Selasa, 25 Oktober 2011

Lintah Gergasi-- subahanallah



Bekam merupakan satu kaedah tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Bekam biasanya dikaitkan dengan penyedutan darah kotor dengan menggunakan bekas khas yang diletakkan pada badan seseorang individu yang mengalami kesakitan. Kebiasaannya, bekam digunakan oleh tukang urut selepas proses pengurutan seseorang pesakit. Dengan berbekam, darah kotor yang terkandung dalam darah akan dikeluarkan.


Perkataan bekam berasal daripada bahasa Arab Al-Hijmu yang bererti pekerjaan dan Al-Hajjam bermaksud tukang bekam. Dari segi bahasa, bekam ialah ungkapan mengenai menghisap darah dan mengeluarkannya dari permukaan kulit yang kemudiannya ditampung di dalam gelas. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk menyedut darah kotor. Sehingga satu masa, sebanyak 40 juta lintah dieksport ke Perancis untuk tujuan berbekam.


Lintah yang akan digunakan untuk tujuan berbekam dibiarkan lapar terlebih dahulu supaya apabila dilekatkan ke badan manusia akan memberi kesan yang lebih efektif. Lintah yang sudah kenyang menghisap darah akan jatuh dari badan kerana kenyang. Kini, perubatan penyakit dengan cara berbekam telah dipermudahkan sesuai dengan kepopularannya. Berbekam adalah satu cara untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan seseorang. Darah kotor ini dikatakan mengandungi toksin yang sangat membahayakan tubuh seseorang.


Toksin merupakan endapan bahan kimia yang tidak boleh diurai oleh tubuh badan seseorang yang akan mengganggu sistem pengaliran darah seseorang. Kandungan toksin yang banyak dalam badan seseorang akan menyebabkan kesihatan seseorang terganggu ataupun terjejas. Antara tanda-tanda yang akan dihidapi seseorang jika terdapat banyak toksin dalam badan ialah berasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah naik pitam. Jika keadaan ini tidak dirawat penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser, darah tinggi, strok, dan kencing manis akan mudah dihidapi.



Toksin dalam tubuh manusia berpunca daripada perkara-perkara berikut:-



1. Makanan "fast food" yang banyak mengandungi bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna, essence, penyedap rasa dan sebagainya;


2. Pencemaran udara;


3. Hasil pertanian seperti pestisida, fungisida dan herbisida;


4. Tabiat negatif seperti merokok, makan tidak teratur, makanan tidak seimbang, terlalu panas atau sejuk, terlalu banyak asam dan sebagainya;


5. dan Ubat-ubatan yang banyak mengadungi bahan kimia yang boleh merosakkan sistem tubuh dan mikro yang terkandung dalam tubuh.





Sumber: Herba & Perubatan Tradisional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan