Jumaat, 30 September 2011

LINTAH DAN PERUBATAN -hiduneria mechenalisis

bisul di tangan pesakit ( sebelum/ before)


Penggunaan Klinikal Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menghasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
selepas rawatan lintah


Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)


Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:


- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari


- kesan anti-inflamasi yang amat cepat


- kesan anti stress dan adaptonege


- kesan immunostimulating dan immunomodulating


- anesthesia


- anti pembekuan


- kesan anti bacteria


- membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh


Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya ‘alergi’ terhadap haiwan itu.


Bentuk tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai ‘penghisap darah’ cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang atau ‘bermesra’ dengannya.


Bagi yang biasa atau ‘bermain’ dengan haiwan daripada kelompok Filum Annelida atau cacing ini, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.


Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersial.

Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu ‘sasaran’ dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.


Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.


Sama ada kepala, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah beku sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya. Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah beku.

Ahad, 25 September 2011

Lintah dan Kajian sains



Dari sudut saintifik, lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid; misalnya cacing tanah yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Ia merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing dan siput babi.

Kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu dan species inilah paling popular sekali. Bagi tujuan tersebut juga, lintah kini diternak secara kormisial. Harganya mencecah RM 80/= sekilogram. Lintah penghisap darah habitatnya di dalam air dan lazim hinggap pada mangsanya sehingga kenyang. Selepas kenyang, ia terus turun (jatuh) untuk menghadam makanan.



Apa yang menarik, jika diteliti lintah sebenarnya amat sopan ketika makan dan juga selepas makan jika ia kenyang. Liang kulit mangsa yang dihisap seperti mamalia (manusia dan lain-lain) akan tertutup dan darah pula berhenti mengalir jika ia kenyang. Namun jika sebaliknya, pendarahan ekoran gigitan haiwan ini mengambil masa yang agak lama juga untuk berhenti mengalir. Lain cerita pula kalau ia hisap darah ikan seperti belut di bendang padi kerana haiwan ini (belut) lazimnya terus mati selepas itu.



Oleh itu jika anggota badan kita digigit, maka biarkanlah ia menghisap darah sampai ia betul-betul kenyang dan kemudiannya jatuh dengan sendiri. Mengikut kajian pakar, lintah terlebih dahulu memilih lokasi kulit yang sesuai sebelum menghisap darah terutama sekali lokasi darah beku seperti kulit berjerawat atau bernanah dan juga lokasi yang berpenyakit, berlemak dan berkolestrol tinggi. Lantaran itu, ia sentiasa jadi pilih utama sektor perubatan moden terutama sekali di Singapura dan Great Britain.



Disamping itu bagi pengamal perubatan tradisional, lintah amat berkhasiat dijadikan minyak perangsang bagi sesiapa yang mengalami masalah kekurangan tenaga batin dan keinginan seks yang terbatas. Selain lintah, pacat juga berperanan menghisap darah sepertimana lintah. Bezanya, lintah penghisap darah lebih suka hidup dalam air. Sementara pacat pula hidup di daun-daun dan juga rumput-rumbuh basah. Manakala dari segi fizikal, tubuh lintah lebih besar dan lebih banyak menghisap darah jika dibandingkan dengan pacat.



Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya yang digunakan untuk beraput pada tubuh mangsa dengan mengeluarkan bendalir bius agar si mangsa tidak merasa hinggapannya. Haiwan ini mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah si mangsa.



Disebabkan ciri-ciri dan sifatnya ini, lintah seringkan dijadikan perbandingan dan bidalan terutama sekali dalam masyarakat seperti istilah “Lintah Darat” yang bermaksud individu yang suka memeras hasil dan hak orang lain secara zalim. Haiwan ini juga turut dijadikan bahan sindiran dalam senikata dikir barat seperti lagu dikir Falsafah Lintah yang pernah dipopularkan oleh Cikgu Naim.



Sebagai makluman tambahan, petikan artikel Kathy Silverstein berkaitan kegunaan lintah dalam sektor perubatan turut dicopy paste;
By Kathy Silverstein
Kingdom: Animalia
Phylum: Annelida
Order: Arhynchobdellida
Family: Hirudinidae
Subfamily: Hirudinariinae
Genus: Hirudo
Species: Hirudo medicinalis/hirudinea medicinalis.






Geographic Range
The range extends through parts of western and southern Europe to the Ural mountains and the countries bordering the northeastern Mediterranean (Sawyer, 1986).


Biogeographic Regions: palearctic (native ).


Habitat
The medicinal leech is amphibious, needing both land and water, and resides exclusively in fresh water. A typical habitat for H. medicinalis would be a small pond with a muddy bottom edged with reeds and in which frogs are at least seasonally abundant (Sawyer, 1986).



Aquatic Biomes: lakes and ponds.


Physical Description:


The medicinal leech has a cylindrical, dorsoventrally flattened body divided into thirty-three or thirty-four segments. The dorsal side is dark brown to black, bearing six longitudinal, reddish or brown stripes, and the ventral surface is speckled. All members bear a posterior and anterior disk-shaped sucker. The anterior sucker surrounds the oral opening where the teeth for incison are located. In addition, the medicinal leech has five pairs of eyes located on its front end. H. medicinalis has several pairs of testes and one pair of ovaries as well as a thickening of the body ring, known as a clitellum, which is visible during the breeding season (Grzimek, 1974).


Reproduction:


H. medicinalis breeds once during an annual season that spans June through August. It also remains fertile over a period of years,unlike most other leech species. The act of copulation takes place on land, where one leech attaches ventrally to one another by means of a mucus secretion. All leeches are hermaphroditic and fertilization is internal. Sperm is injected into the vagina by an extendable copulatory organ. A cocoon is formed around the clitellum and slips off the anterior section of the leech. The whole egg sac is laid in damp soil usually just above the shoreline. After about 14 days, the eggs hatch as fully formed miniature adults (Grzimek, 1974; Sawyer 1986).


Behavior;

Motility is achieved both in land and water. Hirudo medicinalis moves in water by contraction of the longitudinal muscles of the body in a wave-like motion which propels it forward in the water. Movement on land is accomplished by means of “looping”, a movement similar to that of inch worms. They attach themselves to the substrate alternately by their anterior and posterior suckers.


Resting posture


While at rest, the medicinal leech lies under large objects on the shoreline, partially out of water.
Shadow reflex
The leech is able to detect the movement of shadows above. Especially when “hungry” H. medicinalis will respond to moving shadows, which often indiciate a source of mammalian food. A dark shadow may also set off an alarm response in the leech in which it halts ventilation.
Sensory behavior
The leech is sensitive to light, heat and dessication. It becomes desensitized during feeding and copulation to the point where its posterior end can be cut off and it will continue the same behavior (Grzimek, 1974; Sawyer 1986).






kewajaran rawatan menggunakan lintah--apa kata anda ??

Rawatan menggunakan lintah memang banyak tumbuh bak cendawan selepas hujan sekarang. rawatan ini juga di kenali '' HIRUDOTHERAPY '' umum semua tahu ia telah di perkenalkan sejak zaman para rasul dan zaman kuno 2,500 tahun dahulu. di india rawatan ini di terangkan secara terperinci dalam kitab kuno perubatan ayurverdic.

lalu ia mula di perkenalkan semula pada tahun 1980an dalam dunia perubatan moden iaitu pembedahan plastik dan rekonstruktif.ia tidak di gunakan dalam mana-mana bidang perubatan lain.

penggunan lintah hanya di gunakan bagi mengeluarkan darah beku( blood clot/ thrombus) akibat pembedahan. seperti mana yang di ketahui dalam pembedahan terdapat banyak saluran darah yang terputus dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dalam sistem peredaran darah.darah ini akan berkumpul dan membentuk darah beku.

darah beku yang banyak akan menghalang peredaran darah di saluran-saluran darah yang tidak terjejas akibat pembedahan..jika darah beku ini tidak di buang,darah tidak dapat mengalir ke bahagian itu(venous insufficiency) dan menyebabkan bahagian ini mati (necrosis and gangrene).

jadi lintah di letakkan pada bahagian yang menbengkak akibat terdapat banyak darah beku di bawah kulit.akibat dari gigitan lintah,enzim iaitu hirudin di keluarkan dan mencairkan semula darah beku ini. darah beku ini akan di hisap keluar oleh lintah sehingga lintah ini kekenyangan.
secara tidak langsung ia akan mengeluarkan darah beku seterusnya melancarkan sistem peredaran darah di bahagian pembedahan itu.ini memberi 2 kebaikkan iaitu menyusutkan bengkak dan mempercepatkan penyembuhan luka.

enzim hirudin ini di gunakan dalam rawatan perubatan moden dan teknik pengasingan enzim ini dari air liur lintah dengan menggunakan teknologi moden ( recombinant technology ) telah menjadikan enzim ini lebih berkesan ,bersih dan selamat di gunakan ..enzim ini di gunakan sebagai suntikkan mencairkan darah pada pesakit..

saya juga membuat kesimpulan bahawa menggunakan lintah (hirudotherapy) boleh di gunakan dengan syarat yang perlu di patuhi:

1. ia harus di gunakan untuk merawat bengkakan akibat pengumpulan darah beku di bawah kulit (heamatoma) akibat pembedahan atau kecederaan trauma.

2. ia hanya boleh di letakkan di bahagian yang bengkak, bukannya bahagian-bahagian lain yang tidak bengkak, kebiasaannya lintah di letakkan secara sembarangan seperti di leher, di betis atau tangan.

3. rawatan ini hendaklah menggunakan teknik aseptic..perawat haruslah menggunakan sarung tangan plastik ketika menjalankan rawatan. darah yang di keluarkan dari orang lain mungkin mengandungi virus hepatitis B atau HIV boleh di sebarkan kepada kita jika perawat mengabaikan aspek kebersihan.

4. luka gigitan lintah haruslah di bersihkan menggunakan cecair antiseptik bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka..bagi pesakit diabetis atau kencing manis,sebarang luka di tubuh boleh mendatangkan mudharat yang besar.

5. pesakit harus di temuduga dahulu sama ada mereka mempunyai penyakit berjangkit, penyakit kronik atau memakan apa-apa ubat yang di berikan oleh doktor..untuk itu..perawat harus faham serba sedikit tentang penyakit kronik dan kesan ubat-ubatan terhadap luka gigitan lintah ini.

6. pesakit harus di nasihatkan oleh perawat untuk mengambil langkah-langkah perlu jika pendarahan tidak berhenti dengan sendirinya..kebanyakkan pesakit di biarkan pulang tanpa di ajar teknik menghentikan darah dan pesakit menjadi panik jika pendarahan berlarutan sehingg beberapa hari.

apa yang kita perhatikan rawatan lintah ini di berikan kepada pesakit yang tidak mengalami bengkakan. perawat mendakwa rawatan itu dapat mengeluarkan ''darah kotor'' dari tubuh pesakit..padahal yang di keluarkan ialah "darah beku'' akibat daripada kecederaan trauma atau pembedahan.

saya mendapati ini satu manupulasi yang membahayakan ..apatah lagi kebanyakkan perawat tidak mengtahui sains biologi dan bagaimanan struktur tubuh manusia di ciptakan oleh allah..dakwaan boleh mengeluarkan ''darah kotor'' adalah mengelirukan. di keluarkan oleh orang yang tidak berilmu untuk tujuan menipu dan di percayai oleh orang yang tidak berilmu dan mudah tertipu...............wallahu a'lam

6.


Lintah menghilangkan penyakit atau memberi penyakit



salam sejahtera dan salam 1 malaysia.


sebelum saya membincangkan dengan lebih lanjut lagi, ada baiknya saya perkenalkan makhluk ciptaan allah yang unik ini..


Lintah (leeches) berada dalam kelas hirudinea. lintah ini adalah binatang tanpa tulang belakang yang mempunyai 2 jantina dalam 1 badan, mempunyai 2 penyedut depan dan belakang..tetapi hanya bahagian hadapan saja yang boleh mengigit. kita harus tahu , tidak semua lintah menghisap darah ( hematophagous).



kebanyakkan lintah ini menghisap darah dari luka yang terdedah pada haiwan-haiwan amfabia, reptalia, ikan-ikan ataupun mamalia. kebanyakkan lintah juga tidak banyak yang boleh mengigit pada kulit dan menyebabkan luka.


sewaktu lintah mengigit, selalunya ia akan melekat pada kulit kemudian melukakan..kerana lintah mempunyai ratusan gigi -gigi kecil, di anggarkan ada 105 hingga ke 123 yang di lapurkan oleh para pakar perubatan australia Dr.mehdi.


ketika lintah menghisap darah enzim hirudin yang bertujuan mencairkan darah yang berada dalam perutnya akan di muntahkan atau di salurkan pada luka tersebut. oleh demikian darah akan terus cair dan mudah bagi lintah menghisapnya. apabila lintah sudah kekenyangan ia akan meninggalkan luka..maka pendarahan akan terus berlaku selama 16 jam. luka ini harus di bersihkan atau cuci dengan dettol solution, ubat serbuk seperti rowa rolan harus di letakkan pada luka tersebut dan di balut dengan kain pembalut/gauz. jangan kenakan air buat seketika atau menggaru pada luka gigitan lintah .. jika berlaku kegatalan gunakan bam dan sapukan di sekitar tempat gigitan atau mengunakan air batu untuk menghilangkan bengkak gigitan lintah tersebut.


darah yang di hisap oleh lintah akan disimpan di dalam kantung perut. di dalam kantung perut lintah ini mempunyai enzim mencairkan darah iaitu ( hirudin ), hirudin ini yang menyebabkan darah tetap kekal dan cair. apa yang saya faham didalam kantung perut lintah ini juga mempunyai beberapa kuman bakteria yang memyebabkan darah yang di simpan tadi akan kekal segar untuk jangka yang agak lama..seharusnya di musnahkan dengan kadar segera dengan mengunakan garam, dettol atau alkohol. perlu di ingatkan penggunaan lintah ini hanya lah sekali saja.


lintah yang kenyangan boleh mengembang sebanyak 5 kali ganda lebih besar dari saiz asal tubuhnya, selain itu bakteria yang menyebabkan darah yang ada dalam kantung perutnya akan sentiasa segar utk jangka yang lama.kerana lintah hanya makan sekali dan berpuasa selama 50 hingga 90 hari. kemudian akan menghisap semula apabila mendapatkan mangsanya.



lintah selalunya mempunyai parasit dalam saluran penghadaman mereka. namun parasit itu tidak mampu hidup dalam tubuh manusia..maka gigitan lintah di anggap tidak merbahaya.


perlu kita ingat... 1 kajian pakar mendapati virus HIV dan HEPATITIS B dalam lintah di afrika dan boleh di sebarkan apabila lintah itu mengigit semula..


(rujukan di ambil : Nehili M, lLk C, Mehlhorn H,Ruhnau K, Dick W,Njayou M (1994)

'' Experiments on the possible role of leeches as vectors of animal and human pathogens: a light and electron microscopy study" parasitology research 80(4);277-90