Ahad, 25 September 2011

kewajaran rawatan menggunakan lintah--apa kata anda ??

Rawatan menggunakan lintah memang banyak tumbuh bak cendawan selepas hujan sekarang. rawatan ini juga di kenali '' HIRUDOTHERAPY '' umum semua tahu ia telah di perkenalkan sejak zaman para rasul dan zaman kuno 2,500 tahun dahulu. di india rawatan ini di terangkan secara terperinci dalam kitab kuno perubatan ayurverdic.

lalu ia mula di perkenalkan semula pada tahun 1980an dalam dunia perubatan moden iaitu pembedahan plastik dan rekonstruktif.ia tidak di gunakan dalam mana-mana bidang perubatan lain.

penggunan lintah hanya di gunakan bagi mengeluarkan darah beku( blood clot/ thrombus) akibat pembedahan. seperti mana yang di ketahui dalam pembedahan terdapat banyak saluran darah yang terputus dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dalam sistem peredaran darah.darah ini akan berkumpul dan membentuk darah beku.

darah beku yang banyak akan menghalang peredaran darah di saluran-saluran darah yang tidak terjejas akibat pembedahan..jika darah beku ini tidak di buang,darah tidak dapat mengalir ke bahagian itu(venous insufficiency) dan menyebabkan bahagian ini mati (necrosis and gangrene).

jadi lintah di letakkan pada bahagian yang menbengkak akibat terdapat banyak darah beku di bawah kulit.akibat dari gigitan lintah,enzim iaitu hirudin di keluarkan dan mencairkan semula darah beku ini. darah beku ini akan di hisap keluar oleh lintah sehingga lintah ini kekenyangan.
secara tidak langsung ia akan mengeluarkan darah beku seterusnya melancarkan sistem peredaran darah di bahagian pembedahan itu.ini memberi 2 kebaikkan iaitu menyusutkan bengkak dan mempercepatkan penyembuhan luka.

enzim hirudin ini di gunakan dalam rawatan perubatan moden dan teknik pengasingan enzim ini dari air liur lintah dengan menggunakan teknologi moden ( recombinant technology ) telah menjadikan enzim ini lebih berkesan ,bersih dan selamat di gunakan ..enzim ini di gunakan sebagai suntikkan mencairkan darah pada pesakit..

saya juga membuat kesimpulan bahawa menggunakan lintah (hirudotherapy) boleh di gunakan dengan syarat yang perlu di patuhi:

1. ia harus di gunakan untuk merawat bengkakan akibat pengumpulan darah beku di bawah kulit (heamatoma) akibat pembedahan atau kecederaan trauma.

2. ia hanya boleh di letakkan di bahagian yang bengkak, bukannya bahagian-bahagian lain yang tidak bengkak, kebiasaannya lintah di letakkan secara sembarangan seperti di leher, di betis atau tangan.

3. rawatan ini hendaklah menggunakan teknik aseptic..perawat haruslah menggunakan sarung tangan plastik ketika menjalankan rawatan. darah yang di keluarkan dari orang lain mungkin mengandungi virus hepatitis B atau HIV boleh di sebarkan kepada kita jika perawat mengabaikan aspek kebersihan.

4. luka gigitan lintah haruslah di bersihkan menggunakan cecair antiseptik bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka..bagi pesakit diabetis atau kencing manis,sebarang luka di tubuh boleh mendatangkan mudharat yang besar.

5. pesakit harus di temuduga dahulu sama ada mereka mempunyai penyakit berjangkit, penyakit kronik atau memakan apa-apa ubat yang di berikan oleh doktor..untuk itu..perawat harus faham serba sedikit tentang penyakit kronik dan kesan ubat-ubatan terhadap luka gigitan lintah ini.

6. pesakit harus di nasihatkan oleh perawat untuk mengambil langkah-langkah perlu jika pendarahan tidak berhenti dengan sendirinya..kebanyakkan pesakit di biarkan pulang tanpa di ajar teknik menghentikan darah dan pesakit menjadi panik jika pendarahan berlarutan sehingg beberapa hari.

apa yang kita perhatikan rawatan lintah ini di berikan kepada pesakit yang tidak mengalami bengkakan. perawat mendakwa rawatan itu dapat mengeluarkan ''darah kotor'' dari tubuh pesakit..padahal yang di keluarkan ialah "darah beku'' akibat daripada kecederaan trauma atau pembedahan.

saya mendapati ini satu manupulasi yang membahayakan ..apatah lagi kebanyakkan perawat tidak mengtahui sains biologi dan bagaimanan struktur tubuh manusia di ciptakan oleh allah..dakwaan boleh mengeluarkan ''darah kotor'' adalah mengelirukan. di keluarkan oleh orang yang tidak berilmu untuk tujuan menipu dan di percayai oleh orang yang tidak berilmu dan mudah tertipu...............wallahu a'lam

6.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan