Sudut Pengetahuan

Mitos Mengenai Lintah

Mengikut sebuah kisah yang diceritakan dan disebarkan melalui mulut ke mulut kepada anak-anak dan cucu-cucu dari generasi ke generasi…… tersebutlah kisah sebuah cerita yang menggemparkan…. Pada zaman dahulu kala…. Ada sebuah keluarga yang kite boleh kira kuat jugak berpegang pada adat resam yang di turunkan nenek moyang mereka….tetapi…..


Dalam satu generasi yang kisahnya menjadi buah mulut ramai….mak kelethom ada dua orang anak yang nakal lagi tak mendengar kata….suka membuat onar yang boleh menganggu gugat adat yang selama ini terjaga rapi…. Maka disinilah semuanya bermula

Pada suatu hari adik beradik yang nakal ni… keluar bermain dan membuat onar.. sampai melanggar pantang yang berbaur sumpahan keatas diri mereka…setelah penat membuat onar.. mereka balik ke rumah…


“Wahai anak-anakku, ape yang telah kamu lakukan sehingga pecah simbol kebesaran keluarga kita??” soal ibu dengan linangan air mata. “ Kami keluar bermain. Kenapa ibu??” jawab si kakak kehairanan. “Kan dah banyak kali ibu pesan berhati-hati semasa bermain ish..ish..ish.. apa yang kamu buat tadi dah melanggar pantang kita ish..ish..ish..kamu disumpah dan jangan la kamu balik lagi kemari” kata ibu dalam esak tangisnya. “Kalau kamu ke darat kamu disumpah menjadi pacat. Kalau ke air kamu disumpah menjadi lintah”.


Oleh kerana dah di halau ibu mereka, dua beradik itu membawa diri masing-masing ke tempat yang di fikirkan selamat untuk diri. Sebelum berpecah, si adik bertanya “ kak nanti kalau nak makan macam mane???” “Bila lapar pergilah kamu ke kaki dan hisaplah darah di situ hingga kenyang” kate si kakak tetapi adiknya telah tersilap dengar ape yang di bagi tau. Dia ingat kakak dia suruh makan sampai ke hati.


Bila berpisah si kakak menuju ke darat menjadi pacat dan si adik ke air menjadi lintah. Oleh kerana telah tersalah dengar maka bila lapar adik nya akan mencari makan sampai ke hati maka sebab itulah lintah kalau hisap darah boleh merayap dan hidup dalam badan hinggalah ia sampai ke hati untuk makan….tapi pacat cume hisap darah di bahagian kaki je…




Bagaimanakah cara lintah memakan mangsanya?


Terdapat 2 kategori lintah yang berlainan cara pemakanannya,iaitu:Lintah jenis yang mempunyai rahang bergigi pada penghisap anterior.

• Lintah jenis ini akan menghisap darah mangsanya dengan cara melekap pada mangsa lalu mengeluarkan sejenis bahan anti pembekuan darah yang dipanggil ( hirudin )Lintah jenis yang tidak mempunyai rahang bergigi dan penghisap

• Lintah jenis ini akan melekap pada mangsa sambil mengeluarkan jarum kecil untuk menusuk mangsa, lalu mengeluarkan satu jenis enzim yang mana boleh mencairkan darah beku pada mangsanya.
Untuk pengetahuan anda, lintah juga merupakan sejenis parasit yang mana hidup menumpang haiwan lain. Sesetengah lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti darah lembu, kerbau dan sebagainya.

Tahukah anda ?
“ Lintah mampu menghisap darah pada kerbau yang mempunyai kulit yang keras “Walaubagaimanapun, sekiranya lintah tidak dapat menghisap darah dari sumber yang telah diterangkan di atas, ia akan mencari mangsa lain seperti:

1.belut
2.keli
3.kura-kura
4.ikan
5.rumpai air
6.lembu atau kerbau


Ok, apabila lintah sudah kenyang menghisap darah mangsanya, ia akan mencari tempat yang gelap untuk bersembunyi dan menghadamkan makanannya.Untuk proses penghadaman ini, ia akan mengambil masa yang agak lama dan lintah mampu bertahan selama berbulan – bulan malah lebih 1 tahun sebelum keluar untuk mencari mangsa yang lain.

Pemberian Makanan Kepada Lintah Untuk Tujuan PenternakanUntuk mereka yang ingin menternak lintah, perkara yang perlu di ambil tahu tentang pemakanan lintah ini ialah:

• Apa yang lintah makan ?
• Apa yang perlu di beri ?
• Teknik memberi lintah makan ?
• Berapa banyak yang perlu di beri ?
• Tempoh pemberian makanan ?
• Kos untuk makanan bagi lintah ?

Apa Yang Perlu Di BeriSeperti yang anda tahu untuk tujuan penternakan, kita boleh memberi lintah makan seperti:

• Belut
• Ikan Kel
i• Lumut / Plankton ( terhasil daripada kolam ternakan itu sendiri )
Pemberian makanan belut / ikan keli kepada lintah adalah untuk menggalakkan prosesmengawan.


Seperti yang sedia maklum,pada badan belut / ikan keli terdapatnya darah yang mana darah membantu mempercepatkan proses pembiakan.Walaubagaimanapun, belut mempunyai kuantiti darah yang banyak berbanding dengan ikan keli.

Tidak digalakan penternak memberi darah sembelihan binatang yang lain selain daripadabelut / ikan keli seperti contohnya, darah sembelihan lembu,ayam dan sebagainya bagimenjaga kualiti hasil ternakan dan bukanya sekadar mengaut keuntungan.

Teknik Memberi Makan Kepada LintahMemberi belut dan ikan keli kepada lintah sebagai sumber pemakanannya perlu mengikut cara yang betul iaitu dengan memotong atau mengunci bahagian mulut belut / ikan keli itu dengan dawai.

Tujuan perkara ini di lakukan terlebih dahulu ialah untuk mengelakkan daripada belut / ikan keli itu memakan lintah apabila ia ingin mempertahankan diri.

Penggunaan Sangkar !!!

Di galakkan agar tidak melepaskan begitu sahaja belut / ikan keli ke dalam kolam ternakan, seeloknya masukkan terlebih dahulu belut / ikan keli kedalam sangkar.Penggunaan sangkar kepada belut / ikan keli adalah bertujuan:-

a) Memudahkan lintah untuk menghisap darah mangsanya.b) Mudah untuk mengambil belut / ikan keli apabila ia sudah mati.Tetapi…seeloknya anda mematikan terlebih dahulu belut / ikan keli tersebut bagi mengelakkan penyeksaan berlaku terhadap kedua - dua binatang ini..Cuba anda bayangkan…betapa seksanya belut / ikan keli apabila beratus – ratus ekor lintah mengerumuni mereka untuk di jadikan santapan? Kesian saya melihatnya.Ini merupakan pandangan ikhlas daripada saya..anda mampu memilih yang mana baik dan yang mana yang buruk….itu semua terserah kepada kebijaksanaan anda.

Berapa Banyak Yang Perlu Diberi?

maksudnya berapa banyak belut / ikan keli yang perlu di beri untuk setiap kolam ternakan lintah..Sebenarnya ia bergantung kepada keluasan dan berapa banyak lintah yang ada dalam kolam atau tangki ternakan tersebut.
Ok..saya ambil contoh untuk kolam tangki ternakan saya sendiri..sebanyak 500 ekor induk lintah telah di lepaskan ke dalam tangki tersebut.Saya hanya memberi belut kepada lintah sebagai sumber makanannya hanya satu ekor sahaja untuk tempoh satu minggu.

Kenapa satu minggu pula dan kenapa tidak lebih dari satu minggu?

bukan semua lintah yang menikmati darah belut itu.Ada sesetengah lintah yang masih kenyang tidak akan menghisap darah daripada belut tersebut.Sebab itulah seminggu kemudian lintah yang kenyang tadi akan kembali menghisap darah belut yang baru di lepaskan.

Kalau anda menternak lintah dengan menggunakan kaedah kolam tanah,simen dan kanvas, sudah semestinya seekor belut / ikan keli sahaja tidak akan mencukupi untuk saiz kolam ternakan yang agak luas, berlainan pula dengan cara ternakan menggunakan kaedah tangki polytank kerana saiz kolam yang agak sederhana yang mana seekor belut / ikan keli sudah memadai untuk tempoh selama seminggu.

Dicatat oleh Amir Shah di Selasa, Julai 31, 2012





Info lintah :- Q n A bersama Dr Zaleha, interview oleh Miss Shana
Dipetik dari http://pelintah.9.forumer.com/index.php?showtopic=54

1.Berapakah sela masa (bulan) daripada telur kepada benih lintah?

2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang beranak.

2. Bilakah lintah dianggap matang serta boleh bertelur (pada bulan ke berapa) dan bilakah pula lintah dikira tamat tempoh pembiakannya?

Bila matang tak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Yang paling besar seperti sample dihantar (milik imagna & waang) sudah boleh bertelur. Tamat pembiakan pula dalam 2 hingga 3 tahun. Induk hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Yang 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).

3. Apakah jenis ikan yang sesuai utk diletakkan dalam kolam lintah, bagi mengelakkan jentik-jentik daripada membiak?
Sbg contoh, ikan tiger barb itu sesuai atau tidak?Semua jenis ikan tidak sesuai diletakkan dalam kolam. Sekiranya hendak letak juga, ikan yang bukan karnivor. Jentik-jentik tidak mengapa ada dalam kolam kerana bila ia mati, jentik-jentik akan mereput dan menjadi makanan lintah.

4. Adakah berudu memakan telur lintah?
Tidak, tetapi kalau boleh elakkan kerana berudu mkn pokok.

5. Apakah perbezaan lintah hijau dan lintah coklat secara tepat?
Lintah jenis apakah daripada dua ini yang paling sesuai untuk perubatan?Masih dalam peringkat kajian.

6. Benarkah lintah hanya bertelur 3 kali sahaja, dan lintah mula bertelur pada umur berapa?

Tidak. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Lintah boleh bertelur mengikut saiz lintah paling besar yang telah diberikan pada Dr. Zaleha.

7. Apakah produk lain yang boleh dikeluarkan daripada lintah selain daripada minyak lintah?
Sila ajukan pertanyaan ini pada Dr. Habsah kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membuat ekstrak.

8. Berapakah kepanjangan maksimum seekor lintah yang membesar dan bagaimanakah untuk mengenalpasti lintah yang matang secara tepat?

Untuk mengenalpasti lintah secara tepat, biarkan lintah berpuasa dan kita akan ketahui berapa kepanjangan atau lebar lintah tersebut.

9. Dalam environment bagaimanakah lintah lebih cepat membiak?

Kurang gangguan,
Gelap,
Sikit makan,
Kualiti air pH 7 ke atas,
Oksigen 4 mmg,
Suhu biasa,
Cahaya gelap.

10. Dengan teknologi yang semakin canggih, adakah perubatan menggunakan lintah akan terus relevan dan mendapat permintaan pada masa akan datang?

Insya Allah, selagi ada permintaan.

11. Bagaimanakah cara untuk mengharvest lintah?
Cara manual, iaitu kutip menggunakan tangan.

12. Bagaimanakah ingin mengasingkan induk?

Apabila ingin asingkan induk, telur lintah akan berada di bawah. Dengan sebab itu, lintah-lintah tersebut hendaklah dipuasakan. Sampainya masa untuk beri makanan, ia akan member tarikan kepada lintah, dan kemudian tapis.

13. Bagaimana untuk tentukan spesis lintah?

Melalui mata, testis, corak, dan belah lintah.

14. Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengkaji pembiakan lintah?

Pertamanya bila induk lintah diambil, asingkan mengikut saiz. Letakkan di dalam tangki mengikut saiz dan Dr. Zaleha mencadangkan supaya letak di dalam bekas yang jernih supaya dapat melihat perkembangan lintah (seperti akuarium). Kata Dr. Zaleha lagi, meletakkan pokok adalah tidak perlu, tetapi pastikan keadaan kolam/tangki gelap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan