Ahad, 14 Ogos 2011

Terapi lintah membantu masalah resdung





Bagaimana terapi lintah mampu membantu anda dengan masalah resdung. Sepanjang saya bergiat dalam bidang terapi lintah ini, salah satu perkara yang sentiasa membuatkan saya berasa kagum dengan keberkesanan lintah ini adalah apabila pesakit-pesakit yang datang berkunjung untuk menjalani rawatan terapi lintah untuk resdung, mereka mengatakan yang bahagian hidung mereka berasa lebih "sedap" dan selesa berbanding dengan sebelum rawatan.
Kadang-kala, rawatan untuk resdung itu baru sahaja berjalan selama 30 minit dan mereka sudah merasakan kesannya.
OK, tapi sebelum saya meneruskan lagi, lebih baik saya terangkan apakah sebenarnya resdung ini? Resdung, merupakan pembengkakkan rongga dan bahagian hidung. Tahukah anda bahawa lintah juga berpontensi untk mengurangkan pembengkakkan untuk bahagian badan yang cedera dan lebam dan dalam konteks ini, lintah digunakan untuk mengurangkan pembengkakkan rongga dan bahagian hidung tersebut.



Jadi sekarang mari kita tengok gambar-gambar dibawah.
Jangan risau, tiada apa-apa yang menggelikan. Apa yang kita sedang tengok sekarang merupakan "maxillary sinus" (Maxillary Sinus- rongga di bahagian pipi kita ini). Dalam gambar ini, yang macam belon tu.


Di muka kita ini, terdapat empat pasang rongga (sinus) ini. Pendapat sebahagian pakar mengatakan bahawa sinus ini berfungsi untuk menghasilkan lendir yang bertujuan untuk melembapkan bahagian dalam hidung dan ini melindungi kita dari debu, habuk dan lain-lain lagi dari persekitaran kita.



Jadi, apabila terdapat jangkitan ataupun disebabkan alergi, apa yang akan berlaku adalah saluran diantara hidung dan sinus itu akan tersumbat. Dan apa yang akan berlaku sekiranya iainya tersebut?Fikir-fikirlah sendiri. :)

Lendir (mucus) yang di dalam rongga tersebut akan terperangkap dan cuba anda fikirkan kesannya sekiranya lendir tersebut tidak dikeluarkan dan terperangkap?




Oleh sebab itu, kita boleh jatuh sakit disebabkan resdung kerana bakteria yang terdapat di lendir tersebut.
Jadi, apabila kita menggunakan lintah untuk rawatan, lintah tersebut diletakkan dibahagian kawasan rongga-rongga ini untuk mengurangkan pembengkkan itu tadi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan