Selasa, 17 Ogos 2010

INFO : Mufti Saudi: Pesakit Kencing Manis Harus Buka Puasa


Mufti Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz Al-Syeikh dalam fatwa terbarunya membenarkan pesakit diabetes yang tidak mampu berpuasa sepenuhnya pada bulan Ramadhan ini boleh berbuka kerana puasa menyebabkan dahaga dan penat yang amat sangat serta penurunan atau kenaikan kadar gula dalam darah.
Dia berkata, jika mampu berpuasa pada masa akan datang, mereka boleh qada puasanya dan jika tidak mampu, mereka boleh bayar dam dengan memberi makan orang miskin sebanyak satu setengah kilogram beras setiap hari. Syeikh Abdul Aziz fatwanya yang disiar dalam akhbar al-Anba' semalam berkata:
من لم يستطع صيام رمضان كاملاً نظراً لما يسببه الصيام من ظمأ شديد متعب له وانخفاض أو ارتفاع السكر بالدم فيفطر رمضان ويقضيه إن استطاع وإن تعذر القضاء فعليه إطعام مسكين عن كل يوم كيلو ونصف أرز
“Siapa yang tidak mampu berpuasa Ramadhan sepenuhnya kerana puasa menyebabkan dahaga teruk, penat dan penurunan atau kenaikan kadar gula dalam darah, maka dia boleh berbuka pada Ramadhan dan (kemudian) mengqadanya jika mampu. Jika tidak mampu mengqadanya, maka dia perlu memberi makan orang miskin satu setengah kilogram beras setiap hari.
”Jika fatwa itu dipatuti bererti berjuta-juta penduduk Saudi tidak akan berpuasa pada tahun kerana penyakit kencing manis yang biasanya menyerang orang kaya atau orang malas bergerak itu menjadi wabak di negara tempat turun wahyu itu. Ini kerana dianggar 30 peratus penduduk Saudi mengidapi penyakit yang berpunca daripada makan berlebihan itu. Penduduk Saudi berjumlah 21 juta orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan