang sepatutnya
Terapi di jalankan dengan mengfokuskan mulut lintah ke bahagian-bahagian yang terlibat contohnya di kaki bagi penyakit vascular. Dalam proses hisapan itu, air liur lintah turut di memasuki aliran darah di tempat gigitan. Air liur lintah mengandungi enzim-enzim yang sangat berharga, seperti antikoagulan, anti-beku, vasodilator, anestetik, bakteriostatik, dan ejen-ejen anti-radang. Semua ini menggalakkan aliran darah yang lancar dan mencegah serta menghancurkan gumpalan darah pesakit. Ia juga melegakan kesakitan dan keradangan!!!
Lintah-lintah perubatan di gunakan bagi menghisap darah-darah kotor dan sel-sel yang tidak berguna sehinggalah ia kenyang lantas melepaskan gigitannya dari kulit pesakit. Lintah boleh menghisap darah sehingga 15 hingga 20 mililiter darah. Pesakit akan dapat melihat perubahan atau peningkatan ketara (penyembuhan penyakit yang di hidapi) selepas terapi di jalankan. Ada di antara pesakit mengalami proses penyembuhan hanya dengan sekali rawatan dan ada juga yang memerlukan terapi lintah untuk beberapa kali!!! Sudah tentu setiap mana-mana rawatan penyakit sudah tentu mempunyai risiko-risikonya sendiri.
Dalam terapi lintah, terdapat bahaya risiko jangkitan. Seperti mana-mana organisma lain, lintah-lintah juga mempunyai bakteria yang terdapat pada mereka, di mana terdapat sedikit kemungkinan jangkitan akibat daripada lelehan darah dari bekas gigitan. Namun anda tidak perlu risau, langkah pencegahan boleh di laksanakan, di mana pesakit akan di beri antibiotik bagi mengelakan jangkitan dan pada masa yang sama dapat mempercepatkan kesembuhan luka gigitan.
Pesakit-pesakit yang menghidapi HIV, AIDS atau masih dalam mengambil ubat imunosupresif tidak dinasihatkan untuk pergi menjalani terapi lintah kerana sistem imun mereka tidak baik atau rendah, dan sekiranya bakteria memasuki aliran darah mereka, jangkitan boleh berlaku. Adalah penting bagi pesakit berkenaan mengetahui kaedah-kaedah bagi rawatan dan risiko-risiko terlibat, dan membuat keputusan sama ada mereka mahu menjalani terapi lintah dan adalah di nasihati agar mereka memberi tahu para doktor mereka mengenai hal ini supaya doktor dapat memberikan suggestion yang terbaik!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan