kali ini aku bercerita tentang makhluk penghisap darah,tapi kali ini mengenai makhluk penghisap darah yang berbakti kepada pelanggan aku. Makhluk berbakti yang aku maksudkan ini adalah tak lain dan tak bukan...LINTAH.
Lintah sering digunakan dalam perumpamaan Melayu yang menggambarkan sesuatu perkara yang negatif. Contohnya, jika dirujuk kamus dewan edisi ke- 4 ...
"orang yang meminjamkan wang dgn menggunakan bunga yang sangat tinggi"
Selain itu, Maksud Lintah itu sendiri berdasarkan kamus ini adalah "sejenis binatang dalam kelas Hirudinea, rupanya seperti pacat tetapi lebih besar; jenis-jenisnya: ~ sawah, ~ paya, ~ bendang, dll".
Lintah juga pernah difilemkan sebagai karekter yang negatif. Ini adalah antara contoh filem yang aku pernah tonton:
1) DUKUN LINTAH - sebuah filem Indonesia, tahun 1981, tapi kesimpulannya Lintah digunakan untuk tujuan negatif la..
2) ANIAAN - sebuah filem Tamil yang agak menarik untuk ditontoni, dan ada satu babak dalam filem ini yang mana lintah digunakan sebagai senjata untuk membunuh.
Sebenarnya, di dalam Bahasa Inggeris juga Leech (Lintah) juga digambarkan sebagai :
"a person who extorts profit from or sponges on others."
Walaupun lintah ini memang sudah terbukti dari zaman dahulu kala lagi akan khasiatnya kepada kesihatan, dan memang dari zaman dulu-dulu lagi lintah ini digunakan dalam bidang perubatan dan juga begitu biasa dan begitu dekat hubungannya dengan masyaratakat melayu, namun sejak gambaran-gambaran negatif yang sering dilemparkan kepadanya, Lintah seolah-olah sudah tiada tempat di hati masyarakat Melayu. Malahan ramai juga orang kita ni yang masih belum pernah melihat lintah, jauh sekali kena gigit dengan lintah. Sedangkan sewaktu datuk nenek kita menjadi pesawah dahulu, lintah-lintah inilah peneman setia mereka ke sawah dan masih menjadi peneman setia pesawah-pesawah sekarang. Sekarang ni kalau di lihat di luar negara, Lintah memang digunakan dalam perubatan disebabkan khasiatnya yang terbukti berkesan. Lintah ni seolah-olah menjadi penemuan baru bangsa asing ini, sedangkan masyarakat kita memang dah lama tahu mengenai khasiatnya, tetapi disebabkan cerita-cerita negatif mengenainya yang membuatkan masyarakat kita ni takutkan lintah, ia seolah-olah menjadi satu penemuan Barat dan bukannya masyarakat kita. Di Barat, Lintah digunakan dalam perubatan kerana Air Liur Lintah ini mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat.
Sewaktu lintah mula menggigit,pesakit akan terasa sedikit seperti digigit nyamuk kemudian bermulalah proses mengisap darah pesakit oleh lintah ini. Walaupun org cakap lintah gigit tak sakit, sebenarnya terasa sikit je, bukan lah tak rasa langsung, tapi kalau nak banding dengan nyamuk, sebenarnya rasa sedikit dan sekejap sahaja. Dari masa ke semasa aku sentiasa memperhatikannya kerana setelah berberapa lama keluar cecair dari mulut lintah ini mengalir ke kaki pesakit dan ada juga masa-masanya ia akan muntahkan darah kita ni, jadi kena berjaga-jagalah dengan tisu. Setelah 1 jam lamanya, akhirnya lintah ini kenyang dan jatuh sendiri. Bila aku tengok, okay jugak sebenarnya, tak de la banyak sangat darah yang dihisapnya (waktu aku derma darah dulu lagi banyak dan lagi sakit), walaupun memang terdapat perubahan saiz lintah itu sebelum dan selepas menghisap darah pesakit. Memang la pada mulanya tempat yang dihisap darah itu akan tetap berdarah, tapi sekejap je, kalau ditarik dengan sengaja ketika ia menghisap darah kita, lagi banyak darah keluar dan susah untuk ia berhenti, tapi kalau kita biar sampai ia jatuh sendiri, darah yg keluar tak sebanyak jika ditarik secara paksa.aku tanya kepada pesakit itu..abg amacam..ada rasa kurang tak sakit kat kaki tu?lalu abg tu cakap..ada kurang sikit bisa kat kaki ini.Kesimpulan dari kisah ini adalah rawatan ini perlu diulang seberapa kerap yang mampu kerana bila usia kita semakin meningkat, sistem badan kita agak lambat untuk me"neutralize" apa yang kita makan dan apabila penghadaman berlaku dengan kadar yang agak lambat, maka ia akan berkumpul menjadi toksik di dalam darah kita. Oleh sebab itulah, lintah ini sangat berguna untuk membuang toksik dalam darah kita dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan