Selasa, 22 November 2011

Darah gigitan lintah di bawa di dalam sembahyang.



Ghalib (menurut kebiasaan) orang darat (kampong) apabila ia pergi kebendang selalulah digigit oleh lintah dan darah bekasan itu lambat benar keringnya. Maka boleh atau disuruh sumbat lubang itu dengan kekabu atau kapas ataupun mesti dibiarkan begitu sahaja.? Jika ia hendak sembahyang kerana saya telah dengar khilaf ( berselisih pendapat) diantara ulama darat, setengahnya mengatakan mesti sumbat tempat itu dengan kapas atau lainnya supaya jangan mengalir darahnya, kerana mengalir itu membatalkan sembahyang dan setengahnya pula bunyinya katanya mesti dibiarkan kerana daripada lubang digigit lintah itu hingga kekakinya dipanggil tempat yang ghalib tercampak (altaqazaf) maka dimaafkan kerana mashaqqah (menyulitkan) bersalahan jika diubah kapas jadi darah yang berjangkit dengan kapas itu tidak dimaafkan jadi batal sembahyang.


Jawapan:


Adalah hasil masalah berkenaan dengan darah nisbah kepada dimaafkan dan tidaknya terbahagi kepada tiga bahagian:


(1) darah yang tiada dimaafkan daripadanya dengan tidak terkecuali lagi ertinya sama ada banyak atau sedikit iaitu darah najis mugalazah dan darah yang berlumuran dengan sengaja dan darah yang bercampur dengan barang yang asing daripada jenisnya.


(2) Darah yang dimaafkan daripadanya jikalau sedikit dan tiada dimaafkan jikalau banyak iaitu darah yang ajnabi ( yang asing) yang bukan daripada jenis darah mugalazah dan tiada disengajakan berlumurannya.


(3) Darah yang bukan ajnabi iaitu seumpama darah bisul, kudis, jerawat dan tempat berbekam ialah kemudian daripada ditutup dengan kapas dan sebagainya maka darah itu dimaafkan samaada sedikit atau pun banyak dan jikalau berhamburan ia sekalipun ialah kerana hajat salam tidak dengan perbuatannya dan tidak melampaui daripada tempatnya dan jikalau dengan perbuatan atau telah melampaui daripada tempatnya maka dimaafkan daripada yang sedikit jua. Intaha. ( I'anah al-thalibin )


Dan berkata Inbu QasimAl-A'badi, bermula yang dikehendaki dengan tempatnya itu ialah tempat keluarnya dan tempat yang selalu berhambur kepadanya seperti daripada lutut kepada betis maka dimaafkan daripadanya pada masa itu apabila mengenai bajunya misal


Maka daripada keterangan yang diatas itu nyatalah bahawa mensyaratkan tiap-tiap suatu pihak dengan disumbat atau dibiarnya itu tidak betul bahkan sah sembahyang samaada disumbat atau tidak.


Pengarang
Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad


Rujukan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan