Selasa, 5 April 2011

perlu kita tahu anatomi lintah

Kebanyakan orang menganggap bahawa lintah merupankan haiwan penghisap darah yang merbahaya. Sebaliknya, sejak 2500 tahun yang lalu, lintah telah digunakan sebagai rawatan untuk mengubati penyakit.

Rujukan wikipedia ;

Lintah hampir sama seperti cacing, iaitu mempunyai dua organ persenyawaan jantan&betina ,disebut "hematophagous.". Mempunyai hampir 1000 spesis lintah di seluruh dunia dan hanya 3 spesis yang digunakan untuk rawatan iaitu HIRUDO MEDICINALIS (European Medicinal Leech), HIRUDINARIA MANILLENSIS(Asian Medicinal Leech), HAEMENTERIA GHILIANII (Amazon Leech) dan tidak semua spesis menghisap darah.

Mempunyai 3 rahang yang berbentuk ' Y ' dan setiap rahang mempunyai hampir 100 gigi yang sangat halus. Selepas kenyang, lintah mampu hidup tanpa makanan selama 6 bulan.

Ketika lintah menghisap darah, lintah akan merembeskan salah satu enzim disebut enzim hirudin iaitu enzim yang bertindak sebagai anti-pembekuan darah.



Anatomi Lintah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan