penyakit kencing manis atau nama spesifiknya dalam perubatan sebagai diabetik berlaku dalam kalangan manusia tanpa mengira usia dan jantina.
Diabetik disebabkan oleh kandungan gula dalam darah yang berlebihan.Hal ini adalah kerana pancreas seorang manusia berfungsi untuk meghasilkan insulin,dan insulin ini lah yang akan membawa segala gula yang kita ambil melalui makanan harian kita untuk dipecahkan menjadi tenaga.
apabila pancreas seseorang itu gagal menghasilkan insulin yang secukupnya seperti yang diperlukan oleh badan maka ia akan menyerap didalam darah manusia hingga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kepada seseorang individu yang mempunyai diabetik.
kita akan bincangkan tentang bertapa pentingnya memeriksa kadar gula setiap hari, membuat temu janji dengan pihak perubatan serta pengambilan ubat yang diberikan
kadar gula dalam darah yang diperlukan adalah 3.9-6.1 mmol/L(normal) apabila kandungan gula dalam darah melebihi kadar normal maka pengawalan makanan amat lah penting untuk mengelakkan sebarang bencana.
antara kesan apabila seseorang itu tidak mengawal kadar gula dalam badanya sehingga menjadi kronik dia terdedah kepada 3 bahaya
1.diadetic retinopaty (masalah yang berkaitan dengan sistem saraf mata yang boleh menyebabkan kebutaan)
2.diabetic nephropathy (masalah buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan fugsi buah pinggang dan pesakit yang kritikan akan dicadangkan utuk membuat hemodiylisis.)
3.complication foot and lower extremity (kematian tissue dianggota badan terutama kaki dan boleh menyebabkan luka yang tiada kesembuhanya sehingga pesakit terpaksa memotong anggota badanya.)
hal ini adalah kerana setiap organ badan manusia memerlukan oksigen untuk bernafas,dan darah berfugsi untuk membawa oksigen keseluruh anggota badan manusia.Apabila kandungan gula tinggi dalam darah jadi darah susah untuk menghantar oksigen kepada anggota badan kerana kandungannya yang pekat.kaki merupakan organ yang paling hujung sekali dan sedikit sukan untuk mendapat bekalan oksigen.apabila gula tinggi dalam darah jd kemungkinan darah tidak dapat mengalir sehingga kehujung kaki dan menyebabkan kematian pada organ tersebut.
jika hendak diterangkan secara teperinci terlalu panjang tentang penyakit ini..apa yang penting ialah pengawalan makanan kita setiap hari,mengambil ubat yang telah di bekalkan serta membuat temujajnji degan pihak hospital setiap bulan..
untuk pesakit diabetik kita menyarankan mereka.
1. melakukan aktiviti ringan setiap hari seperti bersenam mengikut kemampuan 3kali sehari selama 20minit.ini adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah agar semua angota badan medapat bekalan oksigen yang secukupnya.
2.mengawal pemakanan setiap hari kurangkan kolesterol dalam makanan seperti santan,makanan manis,serta makan beras yang tidak berkanji dan diharuskan mengambil air putih sebagai penganti minuman manis kerana ia tidak mempunyai kolesterol.
apabila seseorang itu mendapat penyakit ini diabetik ia tidak dapat disembuhkan tetapi kita hanya mampu mengawalnya daripada menjadi kritikal..apa yang penting pemakanan kita setiap daripada kita bakan mendapat penyakit ini ..jadi kawal lah pemakanan serta aktiviti harian kita..ingat mengawal lebih baik dari merawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan