Sabtu, 17 April 2010

rawatan hypertension


terapi lintah di malaysia nampaknya semakin hari semakin bertambah, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat akan kebaikan terapi lintah ini... ramai yang cuba mendapatkan info rawatan lintah ini... terutama bagi pesakit darah tinggi (hypertension)... kami di pusat terapi bekam lintah putra phoenix tidak terkecuali daripada mendapatkan info-info rawatan di klinik kami. walaupun mereka merasa geli tetapi demi kebaikan, mereka ketepikan semua perasaan takut dan geli itu. lintah mempunyai agen anti-koagulan kuat bermanfaat dalam rawatan hipertension, serta sejumlah penyakit kardiovaskular lain. Kerana air liur lintah mengandungi enzim Hirudin mampu menghasilkan sifat-sifat anti-pembekuan. Hal ini dapat mengurangkan tekanan darah keseluruhan pesakit hipertension.

Panduan dan Arahan:-

Pesakit hendaklah mengisi borang rawatan terapi dan membaca syarat-syarat rawatan.semua rawatan di jalankan /di caj dalam satu sesi pada satu masa. setiap sesi mengambil masa antara 1~2 jam.


pemeriksaan tekanan darah akan di ambil dan rekodkan dan pemeriksaan suhu badan juga di rekod.

bersihkan tapak kulit di mana lintah-lintah akan di letakkan. letakkan lintah di titik-titik darah yang sudah di kenal pasti. lintah akan di letakan pada bahagian-bahagian tertentu badan, dada, leher dan atas belakang, ialah yang mustahak sebahagian daripada terapi untuk hipertension. Juga, rawatan itu akan berterusan, mengulang beberapa seminggu untuk kira-kira 1~4 sesi.

lintah akan menjalankan prosess penyedutan. apabila lintah sudah kenyang dan lucut dari kulit, kemudian lintah harus di musnahkan dengan mengunakan alkohol atau dettol.

Sediakan kain basah, bersih untuk mengesat tempat gigitan lintah. Darah dari Kesan gigitan tadi akan keluar menyebabkan darah mengalir dengan bebas daripada gigitan untuk masa agak lama.

banyakkan kain-kain bersih bagi menyerap darah. letakkan serbuk antibiotik sebagai penghalang yang boleh menyebabkan jangkitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan