
Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.
Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.
Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.

Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar).Terapi lintah juga digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit muka (kosmetik).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan