Khamis, 22 April 2010

Soalan-soalan lazim berkaitan bekam..

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam lintah ini di buat secara semulajadi dan mengikut titik-titik darah.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh lintah ini seperti gigitan nyamuk sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam lintah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lintah pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan beberapa ekor sahaja.

3) Apakah waktu yang sesuai yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tarikhnya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.tetapi mengikut imam sayuti r.a berpendapat berbekam pada tarikh seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat. tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan rawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tarikh-tarikh tersebut.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya dan begitu juga bekam lintah

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam?
Dianjurkan berpuasa 2 jam sebelum temujanji bekam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan