Jumaat, 7 September 2012

Rawatan Migrain Dengan Lintah


Walaupun beberapa spesies lintah wujud, lintah Hirudo medicinalisis perubatan adalah yang paling digunakan secara meluas dalam bidang perubatan kerana mereka adalah yang paling berkesan.

Untuk memastikan lintah melekat lebih mudah, pertama kulit  mesti dibasuh dengan air sabun untuk menghapuskan apa-apa bau dan apa-apa kesan produk (minyak wangi, krim, dll) yang boleh mengganggu haiwan.
Bilangan lintah yang akan digunakan ditentukan berdasarkan kesan terapeutik yang dicari.


Tindakan gigitan lintah melibatkan dua komponen: pertama sekali, darah ia mengambil masa untuk makan, diikuti oleh hemorrhage; kedua, suntikan rembesan air liur ke dalam aliran darah. Lintah jatuh  secara spontan selepas menghisap selama kira-kira 20 hingga 45 minit. Ia adalah lebih baik untuk menunggu sehingga lintah jatuh  sendiri bukannya untuk menariknya keluar kerana ini boleh menyebabkan parut yang lebih besar dan membawa kepada kehilangan manfaat lintah.
Pendarahan selepas gigitan adalah sangat penting, dengan jumlah kehilangan darah sehingga hingga 60 g. Kerugian ini mungkin lebih tinggi atau lebih rendah berdasarkan kesan terapeutik dicari dan sensitiviti individu. Oksigen air boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan.



Rawatan Lintah Ke Atas Pesakit Kulit



Rahsia kelenjar air liur lintah mengandungi lebih dari 100 bahan biologi aktif dan mempunyai anti-edematous, pencegah bakteria, analgesic, resolving action, ia juga menghapuskan microcirculation disorder, merawat kerosakan vascular permeability kepada tisu-tisu serta organ-organ, menghapuskan hypoxia (oxygen starvation), mengurangkan tekanan pada darah, menambah sistem aktiviti immunisasi, detoxifies organisma, meredakannya dari ancaman yang komplek, seperti infarct, stroke, memperbaiki keadaan bioenergetic bagi organisma.



Rahsia cara suntikan lintah adalah mudah. Apabila melekat pada kulit, ia menggigit kulit kita, kemudian kelenjar air liur dari lintah berkenaan dialirkan terus kedalam saluran darah dan terus tertumpu kepada penyakit yang dialami. Dalam rawatan ini ianya menggunakan hirudoreflexotherapy dengan meletakkan lintah diatas kawasan reflexogenic sebagai “jarum suntikan bernyawa”



Jenis-jenis rawatan dengan penggunaan lintah:

1- penyakit cardiovascular, termasuk hypertension tambahan dan sakit ischemia.
2- chronic bronchitis, pneumonia, bronchial asthma;
3- gastrointestinal tract diseases (hepatitis, cholecystitis, pancreatitis, stomach ulcer);
4- ENT diseases;
5- paradontosis dan kesakitan gigi yang lain;
6- penyakit urological;
7- male sterility;
8- penyakit kulit (neurodermatitis, psoriasis, eczema, herpes);
9- gynaecological disorders (commissural processes in the small pelvis, female sterility, chronic adnexitis, parametritis, endometriosis, fibromastopathy);
10- systemic diseases (rheumatic arthritis, systemic lupus erythematosus, scleroderma);
11- osteochondrosis dan radiculitis;
12- sakit mata, termasuk glaucoma;
13- infantile cerebral paralysis (ICP).

Leech Saliva


A simple principle lies at the heart of all hirudo-miracles. During the process of feeding, leeches secrete a complex mixture of different biologically and pharmacologically active substances into the wound. Hirudin is the best known component of leech saliva. Hirudin is sometimes used to describe all active substance in leech saliva. In reality, Hirudin refers only to one specific active substance in leech salive. Components of medicinal leech saliva that exert effects in the host's body are:

1. Hirudin- Inhibits blood coagulation by binding to thrombin
2. Calin -Inhibits blood coagulation by blocking the binding of von Willebrand factor to collagen. Inhibits 3.collagen- mediated platelet aggregation 
4. Destabilase -Monomerizing activity. Dissolves fibrin. Thrombolytic effects
5. Hirustasin- Inhibits kallikrein, trypsin, chymotrypsin, neutropholic cathepsin G
6. Bdellins -Anti-inflammatory. Inhibits trypsin, plasmin, acrosin
7. Hyaluronidase- Increases interstitial viscosity. Antibiotic
8. Tryptase inhibitor -Inhibits proteolytic enzymes of host mast cells
9. Eglins- Anti-inflammatory. Inhibit the activity of alpha-chymotrypsin, chymase, substilisin, elastase, cathepsin G
10. Factor Xa inhibitor -Inhibits the activity of coagulation factor xa by forming equimolar complexes
11. Complement inhibitors- May possibly replace natural complement inhibitors if they are deficient
12. Carboxypeptidase -A inhibitors Increases the inflow of blood at the bite site
13. Histaminelike -substances Vasodilator. Increases the inflow of blood at the bite site
14. Acetylcholine -Vasodilator
15. Anesthetics -subsctance Anesthetic

Kenali Lintah Perubatan


Khamis, 6 September 2012

bekam lintah putra phoenix bersama tv selangor


 sewaktu rakaman bersama tv selangor terima kasih cik ayu..kerana mencuba bekam lintah kami

Keistimewaan lintah dalam dunia perubatan


Oleh Najibah Hassan(najibah@utusan.com.my)

SEPANJANG kerjayanya sebagai pakar bedah plastik dan rekonstruktif, di Columbia, Dr. Matthew Concannon tidak akan lupa salah satu sejarah yang tercipta enam tahun lalu.

Beliau telah berusaha untuk menyambung sebahagian telinga seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terputus akibat digigit oleh seekor anjing pelatih.

Ini merupakan kes ketiga yang dilaporkan di mana telinga seorang kanak-kanak disambungkan melalui pembedahan mikro.

Menurut Concannon, prosedur yang mengambil masa selama empat jam itu terlalu rumit. Selain saiz pembuluh darah yang terlalu halus, koyakan yang berlaku pada telinga menyebabkan kerja-kerja mencantum semula telinga tersebut semakin mencabar.

Sejurus selepas pembedahan selesai dilakukan, Concannon menggunakan lintah bagi membolehkan aliran darah terbentuk semula.

Dalam tempoh seminggu, lebih 50 ekor lintah telah digunakan. Hasil yang diperoleh begitu menakjubkan. Keistimewaan lintah dalam dunia perubatan

``Lintah yang digunakan berjaya menyedut sejumlah darah beku bagi membolehkan darah mengalir selepas pembedahan yang rumit.

``Jika darah-darah ini tidak disedut keluar, ia akan masuk semula dan keadaan ini lebih serius seolah-olah seperti tiada darah baru yang mengalir,'' jelasnya.

Sukar dipercayai. Tetapi itulah sebahagian sumbangan dan jasa yang cukup besar lintah dalam dunia perubatan.

Spesies yang sinonim dengan `drakula' ini telah banyak menyelamatkan anggota tubuh yang dipotong melalui pembedahan. Justeru, menyedari kepentingannya ini, Concannon `menternak' lintah sebagai persediaan pada bila-bila masa ia diperlukan.

Pengarah Hospital Universiti dan Klinik dan pakar tangan dan pembedahan mikro itu menjelaskan, `lintah perubatan' itu terlalu bernilai.

Menurut beliau, lintah dianggap aset paling penting kepada pakar-pakar bedah plastik dan rekonstruktif di negaranya.

``Lintah dapat membantu mengekalkan aliran darah kepada tisu-tisu yang dipindahkan dan bahagian-bahagian tubuh yang dilekatkan semula,'' katanya.

Peranan lintah dalam dunia perubatan sebenarnya telah diamalkan sejak ratusan tahun yang lalu. Biasanya, ia digunakan untuk menghilangkan rasa sakit dengan mekanisme menghisap darah.

Bagaimanapun, perkembangan ubat-ubatan moden menenggelamkan `kehebatan' dan sumbangan lintah dalam dunia perubatan.

Pada abad ke-19, lintah digunakan secara meluas oleh pakar-pakar perubatan dan tukang gunting rambut untuk proses pembekaman. Amalan berbekam ini, dipercayai sebagai penyembuh banyak jenis penyakit dari hujung rambut hingga ke hujung tapak kaki. Ini termasuklah sakit kepala,kencing manis, resdung,hinggalah gout.

Namun, lama-kelamaan, amalan ini semakin dilupakan. Bagaimanapun, trend menggunakan lintah perubatan semakin mendapat tempat dalam tempoh empat dekad lalu.

Terbaru, saintis Jerman melaporkan, penggunaan lintah amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit dan kekejangan di kalangan pesakit yang menghadapi masalah radang sendi pada lutut (artritis).

Dalam perubatan moden, penggunaan lintah hanya terhad bagi merawat masalah darah beku selepas pembedahan.

Penemuan terbaru yang dilaporkan di Annals of Internal Medicine mendedahkan air liur lintah mengandungi sejenis bahan antiradang dan lain-lain bahan kimia.

Menurut Dr. Gustav J. Dobos dari Klinik Essen-Mitte, Jerman, bahan-bahan ini dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis. Lintah-lintah tersebut diletakkan pada bahagian lutut yang sakit, dibiarkan selama 70 minit hinggalah lintah tersebut tertanggal daripada kulit.

Selepas tujuh hari pesakit menerima rawatan, kesannya cukup menakjubkan. Pesakit yang mendapat terapi lintah lebih baik berbanding rawatan konvensional terutama dari aspek kurang rasa sakit.

Dalam makmalnya, Concannon menyimpan antara dua hingga tiga dozen lintah sebagai persediaan.

``Apabila saya memerlukan seekor, saya memerlukannya pada masa itu juga dan tidak boleh menunggunya berjam-jam,'' katanya.

Lintah-lintah ini dibiarkan berada dalam akuarium yang diisi dengan air suling. Mereka juga diberi makanan yang dibuat khas untuk mereka yang ditambah dalam tangki tersebut.

Lintah-lintah ini tidak dibenarkan menghisap darah manusia atau apa juga produk-produk darah sebelum digunakan bagi mengelakkan pencemaran kepada pesakit.

Menurut Concannon, tujuan utama penggunaan lintah ialah melancarkan aliran darah. Kelebihan teraputik yang diperoleh daripada lintah ini terbahagi kepada dua.

Pertama, jumlah darah yang dikeluarkan semasa proses menghisap dan setiap gigitan darah akan meleleh hingga satu jam selepas lintah-lintah tersebut jatuh dengan sendirinya.

Keadaan ini, secara tidak langsung membolehkan anggota tubuh yang digigit itu terus hidup.

Bagaimanapun, sebelum prosedur ini dilakukan, Concannon akan melakukan beberapa ujian kepada pesakit bagi memastikan mereka benar-benar mengalami kesesakan vena.

``Saya hanya menggunakan lintah sebagai alternatif terakhir apabila kesemua kaedah teknikal telah dilakukan tetapi pesakit masih mempunyai masalah,'' ujarnya.

Apabila terapi ini dimulakan, ia akan diteruskan sehingga pembuluh darah baru terbentuk secukupnya di sekeliling tisu-tisu terbabit.

Begitu juga dengan jumlah lintah yang digunakan. Ia banyak bergantung kepada keadaan penyumbatan dan tempoh impaknya pada penyumbatan tersebut.

Prosedur ini sebetulnya tidak sedikit pun menyakitkan pesakit kerana fungsi sebahagian saraf pada anggota terbabit semakin menurun.

``Kedua, air liur lintah-lintah tersebut mengandungi sejenis kimia anestetik yang menyebabkan kita tidak rasa sakit dan agen antidarah beku.

``Ia dikenali sebagai hirudin - yang membantu darah mengalir dengan bebas,'' jelas Concannon.

Dalam kebanyakan kes, katanya pesakit pada mulanya agak ragu-ragu tetapi masih boleh menerima apabila beliau mencadangkan untuk meletakkan parasit kurus ini pada luka mereka.

Daripada 24 kes sejak beliau mula menggunakan terapi lintah pada 1992, hanya seorang pesakit saja yang enggan.

``Setelah kami kehabisan pilihan pembedahan, saya akan tanya kepada pesakit sama ada mereka ingin mencuba kaedah ini.

``Kebanyakannya hairan bagaimana lintah ini bertindak untuk menyelamatkan sebahagian anggota tubuh mereka,'' jelasnya.

Tergolong dalam spesies cacing, lintah `digeruni' kerana keupayaannya menghisap darah dan fizikalnya yang lembik.

Lintah, tergolong dalam spesies cacing yang terdapat banyak di hutan hujan tropika. Spesies ini gemarkan tempat-tempat yang lembap seperti di sungai, danau dan laut.

Selain itu, ia juga mudah ditemui di tempat-tempat perkhemahan berhampiran air terjun atau sungai dan trek tempat mendaki yang lembap.

Secara anatominya, lintah mempunyai alat penyedut pada setiap penghujung badannya. Satu digunakan untuk makan, manakala satu lagi digunakan untuk bergantung ketika menghisap darah.

Menurut Concannon, apabila dia meletakkan lintah ini pada `hosnya', mereka tidak akan membuang masa. Mereka menggunakan tiga rahang yang mengandungi 100 batang gigi setiap satu ke bahagian terbabit.

Hanya dalam tempoh setengah jam, mereka boleh menyedut darah dengan rakus sebanyak lima kali ganda daripada berat badan mereka.

Setelah puas menghisap darah, lintah akan terjatuh dengan sendiri dan meninggalkan tanda gigitannya yang cukup ketara pada kulit.

Hanya dengan sekali sedutan, lintah-lintah ini mampu bertahan selama 18 bulan tanpa makanan lain.

Apabila lintah-lintah telah digunakan, Concannon akan memberi mereka sedatif dalam alkohol untuk dimusnahkan dalam insinerator.

``Mereka perlu dibuang segera dan berhati-hati kerana badan mereka dipenuhi dengan bahan-bahan buangan perubatan,'' katanya.

Bercerita tentang lintah, ada yang memegang kepada kepercayaan jika seseorang bermimpi bertemu lintah, bermakna dia akan digoda oleh perempuan atau sebaliknya. Jika dia bermimpi digigit lintah bersirat akan digoda oleh perempuan yang jahat.

Di kalangan masyarakat Melayu, telah diketahui minyak lintah khusus bagi kaum lelaki untuk menambahkan saiz zakar dan mereka yang bermasalah dalam hubungan seks. Khabarnya, minyak ini ditapa selama 40 hari 40 malam di dalam kelapa muda hijau mengikut resipi herba purba, kitab-kitab lama seperti kitab Arab (Rawd at-Tirr) dan khazanah seks Melayu dahulu kala.

Namun, sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui melainkan bagi mereka yang telah mencubanya.