Rabu, 20 Oktober 2010

Soal jawab Lintah


1.Berapakah sela masa (bulan) daripada telur kepada benih lintah?


2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang boleh beranak.


2. Bilakah lintah dianggap matang serta boleh bertelur (pada bulan ke berapa) dan bilakah pula lintah dikira tamat tempoh pembiakannya?


Bila matang tak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Yang paling besar seperti sample dihantar (milik putra phoenix agro farm) sudah boleh bertelur. Tamat pembiakan pula dalam 2 hingga 3 tahun. Induk hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Yang 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).


3. Apakah jenis ikan yang sesuai utk diletakkan dalam kolam lintah, bagi mengelakkan jentik-jentik daripada membiak?


Sebagai contoh, ikan tiger barb itu sesuai atau tidak? Semua jenis ikan tidak sesuai diletakkan dalam kolam. Sekiranya hendak letak juga, ikan yang bukan karnivor. Jentik-jentik tidak mengapa ada dalam kolam kerana bila ia mati, jentik-jentik akan mereput dan menjadi makanan lintah.


4. Adakah berudu memakan telur lintah?


Tidak, tetapi kalau boleh elakkan kerana berudu makan pokok.


5. Apakah perbezaan lintah hijau dan lintah coklat secara tepat?


Lintah jenis apakah daripada dua ini yang paling sesuai untuk perubatan?Masih dalam peringkat kajian.


6. Benarkah lintah hanya bertelur 3 kali sahaja, dan lintah mula bertelur pada umur berapa?


Tidak. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur.


7. Berapakah kepanjangan maksimum seekor lintah yang membesar dan bagaimanakah untuk mengenal pasti lintah yang matang secara tepat?


Untuk mengenalpasti lintah secara tepat, biarkan lintah berpuasa dan kita akan ketahui berapa kepanjangan atau lebar lintah tersebut.


8. Dalam environment bagaimanakah lintah lebih cepat membiak?


Kurang gangguan,

Gelap,

Sikit makan,

Kualiti air pH 7 ke atas,

Oksigen 4 mmg,

Suhu biasa,

Cahaya gelap.


9. Dengan teknologi yang semakin canggih, adakah perubatan menggunakan lintah akan terus relevan dan mendapat permintaan pada masa akan datang?


Insya Allah, selagi ada permintaan.


10. Bagaimanakah cara untuk mengharvest lintah?


Cara manual, iaitu kutip menggunakan tangan.


11. Bagaimanakah ingin mengasingkan induk?


Apabila ingin asingkan induk, telur lintah akan berada di bawah. Dengan sebab itu, lintah-lintah tersebut hendaklah dipuasakan. Sampainya masa untuk beri makanan, ia akan member tarikan kepada lintah, dan kemudian tapis.


12. Bagaimana untuk tentukan spesis lintah?


Melalui mata, testis, corak, dan belah lintah.


14. Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengkaji pembiakan lintah?


Pertamanya bila induk lintah diambil, asingkan mengikut saiz. Letakkan di dalam tangki mengikut saiz dan saya mencadangkan supaya letak di dalam bekas yang jernih supaya dapat melihat perkembangan lintah (seperti akuarium). meletakkan pokok adalah tidak perlu, tetapi pastikan keadaan kolam/tangki gelap.





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan