Rabu, 28 April 2010

Aku kena tipu juga dengan penganjur kursus lintah

kepada semua penternak lintah ,saya rasa akhir nya penternak2 pakat ramai-ramai rebus lintah makan buat sop.Sekarang ni memang bagus market lintah tapi yang saya nampak di local sahaja.Penternak jual benih pada penternak baru.Penternak baru jual benih pada penternak baru lagi.Penternak baru tadi jual lagi pada penternak baru lagi.Sampai bila nak jadi cam ni.dah tu jual pada bakal penternak harga ikut sesuka hati.kalau sekilo rm60..tak mau jual..nak up saja.ada juga yg menipu bakal penternak..minta deposit la rm...lepas tu lintah kemana..orangnya pun hilang juga..Ada di sini yang cakap macam pro dalam marketing tapi kat sini jer.Saya cabar penjual cari market kat luar negara.

Kalau ramai yang bertanya syarikat mana yang beli untuk pasaran luar negara tapi seorang pun tak jawab(rahsia konon)piraaaaaaah..tuhan tahu korang banyak menipu..
Kalau kata market lintah ni bagus...market kat luar kenapa tak jual kat luar jer.Otai-o
tai yang mula-mula ternak lintah pun tak leh jawab.cakap ajer lebih..itu la..ini la..Cara nak hantar pun ntah tahu ke tidak...kepada yang selalu menganjurkan kursus lintah..tak payah la minta sampai rm350 ~rm450..korang buat kerja tak jujur..makan atas angin...lepas tu perserta kursus di abaikan..janji itu la..janji ini la... mana persatuan lintah? mana?..meh la jawab???..lagi ada juga yang menipu pasal boleh hantar lintah ke sabah dan serawak tanpa surcaj...saya pernah call seorang perternak..dia kata lintah tak payah surcaj kalau dalam malaysia...saya tergelak mendengarkannya..untuk pengetahuan semua perternak..jika anda nak keluarkan lintah ke apa ke yang bersangkut paut dengan akuatik..anda harus ada lesen LKIM,kena kuarintin seminggu sebelum hantar kemana luar malaysia,(itu pun kalau tak ada virus..kalau ada virus lu pikir la sendiri)kena isi borang kastam K3,kena timbang berat muatan,kena lantik ejen yang nak hantar ke distinasi,packing bukan ikut cara tuan penternak punya packing,lepas tu kena kuarintin lagi di LCCT airport,semua tu perlukan surcaj..saya rasa semua setuju dengan apa yang saya katakan ini.kepada semua penternak..dan bakal penternak..jangan mencari rezeki dengan cara menipu kepada penternak baru..rezeki yang anda dapat dari menipu tu anda bagi keluarga makan..tak selamat hidup beb!..dan akhir sekali jangan sombong kalau dah berjaya..
Saya tahu mungkin ada yang marah message saya ni.(kenyataan beb!!)
Sesiapa yang rasa message saya ni tak betul tolong reply.Tapi biar cara profesional.Biar ada fakta.Mungkin ini ada kebaikan pada penternak yang lain.Kepada penternak baru,saya mengalukan2 kalau nak bertanya apa tentang market lintah.

2 ulasan:

  1. mungkin betul cakap tuan. Nampaknya, Susah export lintah. Macam mana dengan demand dalam negara?

    BalasPadam
  2. untuk pasaran dalam negara pun kita susah nak berurusan..masing2 mengeluh...buyer tak de

    BalasPadam