Jumaat, 30 April 2010

Lintah Perubatan episod 3

Prosedur-prosedur terapi lintah

Sebelum lintah-lintah di fokuskan pada permukaan kulit, ia perlu di bersihkan terlebih dahulu dengan air yang bersih. Kawasan yang ingin dibekam juga perlu di bersihkan terlebih dahulu, ini adalah bagi mengelakan jangkitan kepada bekas gigitan. Titik-titik bekam perlu di tentukan terlebih dahulu sebelum terapi di jalankan. Tekanan darah, suhu badan dan juga keadaan diri pesakit juga perlu di pastikan terlebih dahulu.. jumlah penggunaan lintah bergantung kepada kes-kes individu berkenaan, kira-kira 7 hingga 14 ekor lintah boleh di gunakan berdasarkan tahap penyakit pesakit. Lintah biasanya akan melepaskan gigitannya setelah ianya benar-benar kenyang dan ia boleh menghisap darah sehingga 15 ke 20 ml darah pesakit. Rawatan susulan perlu di lakukan bagi mengelakan jangkitan. Kawasan gigitan di bersihkan dan di balut, namun pendarahan mungkin masih berlaku akibat dari anti-pembekuan yang di hasilkan lintah... anti-pembekuan merupakan enzim yang dapat melancarkan serta memecahkan gumpalan darah pesakit!!! Selepas beberapa hari menjalankan terapi, pesakit akan merasakan perubahan ke atas tahap kesihatan mereka..

PERHATIAN:

Lintah-lintah tidak pernah di letakan di urat-urat utama seperti urat leher atau telerang femur. Begitu juga di bahagian-bahagian buah dada, kelopak mata atau struktur-struktur yang halus/nipis di tubuh badan kita.

Merawat Penyakit-penyakit dengan Terapi Lintah

Terapi dengan menggunakan lintah telah di aplikasikan sejak zaman purba lagi, dan bagi membuktikan nilainya dalam perubatan, terapi lintah semakin tersebar luas dalam masyarakat moden kita. Walaupun terapi dengan menggunakan lintah telah menurun popularitinya pada abad ke-20, terapi lintah kini menjadi suatu kaedah alternatif yang menjadi jawapan kepada penyelesaian masalah perubatan kini…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan