Sabtu, 18 Jun 2011

lintah di majalah TV3

Sabtu, 4 Jun 2011

Perubatan Lintah Putra Phoenix

waktu rakaman di station tv selangor..dalam segmen apa khabar selangor bersama Amir Shah terapi bekam lintah putra phoenix agro farm... sila hubungi hot line kami.. jangan malu-malu dan kami sedia kerumah anda..insya allah
mobile: 017-6499003 / 019-6172854 / 011-12263825 ( Lintah Putra Phoenix )

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW. Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung didalam pengamalan ini. Jika anda cetek ilmu agama jangan memperlekehkan Sunnah Rasulullah SAW. Bekam bukan ciptaan manusia !! Banyak penyembuhan yang dilakukan melalui bekam. Bekam adalah the 8th Wonders of the World !

HUKUM PERUBATAN LINTAH DALAM ISLAM..

LINTAH DAN CACING HARUS UNTUK PERUBATAN DAN KOSMETIK


Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam.

Muzakarah kali ini juga turut memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunaan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan qamariah khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walaubagaimanapun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan.

Muzakarah kali ini turut merakamkan ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Osman yang baru dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pahang berkuatkuasa pada 15 Disember 2007 yang lalu dan Jawatankuasa juga mengalu-alukan kehadiran kembali Sahibus Samahah Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi yang telah dilantik semula sebagai Mufti Negeri Sarawak.

Sebanyak empat(4) kertas kerja telah dibincangkan pada muzakarah kali ini dan juga taklimat daripada Prof. Dr. Zhari bin Ismail, pakar dalam bidang sains farmasi Universiti Sains Malaysia. Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa perpaduan dan kesatuan umat Islam amat penting dan beliau berharap semua ahli Jawatankuasa dapat sama-sama membimbing dan mendidik masyarakat khususnya umat Islam supaya memberi keutamaan kepada kepentingan dan kedaulatan ummah dan meninggalkan polemik serta isu-isu yang boleh menghalang dan melemahkan perpaduan umat Islam.

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3110




















TERNAK CACING/LINTAH IKUT SYARAK



Oleh Salina Abdullah dan Norfatimah Ahmad
bhnews@bharian.com.my













NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

“Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. “Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.

Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.

Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.

Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.

Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.

Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.

Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.

“Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi,” katanya.

Lintah Dan Perubatan

Seorang penyelidik perubatan terkenal Dr. Mahelly menyatakan bahawa lintah adalah suatu hidupan yang penting di dalam pembedahan moden. Ia membantu pengaliran darah berlaku secara semulajadi Lintah juga boleh dijadikan sebagai satu alat mengeluarkan toksin dari darah yang mengalir badan kita.

Lebih dari 600 spesis lintah telah ditemui hingga ke hari ini. Dari 600 jenis ini, hanya 15 jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Di dalam dunia perubatan, lintah ini dikenali sebagai

Hirudo Medicinalis

Kaedah rawatan menggunakan lintah ini dikatakan telah bermula sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Apabila lintah menghisap darah dari badan anda, pada masa yang sama ia mengeluarkan sejenis cecair yang di antara lainnya menghalang darah anda dari menjadi beku, serta menggalakkan pengaliran keluar darah.

Fenomena ini dapat membantu proses pemulihan kecederaan atau pun pembedahan kerana darah yang mengalir ke bahagian tersebut dalam satu jangka masa yang lama, dapat menghasilkan pertumbuhan semula sisitem pengaliran darah di kawasan tersebut.

Nyatalah bahawa sebenarnya lintah adalah pembantu manusia.

Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji yang mempunyai sehingga 100 gigi-gigi kecil. Seekor lintah mungkin mengambil masa antara 15 hingga 30 minit untuk menyedut darah dari badan manusia. Dalam tempoh masa tersebut ia dapat menghisap kira-kira 2.5 sehingga 5.5 gm darah. Kuantiti darah tersebut sudah cukup bagi menampung hidupnya selama 6 bulan hingga 1 tahun.

Pada air liur lintah terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis zat aktif. Di antaranya ialah sejenis zat yang sama seperti yang terkandung di dalam putih telur.

Air liur lintah mengandungi zat aktif antaranya :-

  • Hirudin
  • Hyaluronidase
  • Pseudohirudin
  • Destabilase
  • Apyrase
  • Bdellines
  • Eglines
  • Kininases
  • Histamine-melancarkan peredaran darah dan oksigen
  • Collagenase
  • Leech prostanoids
  • Inhibitor of kallikrein of the blood plasma
  • Proteases
  • Lipolytic enzymes
  • Intibitor of Xa factor of the blood coagulation
  • Triglyceridase17.Cholesterol esterase18.Lipase

ekstrak hirudinmengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah. mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

ekstrak pheromonemerupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan. berguna dalam masalah hubungan seksual.

ekstrak histaminhistamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.

ekstrak nitric oxidemempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

“hirudin” adalah salah satu komponen yang penting di dalam air liur lintah. Ia amat bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Di antara lain, Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia mahupun depresi. Ia juga digunakan untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakkan binatang ini pada bekas-bekas kaca. Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Kerana keupayaan lintah tadi, dalam Bangsa Inggeris seorang tabib pada Abad Pertengahan digelar sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”. Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

BEKAM LINTAH membantu menghilangkan pening
dan migrain. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan
dan
sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak,
peluh dan melegakan demam.
Membantu memulihkan
ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

Membantu mencegah kebas kaki
dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan
melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Membantu meringankan tubuh.
Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa
berat dan malas.
Membantu menajamkan
penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan
penglihatan kabur.
Dianggarkan sebanyak 72 jenis
penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi,
jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin
ahmar, sakit gigi, jerawat,
sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Khamis, 2 Jun 2011

Hot Line Terapi Lintah





Sekiranya anda sibuk, tiada masa untuk datang ke kedai saya, saya sudi dan sanggup datang ke tempat anda untuk memudahkan hidup anda. Jangan segan. hubungi kami ..En.Bakar 017-6499003 atau En.Amir Shah 019-6172854 Kesihatan anda, keutamaan kami
BERMINAT? SET APPOINMENT HARI INI.


Masa: Isnin - Ahad (24 jam)

mobile: 012-3861459 / 019-6172854 ( Lintah Putra Phoenix )







apa yg kita harus tahu tentang kencing manis


penyakit kencing manis atau nama spesifiknya dalam perubatan sebagai diabetik berlaku dalam kalangan manusia tanpa mengira usia dan jantina.

Diabetik disebabkan oleh kandungan gula dalam darah yang berlebihan.Hal ini adalah kerana pancreas seorang manusia berfungsi untuk meghasilkan insulin,dan insulin ini lah yang akan membawa segala gula yang kita ambil melalui makanan harian kita untuk dipecahkan menjadi tenaga.

apabila pancreas seseorang itu gagal menghasilkan insulin yang secukupnya seperti yang diperlukan oleh badan maka ia akan menyerap didalam darah manusia hingga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kepada seseorang individu yang mempunyai diabetik.

kita akan bincangkan tentang bertapa pentingnya memeriksa kadar gula setiap hari, membuat temu janji dengan pihak perubatan serta pengambilan ubat yang diberikan

kadar gula dalam darah yang diperlukan adalah 3.9-6.1 mmol/L(normal) apabila kandungan gula dalam darah melebihi kadar normal maka pengawalan makanan amat lah penting untuk mengelakkan sebarang bencana.

antara kesan apabila seseorang itu tidak mengawal kadar gula dalam badanya sehingga menjadi kronik dia terdedah kepada 3 bahaya

1.diadetic retinopaty (masalah yang berkaitan dengan sistem saraf mata yang boleh menyebabkan kebutaan)

2.diabetic nephropathy (masalah buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan fugsi buah pinggang dan pesakit yang kritikan akan dicadangkan utuk membuat hemodiylisis.)

3.complication foot and lower extremity (kematian tissue dianggota badan terutama kaki dan boleh menyebabkan luka yang tiada kesembuhanya sehingga pesakit terpaksa memotong anggota badanya.)

hal ini adalah kerana setiap organ badan manusia memerlukan oksigen untuk bernafas,dan darah berfugsi untuk membawa oksigen keseluruh anggota badan manusia.Apabila kandungan gula tinggi dalam darah jadi darah susah untuk menghantar oksigen kepada anggota badan kerana kandungannya yang pekat.kaki merupakan organ yang paling hujung sekali dan sedikit sukan untuk mendapat bekalan oksigen.apabila gula tinggi dalam darah jd kemungkinan darah tidak dapat mengalir sehingga kehujung kaki dan menyebabkan kematian pada organ tersebut.

jika hendak diterangkan secara teperinci terlalu panjang tentang penyakit ini..apa yang penting ialah pengawalan makanan kita setiap hari,mengambil ubat yang telah di bekalkan serta membuat temujajnji degan pihak hospital setiap bulan..

untuk pesakit diabetik kita menyarankan mereka.


1. melakukan aktiviti ringan setiap hari seperti bersenam mengikut kemampuan 3kali sehari selama 20minit.ini adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah agar semua angota badan medapat bekalan oksigen yang secukupnya.


2.mengawal pemakanan setiap hari kurangkan kolesterol dalam makanan seperti santan,makanan manis,serta makan beras yang tidak berkanji dan diharuskan mengambil air putih sebagai penganti minuman manis kerana ia tidak mempunyai kolesterol.

apabila seseorang itu mendapat penyakit ini diabetik ia tidak dapat disembuhkan tetapi kita hanya mampu mengawalnya daripada menjadi kritikal..apa yang penting pemakanan kita setiap daripada kita bakan mendapat penyakit ini ..jadi kawal lah pemakanan serta aktiviti harian kita..ingat mengawal lebih baik dari merawat.