Ini contoh tangki 15,000 liter . Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.
4. Panjang saluran darah
Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!4. Denyutannya jantung
Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit.Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?
5. Tekanan pam jantung
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan