Isnin, 31 Mei 2010

Mulut Berbau busuk

Ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?
Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds-VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur

Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.

Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

Punca Kekurangan Air Liur

  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
  • Berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
  • Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • Pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
  • Stress : mengurangkan pengaliran air liur
Rawatan
Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah rawatan utama bagi kanser kolorektal. Berapa banyak kolon anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.
Bagaimana Nak Tahu Yang Anda Mempunyai Masalah Mulut Berbau?

Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.

Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?

  • Membersihkan gigi setiap hari.

    Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.

  • Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda.
  • Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda, selebihnya masih kotor.
  • Membersihkan lidah setiap hari
  • Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.
  • Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
  • Minumlah air

    Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.

    • Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
    • Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
    • Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara.
    • Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
  • Mengunyah gula getah tanpa gula

    Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.

Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:

  • Gusi yang bengkak dan merah
  • Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • Gusi yang sakit
  • Nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi ketika mengunyah
  • Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)

Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Kanser Payudara

Apakah Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

breast-cancer_0

Punca

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

  • Usia meningkat
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

Pencegahan

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.

Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seseorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

Bila Mesti Melakukan PSP ?

Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.

Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP


Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.

a) Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.

Kedudukan 1

Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2

Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3

Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.

Kedudukan 4

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di Perhatikan Semasa Pemeriksaan.

  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.

b) Mengesan Perubahan Dengan cara Berbaring

Langkah 1: Persedian

Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.

Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN. Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak

Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Meggunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.

Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan

Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara

Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda

Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.

Pemeriksaan Payudara Kiri

Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.

Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kanser?

9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

Rayuan Kepada Semua Wanita

  • Cegah kanser payudara dengan PSP setiap bulan.
  • Jika anda merasa sebarang benjolan luar biasa di payu dara anda sila berjumpa doktor dengan segera.
  • Jadikan PSP sebahagian daripada cara hidup anda.
  • INGAT ! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

Sakit Jantung

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

sakit-jantung

Faktor Penyebab

Asap Rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.

Kandungan Lemak Yang Tinggi

  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
    jantung. Bersenamlah.

Darah Tinggi

  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Tip Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Asma

Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

Keterukan Asma:

  • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
  • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
  • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.

Penyebab

  • Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
  • Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
  • Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.
  • Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
    Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.
  • Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut. Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
  • Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
  • Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.

Faktor - Faktor Risiko

Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.

Pencemaran udara

Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.

Bayi pra matang

Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.

Merokok

Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.

Buasir

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.





Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.

buasir





Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.



Tahap 2:

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).



Tahap 3:

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.



Tahap 4:

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.



Faktor atau penyebab buasir ialah :

  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
  • Cirit-birit yang kronik.
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
  • Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom Penyakit Buasir ialah :

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

PPH

Mereka yang mengalami sImptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.

Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

  • Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
  • Tempoh berada di hospital yang singkat.
  • Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
  • Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Ahad, 30 Mei 2010

Penyakit Kulit

Jenis-Jenis Penyakit Kulit

Folikutis

Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyait ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.

Untuk merawat penyakit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.

Ekzema

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.

Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah.Ekzema tidak boleh diubati. Rawatan cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.

Kudis Buta

Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.

Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.

Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.

Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak.

Demam

Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.

Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang menjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.

Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan.

Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24ºCelcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.

Bagaimana Demam Terjadi?

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.
Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat, proses yang biasanya di lakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat di hilangkan melalui kulit.

Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu yang tertentu iaitu 36.5º hingga 37.5ºC melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi memboleh kan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan.

Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yang disampaikan ke otak akan menyebab kan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkahlaku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan bagi meningkatkan suhu kulit.
Di dalam keadaan tidak normal, perubaan di dalam mekanisma pengawalaturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan. Kepanasan pula ditunjukkan dengan pusat kawalatur pada otak yang tidak berubah walaupun kadar kehilangan haba dari badan semakin rendah yang mengakibatkan kenaikan suhu badan. Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.


Pengukuran Suhu Badan

Bagi memastikan sama ada anda betul-betul demam atau tidak, boleh dipastikan dengan menyukat suhu badan. Alat jangkasuhu akan digunakan sama ada jangkasuhu raksa di dalam kaca atau jangkasuhu elektronik seringkali digunakan sekarang kerana bacaan suhu boleh diperolehi dengan cepat di samping tiada kemungkinan alat tersebut pecah dan boleh mencederakan pengguna seperti di dalam penggunaan jangkasuhu kaca.
Tetapi jangkasuhu kaca juga mempunyai kelebihan kerana harganya murah serta mudah alih untuk dibawa kemerata-rata tempat. Selain itu ada juga jenis jangkasuhu filem yang diletakkan diatas kulit bagi memberikan bacaan suhu badan pengguna. Kebaikan jangkasuhu jenis ini ialah operasi pengendalian kasar ke atas jangkasuhu tidak akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.
Sekiranya pengguna mempunyai jangkasuhu yang disimpan bagi kegunaan pegukuran suhu badan, beberapa tapak badan boleh digunakan untuk mendapatkan suhu ini. Diantara tapak sukatan yang seringkali digunakan ialah mulut, celah ketiak, dubur dan telinga. Daripada kajian yang dilakukan, kedua-dua tapak ketiak dan dubur didapati memberikan suhu badan yang tepat berbanding dengan mulut. Ini kerana, suhu yang diperolehi dari mulut boleh dipengaruhi oleh pernafasan udara melalui mulut.


Bagi telinga pula, sukatan suhu badan boleh dilakukan dengan menggunakan jangkasuhu khas yang memancarkan sinar infra merah ke dalam telinga dan hasil daripada pantulan sinar kepada jangkasuhu akan digunakan untuk mengira suhu badan.


Rawatan Demam

Sekiranya demam telah dipastikan, maka langkah rawatan sendiri boleh dilakukan oleh pesakit. Mungkin demam yang anda alami boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubat tertentu sahaja. Sebaliknya jika penggunaan berulang ubat itu untuk beberapa hari tidak juga menyembuhkan demam, maka pesakit disarankan berjumpa doktor bagi mengenalpasti punca demam agar langkah selanjutnya dapat diambil.


Sekiranya perhatian tidak diberikan kepada pesakit terutama pesakit kanak-kanak di antara usia enam bulan hingga enam tahun, masalah demam boleh menyebabkan berlakunya sawan demam. Sawan jenis ini boleh terjadi hanya semasa demam dan ia tiada kaitan langsung dengan kecacatan otak. Ia boleh berpanjangan selama 10 hingga 15 minit.


Sekiranya sawan terjadi, letakkan tuala basah di atas kepala si pesakit dan bawa pesakit berjumpa dengan doktor. Langkah lain yang boleh dilakukan semasa pesakit mengalami demam adalah memastikan pesakit mengambil cecair yang mengcukupi, memakai pakaian yang tidak tebal dan suhu bilik yang tidak terlalu panas.


Sekiranya pesakit hendak diberikan ubat bagi melegakan demam, beberapa persoalan perlu diambilkira didalam pengubatan sendiri:

  • Berapa lamakah mengalami demam?
  • Berapakah suhu badan? Bagaimana suhu badan disukat?
  • Adakah tanda-tanda lain selain daripada demam?
  • Sudahkah rawatan lain digunakan untuk merawat demam tersebut?
  • Adakah anda sedang menjalani rawatan atau mengambil ubat tertentu?
  • Adakah anda menghadapi masalah alergi atau kesan buruk ubat-ubat tertentu?

Untuk penggunaan ubat bagi melegakan demam, pilihan ubat boleh digunakan oleh pesakit dewasa ialah parasetamol dan ibuprofen kerapkali digunakan untuk melegakan demam. Kedua-dua ubat ini bertindak mengurangkan takat tetap suhu badan. Selain itu, aspirin turut mempunyai kelebihan untuk menghilangkan kesakitan semasa demam. Dos ubat yang diambil oleh pesakit ialah 660 hingga 1000 miligram pada setiap empat hingga enam jam sehingga dos maksimum iaitu lima dos sehari. Ibuprofen pula disyorkan pada kadar 200 hingga 400 miligram setiap empat hingga enam jam sehingga dos maksimum iaitu sebanyak 1200 miligram sehari.


Bagi kanak-kanak pula, hanya disyorkan untuk merawat demam dan dos ubat yang lebih kecil diberikan berbanding dos dewasa. Pilihan dos ubat mestilah disesuai kan dengan umur pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi memudahkan pengambilan ubat. Dos yang disyorkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga 11 tahun ialah 10 hingga 15 miligram bagi setiap kilogram berat badan kanak-kanak pada setiap empat hingga enam jam. Manakala dos maksimum seharian pula sebanyak 65 miligram/kilogram. Dos ini hanya dibenarkan untuk selama lima hari sahaja. Semasa ubat diambil, sebarang perubahan negatif perlu diberi perhatian.


Bagi mereka yang mengalami kejutan panas, pertolongan cemas mesti diberikan dengan cepat untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Pakaian mangsa perlu dilonggar kan dan mangsa hendaklah dibawa ketempat teduh dan sejuk. Siramkan air sejuk atau dingin ke atas badan mangsa sambil memicit-micitkan anggota badan untuk mempercepatkan kehilangan haba dari badan. Biasanya semasa dihospital mangsa akan direndamkan dalam air sejuk untuk mengeluarkan haba dalam badan.


Jika kenaikan suhu badan disebabkan oleh masalah kelenjar seperti kerosakan kelenjar pituitari di otak, maka pengambilan ubat demam tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan suhu badan. Di dalam keadaan ini, masalah penyakit yang menyebabkan kenaikan suhu badan perlu dirawat terlebih dahulu untuk menghilangkan demam.


Masalah demam sebenarnya boleh diatasi dengan mengambil beberapa langkah rawatan sendiri. Diantara rawatan ini termasuklah penggunaan langkah kehilangan haba yang cepat dari badan dengan meletakkan tuala basah di atas badan untuk menghilangkan haba di permukaan ataupun menggunakan ubat untuk melegakan demam. Sekiranya ubat diambil pastikan ia digunakan mengikut arahan yang tertera di atas label bekas ubat. Semasa penyimpanan juga, pastikan kanak- kanak tidak boleh mencapai ubat ini serta diletakkan di tempat yang dingin dan kering.

Kencing Manis - volume 2

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-

  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Sering ketandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Golongan Berisiko Tinggi.

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  • Mereka yang berat badan agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.


Mengesan Kencing Manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Mengelak Kencing Manis

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Penjagaan Berat Badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan Diri Sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Diabetes

Wabak ini juga dikatakan menjadi semakin kerap ditemui dan tangkas ‘berjangkit’ terutamanya di Asia, tentu sekali termasuk Malaysia, berbanding tempat-tempat lain di penjuru dunia. Malah, sesetengah saintis meramalkan diabetes bakal menduduki takhta wabak terbesar direkodkan dalam sejarah manusia.

Ia bersesuaian dengan unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa, sekurang-kurangnya 171 juta rakyat dunia menderita penyakit diabetes yang dijangkakan meningkat lebih sekali ganda menjelang tahun 2030.

Saban tahun, adalah dianggarkan, 3.2 juta kematian (bersamaan enam orang seminit) dicatatkan di seluruh dunia yang berpunca daripada komplikasi-komplikasi diabetes. Sekalipun dari segi kesedaran mengenainya sudah ada di negara ini, namun masih ramai yang masih tidak ambil peduli.

Mengambil kira perubahan gaya hidup mewah, pemakanan tidak seimbang dan kurang bersenam di kalangan para pekerja pejabat berbanding mereka yang lebih aktif, tidak keterlaluan jika dikatakan sekurang-kurangnya separuh daripada rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa paras glukosa atau gula dalam darah mereka sebenarnya adalah tinggi.

Jadi, adakah anda berisiko? Apakah komplikasi-komplikasinya? Dan, kenapa anda perlu ambil tahu tentang penyakit yang menyerang di dalam diam ini? Diabetes meningkatkan risiko sakit jantung kepada tiga kali ganda berbanding mereka yang tidak menghidapinya. Kadar kematian selepas serangan jantung adalah tiga kali ganda jika pesakit turut menghidap diabetes.

Komplikasi

Oleh itu, pesakit diabetes perlu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok dengan cara mengawal kadar gula dalam darah dan juga mengurangkan faktor-faktor risiko lain seperti darah tinggi, kolesterol dan rokok.

Berat badan juga menjadi faktor penting terutamanya perut yang buncit. Pertukaran cara hidup yang melibatkan pemakanan seimbang dan senaman setiap hari adalah sangat penting. Pengawalan berat badan juga harus diberikan perhatian terutama jika pesakit mempunyai perut yang buncit. Pengawalan kadar gula adalah penting dan pesakit perlu berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan.

Pemeriksaan kadar HbA1c, haruslah tidak melebihi tujuh peratus dan kadar glukos semasa berpuasa juga tidak melebihi tujuh mmol/L. Kawalan glukosa dan HbA1c yang baik boleh dicapai dengan cara pemakanan dan senaman, menggunakan ubat-ubatan berupa pil diabetes dan juga suntikan insulin, jika perlu. Sementara itu, penyakit darah tinggi adalah tiga kali ganda lebih banyak di kalangan pesakit kencing manis berbanding pesakit lain.

Walaupun definisi darah tinggi adalah 140/90 pada kebiasaannya, kadar ini diturunkan ke 130/80 bagi pesakit diabetes. Ini disebabkan oleh risiko sakit jantung dan strok yang lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes. Kadar kolesterol juga berbeza di kalangan pesakit diabetes.

Lazimnya, kadar trigliserid lebih tinggi dan HDL – kolesterol rendah berbanding orang biasa manakala kadar LDL – kolesterol dan total kolesterol tidak berbeza dibandingkan dengan orang biasa.

Pembetulan kadar kolesterol yang tidak seimbang ini dapat mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 25 peratus. Pengawalan kolesterol boleh dicapai dengan cara pemakanan dan juga ubat-ubatan, jika perlu. Ia amat penting terutama di kalangan pesakit yang menghidap diabetes dan juga sakit jantung.

Merokok adalah risiko tersendiri penyakit jantung terutamanya di kalangan pesakit kencing manis. Kadar kematian sakit jantung adalah dua kali ganda di kalangan pesakit diabetes yang merokok berbanding dengan pesakit yang tidak merokok.

Komplikasi metabolik di kalangan penghidap diabetes terbahagi kepada dua jenis:

  • Hiperglisemia; berlaku apabila kadar glukosa dalam darah terlalu tinggi menyebabkan pesakit terasa lemah dan kehausan.
  • Hipoglisemia pula berlaku apabila kadar glukosa dalam darah terlalu rendah. Keadaan ini menyebabkan pesakit terasa lapar, menggigil, berpeluh dan jantung berdebar-debar.

Lain-Lain Komplikasi

Tiga jenis komplikasi yang biasanya terdapat pada pesakit adalah katarak, glaukoma dan retinopati diabetik. Komplikasi retinopati diabetik boleh menyebabkan pendarahan di dalam mata dan mengakibatkan pesakit menjadi buta. Keadaan ini boleh dielakkan jika pesakit membuat pemeriksaan mata.

Biasanya doktor mengesyorkan pemeriksaan mata setiap enam bulan atau setahun. Komplikasi retinopati ini dapat dirawat dengan kaedah fotokoagulasi laser dan ia amat berkesan jika dilakukan pada peringkat awal.

Pada peringkat awal, pemeriksaan air kencing untuk mikroalbuminuria dan makroproteinuria dapat mengesan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, pesakit diabetes dinasihatkan membuat pemeriksaan air kencing setiap tahun. Jika keadaan ini berlarutan dan menyebabkan kegagalan buah pinggang tahap lewat, pesakit perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Kerosakan Kaki

Diabetes boleh juga menyebabkan kerosakan saraf dan mengakibatkan kaki pesakit menjadi kebas dan hilang perasaan sentuh dan sakit. Ini boleh menyebabkan kaki pesakit luka dan berkudis tanpa disedari oleh pesakit itu sendiri. Gangguan saraf juga boleh menyebabkan kerosakan pada sendi dan kecacatan di kaki. Jika berlaku kerosakan saraf di dalam perut pula, ini boleh menyebabkan pesakit berasa kembung dan cirit-birit.

Di kalangan pesakit yang mengalami gangguan saraf pada bahagian kaki, komplikasi ulser kaki diabetik boleh berlarutan hingga menyebabkan gangren dan septicaemia. Pesakit perlu memeriksa kakinya pada setiap hari kerana kebersihan kaki adalah sangat penting dalam kes pesakit diabetes.

Kaki mereka haruslah dijaga dengan rapi dan sentiasa kering. Pesakit dinasihatkan supaya memakai kasut apabila berjalan dan kasut haruslah yang sepadan dengan saiz kaki.

Kuku kaki harus dipotong dengan baik. Jangan gunakan pisau atau gunting untuk memotong kuku. Mereka harus memeriksa bahagian dalam kasut supaya tiada batu atau pasir sebelum memakainya.

Jika terdapat masalah luka atau kudis di kaki, hendaklah dibersih dan disapukan ubat dengan segera. Sekiranya tidak sembuh dalam tempoh dua tiga hari, pesakit haruslah berjumpa doktor dengan segera.

Penyakit diabetes merupakan penyakit yang serius dan kerap berlaku di kalangan penduduk di negara ini tetapi jika diawasi dan dikawal dari peringkat awal lagi, penyakit ini tidaklah membawa padah yang besar.

Hindari Masalah Kaki:

  • Periksa kaki setiap hari
  • Basuh kaki setiap hari dengan sabun
  • Jangan rendam kaki. Ini akan menyebabkan kulit menjadi kembang
  • Keringkan kaki dengan baik selepas mandi terutama di celahan jari
  • Gunakan bedak supaya kaki sentiasa kering
  • Potong kuku dengan baik. Gunakan ketip kuku yang sempurna. Jangan guna pisau atau gunting untuk memotong kuku.
  • Gunakan kasut atau selipar yang sepadan dengan saiz kaki
  • Jika kaki anda luka, bersihkan dan guna ubat antiseptik dan dressing. Segeralah berjumpa doktor jika luka tidak sembuh dalam tiga atau empat hari
  • Apabila membeli kasut pastikan saiznya betul, tapaknya lembut. Jangan guna kasut bertumit tinggi. Sentiasa gunakan sarung kaki supaya tidak luka. Sebelum memakai kasut pastikan tiada pasir atau batu. Ini boleh menyebabkan luka.

Gout - volume 3

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk secara semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan, ianya akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak.


Gout bermula dengan sendi kaki seperti ibu jari yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi pada waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

gout gout_2



Antara Makanan Yang Harus Dielakkan ialah :

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).


Golongan berisiko dan mudah mendapat gout ialah :

  • Mereka yang berusia 40 hingga 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.
  • Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout.
  • Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat.
  • Wanita putus haid.
  • Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan.
  • Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi.

Psiorisis


Psoriasis adalah satu keadaan kulit meradang yang kelihatan berwarna merah disebabkan oleh pembaharuan sel-sel kulit yang abnormal (terlalu pantas), iaitu empat kali lebih cepat berbanding kulit normal. Ia juga disebabkan oleh pertambahan bilangan saluran darah kecil yang membesar pada kulit yang menyebabkan penebalan kulit dan seterusnya pengupingan.


Psoriasis kelihatan sebagai tompok-tompok kulit berwarna merah yang diliputi oleh kuping-kuping yang mengelupas. Mana-mana bahagian badan boleh mengalaminya. Termasuk di bahagian yang sering terlibat seperti siku, lutut, dan kulit kepala. Psoriasis tidak berjangkit. Bahkan ianya tidak boleh merebak kepada orang lain. Penyakit ini juga tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah.

psoriasis-1

Punca

  • Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.
  • Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.
  • Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.
  • Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.

Rawatan Psoriasis

  • Krim

Krim ini termasuk pelembap, tar, ditranol, kalsipotriol dan steroid topikal. Kebanyakan orang yang mengalami Psoriasis akan menghdap penyakit yang tidak begitu teruk dan mendapat kelegaan yang bayak dengan topikal.

  • Fototerapi

Psoriasis bergerak balas kepada rawatan cahaya ultraungu (UV), cahaya UV, sama ada UVB atau UVA telah didapati berkesan dalam menghilangkan Psoriasis jika digunakan dalam dos yang ditambah secara beransur-ansur menjelang tempoh beberapa bulan.

  • Ubat-ubatan

Ahli dermatologi mungkin mempreskripsikan pil-pil oral untuk Psoriasis yang teruk. Contohnya adalah metotreksat, asitretin, siklosporin dan sulphasalazin. Ubat-ubatan ini menyebabkan kesan-kesan sampingan dan pesakit-pesakit akan memerlukan ujian darah yang tetap untuk mengesan kesan-kesan sampingan.

Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:

  • Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
  • Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan.
  • Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
  • Gunakan rawatan secara kerap.
  • Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
  • Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.
  • Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
  • Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.

Tekanan Darah tinggi -

Bagaimana tekanan darah diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.

6_21bloodpressure

Jenis-jenis Darah Tinggi

Hipertensi Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:

  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.




Hipertensi Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:

  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-

  • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
  • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata

Gejala

Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-

  • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang Kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening

Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

  • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
  • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
  • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
  • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna

Elakkan

  • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
  • Merokok
  • Minuman beralkohol
  • Kekurangan senaman
  • Kerisauan
  • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan

pacat - pembawa virus

ini adalah spesis pacat, ada yang berwarna coklat(pacat siamang ) adalah yang paling ganas berbeza pacat harimau yang banyak terdapat di hutan- hutan belantara, spesis pacat ini memang tiada nilai dalam perubatan kerana cecair yang di bawa mempunyai virus yang boleh menyebabkan berlaku nya banyak pendarahan selain penyebab penyakit sekuder. spesis pacat siamang ini berbadan coklat, terdapat di semak samun, stail gigitan ala-ala komando senyap dan pantas..spesis ini membuat luka boleh menjadi kudis, menyebabkan kehilangan darah dan penyakit sekunder..so berhati - hati la bila kita memasuki hutan, paya, atau semak samun.

Asal Usul Lintah-- Kebesaran Allah Ta'ala

Asal usul lintah ini ada dalam sirah iaitu kisah Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah S.W.T. Dengan berkat doa Baginda, ulat tersebut jatuh ke tanah dari badan Baginda lalu menjadi lintah dan ulat yang diterbangkan angin menjadi lebah. “...dan sesungguhnya nabi ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”
Sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan Allah S.W.T ini mempunyai banyak kebaikan kepada umat manusia hari ini. Lintah dikenali sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang. Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.Penghisap hadapan (interior Sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah. Manakala penghisap belakang (Posterior Sucker) berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakannya (seperti ulat beluncas). Terdapat 650 spesis lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Mengikut kajian oleh Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2007, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis. Diketahui 20 jenis spesis sahaja yang dipelihara untuk perubatan. Diantaranya Hirudinaria Manilenssis (lintah asia) Hirudo Medicinalis (europe) Macrobdella Decore (Nort America) Hirudo Niponnia (Jepun) Haementeria Officinalis (Central America) Haementeria Depressa (South America) Amazon leech (amazon) dan lain lain lagi. Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali dari saiz asalnya dimana seekor lintah boleh menghasilkan 5 ekor 20 ekor benih sekali bertelur dan seekor lintah mempunyai 32 otak , 5 pasang mata yang tersusun, 300 batang gigi , tiada paru paru dan bernafas melalui kulit. Oksigen akan memasuki melalui kulit dan seterusnya disalurkan ke seluruh badan melalui saluran darah. Lintah termasuk dalam kumpulan "ANNELIDA" atau cacing. Memiliki kedua dua organ pembiakan jantina dan betina yang dipanggil 'hermapordit' Jangka hayat seekor lintah dari 2 hingga 10 tahun (bergantung pada persekitaran dan pemakanan) Lintah menghisap darah yakni melekat pada kulit pemangsa dimana terdapat saluran darah hampir dengan kulit pemangsa. Makanan berkhasiat untuk lintah adalah belut. Sejak ribuan tahun, lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah.

Kandungan hirudin yang tinggi di dalam lintah adalah anti-koagulan (menghalang pembekuan darah) yang sangat berkesan. Hirudin adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan (manillensis), berfungsi sebagai anti pembekuan semulajadi, dari beberapa penyelidikan,telah dibuktikan bahawa Hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan bagi menghalang pembekuan darah. Perkembangan pesat dalam bidang Bioteknologi dan Bioteknologi Molekul yang melibatkan teknik teknik DNA Rekobinan dan proses penulinan protein membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar.Kebolehdapatan hirudin secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit Thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan. Histamin pula berperanan sebagai Vasolidator (mengembangkan saluran darah). Kajian Profesor K Diakonov pada 1809 mendapati darah manusia yang dihisap yang berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik. Penyelidikan Highcraft pada 1884 mendapati Ekstrak lintah menghalang darah dalam tabung uji membeku dan ini memulakan penemuan Hirudin.

LINTAH DAN PERUBATAN

Lintah telah lama diketahui keistimewaannya dalam bidang perubatan sejak berabad-abad yang lampau sehingga kini. Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah. Ia juga banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan, menampal tisu kulit baru pada kulit yang rosak seperti kulit terbakar dan lain-lain rawatan lagi.

Ekstrak hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah. mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

Ekstrak pheromone – merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan. berguna dalam masalah hubungan seksual.

Ekstrak histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.

Ekstrak nitric oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Sabtu, 29 Mei 2010

Lintah Oh Lintah

Lintah Dalam Perubatan
Lintah adalah spesis cacing (annalida) yang telah banyak digunakan dalam bidang perubatan terutama dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah, sejak zaman dahulu lagi. Kandungan hirudin yang ada di dalam lintah adalah bahan yang sangat berkesan untuk menahan darah dari
membeku manakala Histamin pada lintah pula dapat mengembangkan salur kapilari darah.
Saintis-saintis telah membuktikan bahawa :
“Extracts from the salivary glands of sanguivorous species of Euhirudinea used for medicinal purposes” “The benefit of using medicinal leeches, or Hirudo medicinals were first recorded by Themison Laodicea in 50 BC”. “Napolean’s military surgeon, Franccois-Joseph-Victor- Broussais, have use leeches for the medical benefits on 1833.” “In 18th century, Europe had used leeches to suck their tocsid blood”

Dalam bidang perubatan, air liur lintah / ekstrak – mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan dan bahan antibiotik yang berkesan. Ia juga menghasilkan bakteria (aeromonan hydrophila) untuk mencerna darah dan menghasilkan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan. Terapi lintah (bekam) juga turut digunakan untuk memulihkan pengaliran darah selepas menjalani pembedahan kosmetik Kelebihan terapi lintah –
jerawat, migrain, menormalkan serta membaik pulih kapilari darah, kesan anti-inflamasi yang cepat serta melegakan tekanan. Di Malaysia, terdapat dua jenis lintah yang diternak secara komersil oleh individu persendirian atau berkelompok iaitu lintah daripada jenis perut hijau dan lintah perut perang. Di atas harga pasaran lintah yang stabil iaitu purata RM60 sekilogram dan pemintaan untuk dijadikan bahan kecantikan dan juga digunakan di dalam perubatan, maka
dengan tidak secara langsung menggalakankan lagi industri Lintah di Malaysia hari ini.


Penternakan lintah secara komersil mula timbul di negara ini sejak dua tahun lepas berikutan wujud permintaan terhadap haiwan itu apabila beberapa syarikat mengusahakan perniagaan perubatan berasaskan lintah.Sebelum ini, permintaan terhadap lintah adalah kecil walaupun
bidang perubatan berasaskan lintah telah wujud sejak 3 tahun lepas apabila pengamal perubatan tradisional menggunakan haiwan itu bagi rawatan berkaitan kesihatan seksual lelaki di kaki lima kedai atau mengunakan minyak lintah untuk menumbuhkan ramput. Lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang menyaksikan Lintah diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot. “Penternakan lintah ada potensi yang baik cuma tidak dieksploitasi memandangkan harga pasaran pun baik dan penternakannya mudah
dikendalikan”.
Lintah-lintah di negara-negara Barat seperti Britain, Jerman dan Rusia di mana lintah dipelihara untuk tujuan khusus, hasil penyelidikan yang lama telah membolehkan lintah digunakan dalam perubatan moden dan berjaya menghasilkan produk siap. Lintah juga turut diternakkan untuk tujuan perubatan terutama bagi masalah kesihatan berkaitan bahagian yang sensitif seperti bahagian kepala, belakang mata atau telinga yang memerlukan pembedahan, lintah hidup digunakan untuk menghisap darah pesakit dan kemudiannya darah itu dikeluarkan untuk dianalisis mengenai penyakit yang mungkin dihidapi oleh pesakit itu.Khasiat kesihatan dalam lintah terdapat pada apa yang dipanggil “Hirudin”, sejenis protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah, yang terdapat dalam air liur lintah. Penternakan lintah amat mudah dikendalikan dengan jagaan minimum sama ada di luar bangunan (kolam konkrit atau kolam tanah) atau dalam bangunan (tangki gelas serat, tangki akuarium atau tangki lain yang sesuai) yang didapati lebih mudah.Makanannya adalah belut and keli, tetapi ada juga penternak lintah mengunakan baja lintah sebagai gantiannya, biasa ia diberikan setiap seminggu atau setiap dua minggu dan biasanya ia cepat membiak melalui sumber makanan ini. Lintah yang hidup dan diternak di Malaysia tidak sama dengan yang terdapat di negara Barat dan setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di Malaysia. Anak lintah atau benih lintah yang boleh dijual biasanya berumur dua hingga tiga bulan manakala lintah induk pula enam bulan ke atas.Gandungan yang terdapat dalam lintah boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara Taiwan,China, Thailand,jepun dan Korea Selatan.


Fakta Lintah

1. terdapat 650 spesis lintah
2. lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
3. kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
4. lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
5. lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
6. tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
9. Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah

10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
11. Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
17. Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal

INFO Lintah

* Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
* Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
* Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
* Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
* Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
* Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
* Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
* Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
* Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
* Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.


MODUL DAN PANDUAN MENTERNAK LINTAH

Biologi
Terdapat lebih kurang 650 jenis lintah di dunia. Di Malaysia sahaja terdapat 6 jenis
spesis lintah yang dapat dikenalpasti.
Spesis Hirudo Medicinalis dan Hirudinaria Manillensis atau lebih dikenali dengan ‘lintah hijau’ dan ‘lintah coklat’ sangat popular untuk diternak untuk tujuan perubatan.
Di Eropah, selain 2 spesis popular yang popular tadi, lintah Amazon; Haementeria Ghilianii juga diternak.


Struktur Binaan dan Anatomi Lintah

Struktur binaan dan bahagian dalaman lintah terdiri daripada 3 lapisan otot yang kuat:-
1. Otot circular
2. Otot diagonal
3. Otot longitudinal

Lintah mempunyai badan berbentuk tiub yang fleksibel (boleh memanjang dan
membesar) serta bersegmen.
Lintah mempunyai hos penyedut (sucker) di kedua-dua hujung badannya tetapi cuma
satu hos penyedut yang terletak di kepala yang mempunyai keupayaan menyedut darah.
Lintah dari keluarga Hirudo mempunyai 3 rahang di mana setiap rahang mempunyai
100 barang gigi yang jumlah keseluruhannya seekor lintah mempunyai 300 batang gigi.
Rasa kurang sakit semasa digigit lintah adalah disebabkan oleh anesthetic atau bius
yang dihasilkan sendiri oleh lintah.

Lintah memasukkan serum anti-coagulant yang bertindak menghalang darah daripada membeku dan tersumbat. Lintah akan menyedut darah sehingga 5 kali saiz dan beratnya dan akan melepaskan gigitan selepas ia kenyang. Selepas lintah tadi melepaskan gigitan, luka tadi akan berdarah selama beberapa jam dan boleh sehingga 10 jam.

Lintah mempunyai 32 otak iaitu lebih 31 daripada manusia.
Lintah mempunyai sensor yang terletak dikepala dan badannya yang berupaya mengesan cahaya, suhu dan gegaran.
Lintah matang dan boleh dituai pada umur 6 bulan dan ke atas.
Lintah boleh mencapai umur sehingga dua (2) tahun dan mempunyai kebarangkalian
mati awal akibat sakit disebabkan habitat tidak sesuai atau lain-lain punca.
Lintah sangat sensitif dengan bahan kimia.

Habitat

1/5 daripada spesis lintah hidup di laut dan sumber makanannya adalah ikan. Baki 4/5 spesis lintah hidup di air tawar. Kedalaman air 1 kaki hingga 2 kaki sudah memadai untuk lintah.
Lintah tidak hidup di air berarus, tercemar dam masam. Tahap pH air sesuai untuk lintah ialah 7.0 ke atas (bersifat alkali). Sumber fakta dari Biopharm Leeches UK “Alkalinity is a requirement for leech survival with pH levels above 7.0 desired” Suhu yang sesuai ialah 15oc hingga 27oc. Lintah sangat sensitif dengan bahan kimia terutamanya kandungan zink yang tinggi
dalam air (Ginsberg, D., 1998). Sebaiknya ada bangsal yang dilitupi jaring hitam orked yang 50% atau 70% halang ketelusan cahaya. Cahaya sekurang-kurangnya 30% itu bagi membolehkan tumbuhan akuatik hidup.

Pernafasan

Sistem pernafasan lintah berlaku di seluruh permukaan badan badannya. Wujud pergerakan kecil di badan lintah semasa proses pertukaran gas berlaku. Lintah akuatik lebih cenderung untuk naik ke permukaan air jika mereka dapati air habitatnya kekurangan oksigen.

Organ sensor (pengesan)

Organ sensor atau pengesan lintah yang terdapat di kepala dan permukaan badan membolehkan lintah mengesan kehadiran cahaya, suhu dan gegaran atau pergerakan. Reseptor kimia di kepala lintah juga memberi keupayaan kepada lintah untuk menghidu bau dan juga bertindak sebagai mata memandangkan lintah adalah buta.

Pembiakan

Lintah adalah hidupan hermaphrodites iaitu mempunyai dua jantina dan dua organ
pembiakan jantan dan betina. Lintah mempunyai clitellum, satu kawasan kulitb tebal yang hanya dapat dilihat semasa waktu pembiakan atau persenyawaan. Proses persenyawaan melibatkan sepasang lintah atau lebih bertemu dan berjalin badan satu sama lain di mana setiap mereka mengeluarkan sperma ke kawasan clitellum pasangan mereka.

Sperma tadi akan masuk ke ovari tempat di mana fertilasi berlaku. Kawasan clitellum
mengeluarkan kokun gelatin yang mengandungi khasiat. Daripada kokun inilah telurtelur
lintah akan terhasil. Kokun itu tadi sama ada tertanam atau melekat di batu, kayu, daun atau akar tumbuhan akuatik. Selepas beberapa minggu atau bulan, anak lintah kecil akan kelihatan.
Lintah dari keluarga Hirudo bertelur secara kokun dan juga lendiran; manakala lintah Amazon bertelur di atas perutnya yang berpotensi menghasilkan kira-kira 300 ekor anak. Lintah dari keluarga Hirudo tidak mempunyai anggaran tepat tentang potensi anak yang dihasilkan tetapi dipercayai lebih kurang 20 hingga 200 ekor anak dan volum ini bergantung kepada 4 faktor penting:-
1. Kualiti air (julat pH antara 6.8 hingga 7.4);
2. Suhu normal (suhu air antara 15oc hingga 27oc);
3. Suasana gelap; dan
4. Gangguan paling minima.

Kokun lintah

Lintah boleh mula bertelur pada umur 3 bulan dan ke atas.
Lintah dikatakan boleh menghasilkan telur 5 atau 6 kali dalam hayatnya.

Tetapi wujud juga dakwaan saintis yang lintah akan mati selepas bertelur untuk kali kedua atau ketiga. Selepas bertelur, lintah selalunya mengambil masa 1 bulan atau lebih untuk mula bertelur buat kali seterusnya. Jangkaan kematian atau ketidakberjayaan anak dihasilkan dari telur lintah dianggarkan 5%.

Makanan

Kebanyakkan spesis lintah adalah jenis sanguivorous, iaitu mendapat makanan dengan menyedut darah dari hos (perumah) yang boleh terdiri daripada hidupan mamalia seperti binatang dan manusia, ikan, katak, dan lain-lain.
Lintah jenis ini boleh menyedut darah yang beratnya berkali ganda dari jumlah berat badannya.
Selepas kekenyangan lintah akan berehat di kawasan gelap dan terlindung untuk proses penghadaman. Proses penghadaman adalah perlahan. Lintah boleh bertahan tidak makan selama beberapa bulan (ada mengatakan sehingga 6 bulan).

Teknik Pemakanan Lintah Ternakan Komersil

Lintah ternakan komersil diberi makan ikan belut dan keli secara berjadual. Belut lebih disyorkan kerana darahnya lebih banyak dan mengandungi lebih banyak khasit seperti Omega-3 yang bagus untuk tujuan pembiakan berbanding keli. Kaedah beri makan boleh dilakukan dengan menggunakan sangkar, jaring atau cuma mata kail dengan menenggelamkan badan belut atau keli ke dalam air dengan mulut dihadapkan ke permukaan air. Sengat dan bawah bibir keli perlu dipotong terlebih dahulu sebelum diberi makan kepada lintah. Belut pula perlu diikat mulutnya yang boleh dilakukan dengan menutup kepalanya dengan kain dan diikat dengan sebaiknya.

Ini untuk mengelakkan lintah digigit belut atau termasuk ke dalam insang yang menyukarkan proses bedah siasat. Keli dibiarkan di dalam air selama 4 jam sebelum diangkat dan diperiksa atau dibedah siasat bagi memastikan tiada lintah tertinggal di dalam insang atau badan. Belut dibiarkan di dalam air selama 6 jam sebelum diangkat dan diperiksa atau dibedah siasat bagi memastikan tiada lintah tertinggal di dalam insang atau badan. Jika keli atau belut adalah makanan utama lintah dan tiada makanan tambahan (supplement) seperti booster, maka haruslah diberi makan seekor keli atau belut setiap minggu atau lebih jika lintah-lintah tadi membiak dengan banyak.

Booster disyorkan untuk menggalakkan pembiakan dan tumbesaran lintah dengan mewujudkan aggil dan plankton yang terhasil dengan tindakbalas bahan organik dalam booster dan hampas dan sisa tumbuhan akuatik seperti kiambang atau keladi bunting yang mati.

Berikut adalah cadangan sukatan booster:-
Polytank 80 Gelen
Permulaan 2kg; setiap minggu 500g ditabur di dalam setiap polytank
Kolam Batu Blok 4 X 9
Permulaan 4kg; setiap minggu 1kg
Kolam Kanvas 15 X 30
Permulaan 30kg hingga 40kg; setiap minggu 3kg

Penggunaan dalam Perubatan

Hampir 2000 tahun, lintah digunakan dalam perubatan bagi menyembukan pelbagai jenis penyakit dengan kaedah mengeluarkan darah (bloodletting). Penggunaan lintah di Eropah mencapai zaman kemuncak pada tahun 1830 hingga 1850 sehingga kekurangan bekalan lintah menyebabkan pengurangan penggunaan hidupan ini.

Kini lintah telah diiktiraf sebagai alat perubatan seperti di Amerika dan banyak negara Eropah.
Digunakan secara meluas dalam industri perubatan kosmetik seperti pembedahan kecantikan bagi menyelesaikan masalah pembuluh darah kecil tersumbat atau beku dan kekejangan otot.
Contoh penyakit yang boleh dirawat menggunakan lintah seperti:-
1. Kanser tiroid;
2. Migrain;
3. Masalah kulit;
4. Diabetes;
5. Mata bengkak, kemerahan;
6. Jerawat dan resdung;
7. Pembedahan kosmetik;
8. Membuang darah kotor; dan
9. Penggunaan lendiran lentah (hirudin) dalam merawat inflamasi, mata lebam, antibeku darah yang berguna bagi merawat penyakit jantung, darah tersumbat dan darah terlalu pekat.

Tips Penjagaan

Jangan gunakan air paip tanpa merawat dengan anti-klorin terlebih dahulu.
Air paip juga boleh dirawat dengan biarkan ia di bawah cahaya matahari selama lebih daripada 2 hari untuk menghilangkan klorin.
Jangan gunakan air sungai dan paya kerana dihuatiri terdapat anak ikan yang akan membesar dalam kolam lintah dan makan telur lintah ternakan anda.
Air semulajadi seperti air hujan dan air gunung (air terjun) juga sesuai untuk lintah tetapi mestilah diuji tahap pH.
Air hujan kebanyakan di bandar besar dan kawasan industri mempunyai air hujan yang tahap pH bawah 5.0 (berasid tinggi) yang tidak sesuai dengan lintah.
Jangan letak anak ikan untuk membunuh jentik-jentik.
Beri makan belut atau booster secara berjadual dan tidak melebihi sukatan atau dosage yang disyorkan.
Jangan biarkan badan belut atau keli yang mati terbiar di dasar kolam kerana akan mencemarkan kualiti air kolam.
Berhati-hati ketika memilih baja atau booster lintah kerana terdapat booster yang mempunyai kandungan ammonia yang terlampau tinggi.
Selalu periksa tahap pH dan suhu air (cuaca panas) anda. Sebaik-baiknya 1 minggu sekali.
Penggunaan Effective Microorganisms (EM) memang terbukti boleh merawat air tetapi sesetengah penternak lintah berpengalaman menasihatkan cuba mengelakkan penggunaan secara kerap, hanya kecuali jika kualiti air sangat teruk.
Elakkan memberi jeli darah lembu kerana darah hidupan mamalia dikhuatiri berpenyakit dan darah yang terdedah dengan udara selalunya dikaitkan dengan tercemar.
Jika lintah digunakan dalam bekam; jangan gunakan lintah yang sama kepada 2 pesakit kerana dikhuatiri penyakit pesakit 1 berjangkit kepada pesakit 2.
Lintah yang telah menyedut darah manusia tidak boleh dimasukkan semula ke dalam kolam tetapi mesti dikuarantin terlebih dahulu selama 3 bulan.
Gunakan keladi bunting, kiambang dan pokok kangkung puteri sebagai tumbuhan akuatik bagi tempat lintah berlindung, bertelur dan juga sebagai sumber atau punca menambah oksigen dalam air.
Elakkan mambakar sampah, meracun rumput atau menghisap rokok berdekatan dengan bangsal lintah. Ia akan menjejaskan ketahanan dan jangka hayat lintah selain membantutkan pembiakan.
Pastikan tangan bersih dan bebas daripada sisa kimia seperti sabun, minyak rambut, alat kosmetik dan rokok sebelum memegang lintah atau mencelup tangan ke dalam polytank.

Sejarah
Penggunaan lintah sebagai alat perubatan telah dipelopori di India pada 1000 tahun sebelum Masihi.
Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

MEMULAKAN PROJEK PENTERNAKAN LINTAH

Menternak lintah secara komersil sangat menguntungkan kerana permintaan terhadap lintah
dan produk lintah sangat tinggi. Ia sangat popular kini kerana disebabkan kesedaran
masyarakat dunia tentang khasiat dan keefisyenan dan kadar efektif lintah yang tinggi dalam
perubatan moden dan tradisional. Selain itu, ternakan lintah ini bersifat modal sekali kerana
ia membiak pantas dan perusahaan penternakan ini dapat dibesarkan tanpa mengeluarkan
modal baru untuk membeli induk tetapi cuma tidak menjual keseluruhan lintah dan menyimpan
untuk penternakan kali seterusnya.
Tetapi adalah dinasihatkan supaya bakal penternak mengikat kontrak perjanjian jual beli
dengan syarikat penghasil produk lintah atau pemborong lintah. Cara mudah ialah dengan
mencari syarikat yang menawarkan perjanjian contract farming atau perladangan kontrak
yang menjanjikan akan membeli lintah daripada anda apabila tiba waktu menuai dengan harga
yang telah ditetapkan. Syarikat yang menawarkan perjanjian contract farming ini selalunya
syarikat yang sudah lama bertapak, mahir dalam ilmu lintah. Jika anda mengikuti kursus yang
dianjurkan oleh syarikat ini selalunya akan ditawarkan mengikuti pakej penternakan yang
sekaligus mengikat perjanjian dengan syarikat tersebut.
Harga jualan standard lintah kepada orang tengah atau syarikat kontrak adalah dalam
lingkungan RM50-00 hingga RM80-00 per kg dalam kauntiti pukal. Harga jualan lintah dalam
pasaran kecil seperti menjual kepada kumpulan atau individu pengamal perubatan moden atau
tradisional, kemungkinan tinggi sedikit kerana kuantiti dibeli adalah sedikit. Dianggarkan
RM80-00 hingga RM100-00 per kg.
Carta Harga Jualan (standard dan akan berubah mengikut pasaran)
Lintah jumbo (menopause) RM50 – RM80/kg (60 – 100 ekor = 1kg)
Lintah matang RM120 – RM150/kg (130 – 150 ekor = 1kg)
Lintah muda RM220/kg (200 – 250 ekor = 1kg)

Hasil jualan lintah mengikut harga berdasarkan saiz untuk satu polytank yang berjaya tanpa
masalah kritikal, penyeliaan dan penjagaan yang rapi, makanan yang cukup dan berjadual,
kualiti, suhu dan tempat ternak yang kondusif dan menyerupai habitat asal lintah dan dapat
meminimumkan gangguan bersifat gegaran atau kehadiran bahan kimia berbahaya.
Hasil akan berkemungkinan menjadi lebih tinggi dengan usaha gigih dan izin Allah. Selalunya
hasil tinggi akan dinikmati oleh penternak untuk batch kedua kerana induk lintah yang lebih
banyak dan pengalaman yang lebih meluas.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh sintis dan juga hasil pengalaman yang dikongsi oleh
penternak lintah yang telah lama menceburi sama-sama menyatakan fakta bahawa lintah
mudah membiak dalam kawasan kecil dan sempit kerana lebih mudah bertemu. Lintah juga
tidak berapa sesuai diternak dalam kolam simen kerana wujudnya kehadiran kapur dan asid
simen. Walaupun asid simen telah dihilangkan namun para pemborong dan syarikat pemproses
produk lintah tidak menggemari lintah hasil ternakan kolam simen kerana pasif dan kandungan lendir atau hirudin sedikit.

Kolam kanvas dianggap pesaing hampir kepada kaedah polytank. Namun kaedah kolam kanvas
telah dibuktikan melalui testimonial penternak lama yang mengatakan ia sangat leceh,
memerlukan komitmen dan penyeliaan yang tinggi; contohnya angin boleh membawa sisa racun
rumput walaupun kawasan diracun berjauhan menyebabkan merosakkan tumbuhan akuatik dan menjejaskan hayat dan pembiakan lintah, bersaiz besar yang menyukarkan proses pembiakan berlaku, menggunakan ruang yang besar, sukar untuk memperbaiki keadaan jika berlaku masalah; contohnya pemindahan lintah.
Masalah kolam kanvas ini kesemuanya dapat diselesaikan oleh kaedah polytank (dengan izin
Allah) yang mudah diselenggara kerana kecil, bertudung dan tinggi dapat mengelak dari angin
membawa sisa racun, kecil dan sempit bagus untuk pembiakan, tahan lama kerana diiktiraf
oleh ISO dan SIRIM.

2 saja masalah kaedah polytank ialah pertama: polytank tidak dapat digunakan sampai bilabila
dan mempunyai tempoh masa sesuai iaitu sehingga 7 atau 10 tahun dan kedua: polytank mudah menyerap haba kerana ia plastik dan berwarna hitam. Masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan membuat bumbung net orkid hitam dengan ketelusan 50% hingga 70% halang cahaya dan harga polytank bukannya mahal cuma RM100 – RM120 setong, itu pun ditukar selepas satu jangka masa yang agak lama.

BOOSTER BIO-BOOM

Nama Booster BIO-BOOM tercipta hasil kombinasi perkataan booster yang bermaksud
penggalak atau pemangkin; bio – singkatan daripada perkataan biologi iaitu hidupan atau
semulajadi dan boom bermaksud impak besar.
Booster BIO-BOOM boleh dijadikan makanan alternatif bagi menggantikan belut atau keli
atau juga menjadikan ia sebagai asas (foundation) kolam atau polytank lintah anda
menggantikan tanah selut atau pasir.
Booster BIO-BOOM dirumus khas daripada baja kompos, bahan-bahan organik, zeolite,
kalsium dan fosforus yang diproses secara vermikompos (penguraian cacing) yang membantu
mengurangkan kadar ammonia dan menyahkan toksik berbahaya. Berikut adalah manfaat
penggunaan produk ini:-
Menggalak pembiakan dan tumbesaran lintah;
Menjadi makanan alternatif dengan mewujudkan microflora (plankton, agil, turbiditi)
sekaligus menjimatkan kos pembelian belut; Mengawal suhu air; Kandungan zeolite dapat mengurangkan ammonia dan komponen gas-gas bersifat nitrogeous dalam air; dan
Menyuburkan tumbuhan akuatik seperti keladi bunting, kiambang dan kangkung puteri.