Salah satu daripada penyakit-penyakit “pembunuh” dalam masyarakat hari ini adalah penyakit-penyakit vascular. Seperti ketegangan pada arteri atau urat-urat, penyempitan saluran darah, pembentukan plak-plak lemak atau pendahuluan yang menghalang aliran darah normal dan penebalan saluran darah dan sebagainya. Penyakit vaskular boleh di sebabkan oleh banyak faktor, diantaranya adalah tekanan darah tinggi, cara pemakanan, kegemukan, gaya hidup kita seperti merokok dan meminum minuman keras dan ketidakaktifan. Terdapat banyak rawatan farmakologi yang boleh mengurangkan penyakit vaskular, namun pengambilan secara berterusan akan memberi kesan negatif termasuklah pada organ-organ dalaman kita. Kini rawatan terapi lintah merupakan salah satu altenatif perubatan yang dapat membantu para pesakit dari menghadapi risiko pengambilan ubat yang berpanjangan!!! Terapi lintah bukan sahaja mudah, murah bahkan berkesan dalam merawat penyakit ini…
Air liur lintah di ketahui banyak manfaatnya sebagai ubat dan menghalang penyakit-penyakit.. lebih dari 100 bahan-bahan bioaktif yang terdapat di dalam air liur lintah!! Dan yang paling terkenal adalah hirudin yang bertindak sebagai agen pengganti kental (menghalang dan mencairkan darah kita) juga terdapat Calin yang turut menghalang pengumpalan darah.
Kesan-kesan terapi lintah ke atas pesakit-pesakit vaskular
Terapi lintah teryata dapat mengurangkan kelikatan darah.., menyebabkan aliran darah menjadi lebih lancar. Darah yang terlalu likat boleh menyebabkan pembekuan serta meningkatkan tekanan darah.., pembekuan membentuk gumpalan-gumpalan yang menyekat aliran darah normal. Gumpalan-gumpalan darah sekiranya tidak di cairkan semula akan menyebabkan ia di bawa ke bahagian-bahagian lain dan menyekat aliran darah seterusnya dapat menyebabkan serangan jantung. Darah yang telalu likat memberikan risiko kepada tinggi terhadap ketidaksampaian darah kebahagian hujung badan seperti jari-jari kaki, ia tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang di bawa oleh darah... oleh itu agen anti-pembekuan dalam air liur lintah amat berguna dalam mencarikan dan menghalang pengumpalan platelet darah kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan