sila Baca dengan teliti:-
1. Sebelum anda mahu menjalani sesuatu terapi bekam lintah ataupun bekam darah, anda harus berjumpa atau mendapatkan pandangan dari pegawai perubatan/ pakar yang bertauliah terlebih dahulu dan memaklumkan sejarah sakit yang di hadapi oleh anda.fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,seeloknya berbincang dengan doktor dan keluarga..
2.PERINGATAN KHUSUS
TERAPI BEKAM LINTAH INI CUMA RAWATAN ALTERNATIF SAHAJA.PESAKIT HARUS INGAT RAWATAN INI BUKAN JAWAPAN PENYEMBUHAN SEPENUHNYA WALAUPUN BEBERAPA PESAKIT TELAH MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA DENGAN SEKALI ATAU 3KALI RAWATAN SAHAJA MEREKA SUDAH PULIH ANTARA 75% SEHIGGA SEPENUHNYA!.
3. jika anda masih mahu melakukan rawatan alternatif seperti rawatan lintah ini..satu borang persetujuan hendaklah di tandatangani oleh pesakit dan meneliti syarat-syarat sebelum rawatan di jalankan bagi mengelak salah faham atau kesulitan yang bakal di alami oleh pesakit di kemudian hari.
4.Lintah tidak berfungsi menyedut kuman, Lintah berfungsi untuk mencairkan tempat pembekuan darah,mengurangkan kesan pembengkakan,membuang nanah yang tersimpan di dalam kulit,melancarkan pengaliran darah.
5.Bagi pesakit kencing manis yang ada Luka kronik atau pun yang baru lepas buat pembedahan..anda seharusnya mendapatkan nasihat atau berjumpa dengan pakar yang bertauliah bagi memaklumkan yang anda mahu mencuba rawatan alternatif ini..sekiranya anda mahu juga mendapatkan rawatan ini..satu surat persetujuan doktor mengesahkan anda boleh menjalankan proses terapi bekam lintah dan anda perlu mengisi borang pendaftaran dan saksi dan meneliti syarat syarat sebelum terapi lintah di buat..harus di ingatkan proses ini bukan satu penyembuhan,ia bergantung kepada pantang larang,dan aspek kebersihan luka yang anda hadapi itu.pihak kami tidak bertanggung jawab jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini dalam mendapatkan rawatan bekam lintah ini..
6. " PESAKIT YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN DOKTOR,JANGAN TINGGALKAN UBAT DOKTOR SECARA MENGEJUT SEMASA ANDA MENJALANI TERAPI BEKAM LINTAH,TERUTAMA PESAKIT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS,IKUTI NASIHAT DOKTOR.
7.PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor/pakar perubatan bertauliah dahulu mengenai kesihatan anda sebelum mencuba rawatan altenatif bekam lintah
Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan