Terdapat hadis & dalil yang terlalu banyak berhubung perubatan menggunakan lintah. Kesemuanya secara khusus di dalam kaedah berbekam. Disebutkan di sini dalil-dalil utama sahaja; Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie, al-Hakim, Ahmad dan at-Tabrani;
عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ جَاءَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ فِى أَهْلِنَا وَرَجُلٌ يَشْتَكِى خُرَاجًا بِهِ أَوْ جِرَاحًا فَقَالَ مَا تَشْتَكِى قَالَ خُرَاجٌ بِى قَدْ شَقَّ عَلَىَّ. فَقَالَ يَا غُلاَمُ ائْتِنِى بِحَجَّامٍ. فَقَالَ لَهُ مَا تَصْنَعُ بِالْحَجَّامِ يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أُرِيدُ أَنْ أُعَلِّقَ فِيهِ مِحْجَمًا. قَالَ وَاللَّهِ إِنَّ الذُّبَابَ لَيُصِيبُنِى أَوْ يُصِيبُنِى الثَّوْبُ فَيُؤْذِينِى وَيَشُقُّ عَلَىَّ. فَلَمَّا رَأَى تَبَرُّمَهُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ إِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ . يَقُولُ « إِنْ كَانَ فِى شَىْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِى شَرْطَةِ مَحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةٍ مِنْ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ ». قَالَ رَسُولُ اللَّهِ . وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِىَ ». قَالَ فَجَاءَ بِحَجَّامٍ فَشَرَطَهُ فَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.
Maksudnya: Daripada A’sim bin Umar bin Qatadah berkata: Datang bertemu keluarga kami Jabir bin Abdullah dan terdapat seorang lelaki yang mengadu bengkak bernanah yang menimpanya atau luka. Maka Jabir berkata: Kenapa kamu mengeluh?. Dia menjawab: bengkak nanah di tubuh ku yang menyusahkan aku. Jabir berkata: Wahai budak, bawak ke sini tukang bekam. Dia berkata: Apa yang engkau nak buat dengan tukang bekam wahai Abu Abdullah. Jabir berkata: Aku ingin letakkan mangkuk bekam pada kawasan bengkak nanah itu. Dia berkata: Demi Allah, lalat sahaja tersentuh kawasan bengkak itu atau baju yang tersentuh dah amat menyakitkan aku dan menyusahkan. Apabila Jabir melihat tidak yakinnya untuk berbekam. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah J bersabda:” Jika ada kesembuhan pada salah satu dari ubat-ubat kalian, nescayalah pada pisau bekam atau meminum madu atau menempelkan besi panas”. Bersabda Nabi J: “Aku tidak suka berubat menggunakan besi panas”. Asim berkata: Maka dia membawa datang tukang bekam dan menghiris kawasan luka maka hilanglah segala bengkak nanah di tubuhnya.
keterangan:
Berkata Imam Nawawi: “Hadis ini di antara perkara yang mengagumkan di dalam perubatan pada mereka yang spesialis. Ini kerana penyakit lebihan hanya berlaku pada darah atau hempedu atau lendir hitam atau kahak. Jika pada darah maka cara mengubatnya dengan mengeluarkan darah. Jika pada tiga terakhir yang berbaki maka cara mengubatnya dengan cara beri pelancar (metabolik stimulan) dengan bahan pelancar yang sesuai dengan setiap ramuan dicampurkan dengannya (madu). Seolah-olah baginda Nabi memberi peringatan dengan madu
sebagai pelancar (metabolik stimulan), juga peringatan dengan hijamah, fasodah, meletakkan lintah dan selainnya yang semaksud dengannya. Baginda menyebut perubatan dengan besi panas kerana ia digunakan ketika ubatan secara minuman dan seumpamanya tidak memberi manfaat. Perubatan terakhir ialah menggunakan besi panas.
Berkata Badruddin Al-Aini: “(Penyembuh pada tiga benda) Nabi tidak memaksudkan daripada sabda baginda pada tiga itu sahaja. Penyembuh mungkin juga dari selainnya akan tetapi baginda menyebut dengan tiga penyembuh ini kerana ia paksi penyembuh. Ini kerana sakit tidak terlepas disebabkan darah atau hempedu atau bendalir hitam atau kahak. Pada darah dengan mengeluarkannya iaitu dengan cara berbekam di kepala. Nabi menyebut secara khusus berbekam di kepala kerana Arab banyak melakukannya dan mengenalnya berlainan dengan berbekam di tubuh. Walaupun ia termasuk di dalam kategori berbekam juga akan tetapi tidak menjadi kebiasaan mereka. (pisau bekam) termasuk bekam pada tubuh, meletakkan lintah dan selain keduanya yang memberi maksud seumpama keduanya...
Al-Baihaqi dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan;
وَرُوِّينَا عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، مُرْسَلا ، خَيْرُ الدَّوَاءِ السَّعُوطُ ، وَاللَّدُودُ ، وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشْيُ وَالْعَلَقُ
Maksudnya: Diriwayatkan kepada kami daripada as-Sya’bi daripada Nabi secara mursal: Sebaik-baik ubat ialah dimasukkan ke hidung ubat disuapkan ke mulut, berbekam, berjalan ke tandas (julap) dan lintah.
Hadis yang diriwayatkan oleh A’mir secara mursal
حديث عامر : خَيْرُ الدَّوَاءِ العَلَقُ والحِجَامَةُ
Maksudnya: Sebaik-baik ubat ialah lintah dan berbekam.
sumber: dari jabatan mufti kedah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan