salam sejahtera dan salam 1 malaysia.
sebelum saya membincangkan dengan lebih lanjut lagi, ada baiknya saya perkenalkan makhluk ciptaan allah yang unik ini..
Lintah (leeches) berada dalam kelas hirudinea. lintah ini adalah binatang tanpa tulang belakang yang mempunyai 2 jantina dalam 1 badan, mempunyai 2 penyedut depan dan belakang..tetapi hanya bahagian hadapan saja yang boleh mengigit. kita harus tahu , tidak semua lintah menghisap darah ( hematophagous).
kebanyakkan lintah ini menghisap darah dari luka yang terdedah pada haiwan-haiwan amfabia, reptalia, ikan-ikan ataupun mamalia. kebanyakkan lintah juga tidak banyak yang boleh mengigit pada kulit dan menyebabkan luka.
sewaktu lintah mengigit, selalunya ia akan melekat pada kulit kemudian melukakan..kerana lintah mempunyai ratusan gigi -gigi kecil, di anggarkan ada 105 hingga ke 123 yang di lapurkan oleh para pakar perubatan australia Dr.mehdi.
ketika lintah menghisap darah enzim hirudin yang bertujuan mencairkan darah yang berada dalam perutnya akan di muntahkan atau di salurkan pada luka tersebut. oleh demikian darah akan terus cair dan mudah bagi lintah menghisapnya. apabila lintah sudah kekenyangan ia akan meninggalkan luka..maka pendarahan akan terus berlaku selama 16 jam. luka ini harus di bersihkan atau cuci dengan dettol solution, ubat serbuk seperti rowa rolan harus di letakkan pada luka tersebut dan di balut dengan kain pembalut/gauz. jangan kenakan air buat seketika atau menggaru pada luka gigitan lintah .. jika berlaku kegatalan gunakan bam dan sapukan di sekitar tempat gigitan atau mengunakan air batu untuk menghilangkan bengkak gigitan lintah tersebut.
darah yang di hisap oleh lintah akan disimpan di dalam kantung perut. di dalam kantung perut lintah ini mempunyai enzim mencairkan darah iaitu ( hirudin ), hirudin ini yang menyebabkan darah tetap kekal dan cair. apa yang saya faham didalam kantung perut lintah ini juga mempunyai beberapa kuman bakteria yang memyebabkan darah yang di simpan tadi akan kekal segar untuk jangka yang agak lama..seharusnya di musnahkan dengan kadar segera dengan mengunakan garam, dettol atau alkohol. perlu di ingatkan penggunaan lintah ini hanya lah sekali saja.
lintah yang kenyangan boleh mengembang sebanyak 5 kali ganda lebih besar dari saiz asal tubuhnya, selain itu bakteria yang menyebabkan darah yang ada dalam kantung perutnya akan sentiasa segar utk jangka yang lama.kerana lintah hanya makan sekali dan berpuasa selama 50 hingga 90 hari. kemudian akan menghisap semula apabila mendapatkan mangsanya.
lintah selalunya mempunyai parasit dalam saluran penghadaman mereka. namun parasit itu tidak mampu hidup dalam tubuh manusia..maka gigitan lintah di anggap tidak merbahaya.
perlu kita ingat... 1 kajian pakar mendapati virus HIV dan HEPATITIS B dalam lintah di afrika dan boleh di sebarkan apabila lintah itu mengigit semula..
(rujukan di ambil : Nehili M, lLk C, Mehlhorn H,Ruhnau K, Dick W,Njayou M (1994)
'' Experiments on the possible role of leeches as vectors of animal and human pathogens: a light and electron microscopy study" parasitology research 80(4);277-90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan