Khamis, 29 April 2010

Aktiviti hari minggu mencari Lintah Liar

Aktiviti di hari minggu.. aku dan team aku pergi mencari lintah. dah lama tak pergi mencari lintah liar. jam lebih kurang pukul 4.30 pagi.kami pun mula masukkan barang kelengkapan kedalam kereta dan bertolak ke rawang. hujan la pulak.. rahmat aku cakap..lagi pun kalau hujan lebat lintah senang nak cari. aku singgah minum pagi kat pekan rawang sambil menunggu hujan reda. 1/2 jam kemudian hujan pun berhenti, jam menunjukkan hampir 6.30pagi. so aku pun chow.
kami sampai ke lubuk lintah liar jam 7.14pagi. so semua member aku tak tahan tengok paya yang ada di sekeliling mereka. apalagi semua pakat tukar pakaian masing-masing. lepas itu seorang demi seorang masuk kedalam paya.tak sampai 5 minit member aku si mamat dah terjerit-jerit cakap banyak lintah..tak tercontrol dia cabut lintah yang melekat di kaki beliau.aku bagi arahan satu group mesti ada 2 orang, senang nak buat kerja..sorang menangkap dan sorang lagi tolong masukkan lintah kedalam botol. so kami ada tiga group. kemudian kami berpecah, lebih kurang 3 jam mencari lintah di kawasan lubuk pertama hampir 5 botol di penuhi lintah perbagai saiz. semua member aku pakat tersenyum macam kerang busuk termasuk la aku menandakan kepuasan hasil tangkapan lintah liar ini.. kami berehat dalan 1/2 jam makan dan minum. lepas makan semua mencari pokok untuk landing sekejap. 2 dari member aku dah tidur siap berdengkur dengan bernafas macam kerbau kepenatan. jam dah menunjukkan pukul 11.23pagi kami pergi ke lubuk kedua. sampai di lubuk kedua jam 12 tengahari.. so budak -budak aku terus masuk paya kedua..kali ini kurang sikit hasil tangkapan..apa tidaknya ada kesan tempat lubuk ini di masuki orang lain sebelum kami..lebih sejam kami menangkap tak sampai satu botol. aku menggambil keputusan untuk ke lubuk ketiga. untuk kelubuk ketiga tak la jauh lebih kurang 5 minit aje. di lubuk ketiga ini hasilnya lumayan macam lubuk pertama banyaknya lintah liar. punya la seronok kita orang sampai tak ingat dahaga ke, nak hisap rokok ke, panggil nama pun tak mau nak menyahut..semua dok leka menangkap lintah, masa terus berjalan masih ada 6 botol lagi yang belum di isi dengan lintah liar.... seterusnya kami pergi kesatu tempat baru hasil info orang-orang kat sana terdapat lintah liar yang saiznya sebesar 2 jari, kami rasa teruja dengan keterangan orang-orang kat tempat kami menangkap lintah tu..apa lagi up-up on the way.nak ketempat tu hampir 25 minit..akhirnya sampai juga. apa lagi sendiri mau ingat la..tak reti-reti nak masuk paya ke tu..hampir 2 jam kami kat situ..memang benar kata orang-orang yang kami jumpa tadi...lintahnya memang besar. lagipun tempat sarangnya jauh kedalam terdapat lalang yang tinggi dan selut ..kena berhati-hati sebab member aku dah terbolos dalam selut. tapi fikirkan lintah ni boleh masyuk(RM ) kita orang teruskan usaha menangkap..kami habis menangkap lintah lebih kurang pukul 6 lebih dan habis kesemua botol di isi lintah liar, ada 13 botol..so berakhirl la episod menangkap lintah di hari minggu..kami sampai ke rumah jam 8malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan