Rabu, 28 April 2010

spiesis lintah dan pacat di asia


Lintah dan pacat Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea Ciri – Ciri :-

- Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
- Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
- Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
- Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,selalunya 3 jam

- semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
- Hirudin akan menghalang darah dari membeku
- Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun tanpa mendapat kan darah lagi.

- Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk Lintah dan pacat.

di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :- 1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum 2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi

Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia Batracobdella reticulata
- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput Lintah Hirudinaria manillensis
- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau” Pacat Haemadipsa sp.
- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)

4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia Haemadipsa zeulanica
Haemadipsa subagilis
Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta - adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit

LINTAH atau pacat, adalah sejenis cacing yang banyak terdapat di hutan tropika. Habitatnya di tempat yang lembab, sungai, danau dan laut. Selain dari itu juga tempat-tempat camping yang dekat dengan sungai dan air terjun, perjalanan pendakian yang lembab seringkali perdapat pacat. Pacat memiliki alat penghisap berbentuk bulat di kedua ujung tubuhnya, ditengah-tengah alat penghisap bahagian depan terdapat mulut dan juga memiliki gigi. Kebanyakan pacat hidup sebagai transit dengan cara menghisap darah atau jaringan tubuh binatang lainnya untuk memperoleh makanannya. Ada juga yang hidup dengan makan sisa-sisa binatang dan tumbuhan. Pacat menyerang mangsanya dengan mengunakan alat penghisap bahagian depan ianya melukai dengan mengunakan gigi yg halus (tidak dapat lihat dengan mata kasar) dan menghisap darahnya. Pacat penghisap darah menghasilkan suatu cairan yang mampu mencecah terjadinya penggumpalan dan pengeringan darah sehingga mempermudahkan penghisapan. Tubuh pacat terdiri dari beberapa bahagian-bahagian seperti cincin (licin) dengan panjang tubuh 2 hingga 20cm dan dapat boleh mengecut maupun mengembangkan tubuhnya pacat ada perbagai warna seperti hitam, merah atau coklat. Kadang-kadang bergaris, berbintik, bercorak. pacat memiliki bahagian tubuh yang peka cahaya, tumbuhan, suhu dan cuaca, pacat memiliki alat kelamin jantan dan betina.

Rawatan Selanjutnya? Pastikan bahagian luka sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan ‘bandage’ ia. Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’ yang dihasilkan oleh pacat tersebut. Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk. Letak ais sekiranya bengkak. Sekiranya kesan gigitan itu agak teruk atau mengalami jangkitan kuman yang serius, segera dapatkan rawatan doktor .

NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan