Sabtu, 21 Disember 2013

Lintah ..boleh di gunakan kepada pesakit resdung




Pesakit resdung dari meru klang sedang mendapatkan rawatan bekam lintah untuk mengurangkan pembengkakan di muka beliau yang mempunyai nanah yang banyak.

                                                                                          Serangan resdung ini telah merebak di sekitar belakang badan serta menampakkan nanah di badan serta dari kesan kulit mati yang membuatkan beliau tidak selesa.



                                                             






































Team putra phoenix sedang meletakkan lintah di kawasan yang mempunyai nanah di badan pesakit.


Khamis, 19 Disember 2013

lintah boleh rawat bisul...yer ke?

Apakah itu Bisul/Boil ?

Bisul adalah jangkitan kuman kulit yang telah merebak berbentuk pembengkakan berair/nanah di dalamnya. Jangkitan kuman ini biasanya disebabkan oleh bacteria S/Aureus iaitu kuman yang biasa di dapati di kulit.

S/Aureus biasanya akan aktif apabila berlaku penyumbatan kelenjar minyak di liang roma kulit.Tanda-tanda awal jangkitan kulit ialah pembentukan ruam kemerahan, kegatalan dan rasa pedih. Ruam yang terbentuk boleh bercantum dan membentuk jangkitan yang lebih luas berserta air didalamnya, pada tahap ini terbentuklah Bisul.

Jangkitan Bisul biasanya tidak serius tetapi memerlukan rawatan antibiotic,jika nanah telah terkumpul maka pembedahan kecil adalah perlu untuk mengeluarkan nanah.Tanpa pembuangan nanah,rawatan antibiotic tidak akan berkesan sepenuhnya.

Bisul yang terjadi pada pesakit Kencing Manis hendaklah dirawat secepat dan sebaik mungkin untuk mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Rawatan:

1-Krim antibiotic-biasanya amat berkesan pada peringkat awal jangkitan.
2-Pil antibiotic.
3-Pembedahan kecil/ I&D untuk pembuangan nanah.
4-Dressing-penjagaan luka dengan menggunakan antiseptic.

Dengan rawatan yang betul dan tepat serta penjagaan luka yang baik,Bisul biasanya akan mula menunjukkan tanda penyembuhan dalam tempuh 3 hari,jika tidak ada perubahan positif dalam 3 hari maka rawatan yang telah diberikan hendaklah dikaji semula







Tanpa rawatan,Bisul biasanya akan pecah mengeluarkan nanah,luka yang terbentuk akan beransur-ansur sembuh secara semulajadi tetapi memakan masa yang panjang serta memberikan kesan kesakitan, lebam dan parut yang kekal.



Oleh itu rawatan awal adalah amat penting……………………..

Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.

Sama ada kepala, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah beku sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya. Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah beku.

Sabtu, 14 Disember 2013

Gaot-Lintah adalah sebahagian penawar..betul ke?

pesakit gaot ni sedang menjalani proses mengeluarkan nanah,dan uric asid  yang berlebihan di kaki  dengan menggunakan terapi lintah
Lintah sedang menghisap disekitar buku lali pesakit gaot


Isnin, 9 Disember 2013

Pesakit kencing manis..sila baca dengan teliti


Amaran Sebelum mendapatkan Terapi bekam Lintah

sila Baca dengan teliti:-

1. Sebelum anda mahu menjalani sesuatu terapi bekam lintah ataupun bekam darah, anda harus berjumpa atau mendapatkan pandangan dari pegawai perubatan/ pakar yang bertauliah terlebih dahulu dan memaklumkan sejarah sakit yang di hadapi oleh anda.fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,seeloknya berbincang dengan doktor dan keluarga..

2.PERINGATAN KHUSUS

TERAPI BEKAM LINTAH INI CUMA RAWATAN ALTERNATIF SAHAJA.PESAKIT HARUS INGAT RAWATAN INI BUKAN JAWAPAN PENYEMBUHAN SEPENUHNYA WALAUPUN BEBERAPA PESAKIT TELAH MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA DENGAN SEKALI ATAU 3KALI RAWATAN SAHAJA MEREKA SUDAH PULIH ANTARA 75% SEHIGGA SEPENUHNYA!.

3. jika anda masih mahu melakukan rawatan alternatif seperti rawatan lintah ini..satu borang persetujuan hendaklah di tandatangani oleh pesakit dan meneliti syarat-syarat sebelum rawatan di jalankan bagi mengelak salah faham atau kesulitan yang bakal di alami oleh pesakit di kemudian hari.

4.Lintah tidak berfungsi menyedut kuman, Lintah berfungsi untuk mencairkan tempat pembekuan darah,mengurangkan kesan pembengkakan,membuang nanah yang tersimpan di dalam kulit,melancarkan pengaliran darah.

5.Bagi pesakit kencing manis yang ada Luka kronik atau pun yang baru lepas buat pembedahan..anda seharusnya mendapatkan nasihat atau berjumpa dengan pakar yang bertauliah bagi memaklumkan yang anda mahu mencuba rawatan alternatif ini..sekiranya anda mahu juga mendapatkan rawatan ini..satu surat persetujuan doktor mengesahkan anda boleh menjalankan proses terapi bekam lintah dan anda perlu mengisi borang pendaftaran dan saksi dan meneliti syarat syarat sebelum terapi lintah di buat..harus di ingatkan proses ini bukan satu penyembuhan,ia bergantung kepada pantang larang,dan aspek kebersihan luka yang anda hadapi itu.pihak kami tidak bertanggung jawab jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini dalam mendapatkan rawatan bekam lintah ini..

6. " PESAKIT YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN DOKTOR,JANGAN TINGGALKAN UBAT DOKTOR SECARA MENGEJUT SEMASA ANDA MENJALANI TERAPI BEKAM LINTAH,TERUTAMA PESAKIT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS,IKUTI NASIHAT DOKTOR.

7.PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor/pakar perubatan bertauliah dahulu mengenai kesihatan anda sebelum mencuba rawatan altenatif bekam lintah

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.-Amir Shah









percayakah lintah boleh merawat kencing manis-1










Rawatan Kencing manis Kronik










Kolam ternakan Lintah

















Jurnal Lintah