Jumaat, 30 September 2011

LINTAH DAN PERUBATAN -hiduneria mechenalisis

bisul di tangan pesakit ( sebelum/ before)


Penggunaan Klinikal Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menghasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
selepas rawatan lintah


Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)


Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:


- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari


- kesan anti-inflamasi yang amat cepat


- kesan anti stress dan adaptonege


- kesan immunostimulating dan immunomodulating


- anesthesia


- anti pembekuan


- kesan anti bacteria


- membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh


Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya ‘alergi’ terhadap haiwan itu.


Bentuk tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai ‘penghisap darah’ cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang atau ‘bermesra’ dengannya.


Bagi yang biasa atau ‘bermain’ dengan haiwan daripada kelompok Filum Annelida atau cacing ini, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.


Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersial.

Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu ‘sasaran’ dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.


Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.


Sama ada kepala, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah beku sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya. Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah beku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan