Sabtu, 13 Ogos 2011

masalah jerawat kronik

jerawat pesakit ini sudah menyerang ke paras bahu
pesakit ini dari jengka 6 pahang



bahu pesakit ini sedang menjalani proses bekam lintah



begitu juga muka sedang menjalani proses bekam...





lintah sedang menghisap


















Masalah resdung kronik..

pesakit ini sedang mendapatkan rawatan untuk mengurangkan tahap resdungnya.

en azizam pegawai kastam kelana jaya sudah 3 kali menjalani rawatan lintah..dan hasilnya sangat bagus...kata en azizam



harap bersabar ye en azizam...biar lintah ni menjalankan tanggungjawab dia merawat





lintah sedang mengigit








Cari lintah..penat weh

nizam dengan aksi giler dia...buang tebiat tu



si nizam ni...orang suruh dia tangkap lintah...dia sibuk aje sms dengan awek dia



yang aku pulak...dah kepenatan sampai tertidur dalam semak..penat weh..ingat senang ke nak cari lintah time kemarau ni...




aku tengah seronok tanguk lintah yang sedang buat landing depan aku...apa lagi sauk aje la






ada gaya tak....









Lintah sekarang susah Nak dapat

nizam dengan gaya tersendiri mempamerkan hasil tangkapan lintah tengahari ni

aku dengan hasil tangkapan lintah....penat weh



lintah liar ni memang best giler...sekali letak kat kulit korang ermm gerenti sedut terus





sebelum nak tangkap lintah...posing sekejap weh....







inilah tempat yang selalu aku cari lintah...memang banyak..hulur aje kaki









Jumaat, 12 Ogos 2011

kencing manis dan lintah


















Diabetes Dan Bekam Lintah

Luangkan masa selama 10 minit untuk mengetahui punca sebenar kencing manis.



Samada percaya atau tidak, bilangan penghidap diabetes di Malaysia semakin meningkat. Jumlah itu dijangka mencecah 2.5 juta orang menjelang 2030. Pada tahun 2010 seramai 1.8 juta rakyat Malaysia di kenalpasti menghidap diabetes dan majoritinya menghidap diabetes jenis 2.Pada tahun yang sama, penyakit ini telah mencatatkan angka kematian sebanyak 23,800 kematian.Peningkatan ini melibatkan semua negara di dunia. Umum mengetahui bahawa terdapat dua jenis penyakit diabetes iaitu jenis 1 dan jenis 2. Perangkaan Persekutuan Diabetes Antarabangsa mendedahkan, 285 juta penduduk dunia kini menghidap diabetes dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 438 juta menjelang 2030. Di Malaysia, peningkatan penghidap diabetes agak mendadak iaitu dari 1.4 juta pada tahun 2006 kepada 1.8 juta pada tahun 2010.


Apa itu kencing manis?


Kencing manis merupakan ibu penyakit kepada manusia. Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa.


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.


Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.





Jenis-jenis kencing manis;-


Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:


Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.




Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Punca Kencing Manis:


Penyakit kencing manis berlaku disebabkan oleh terdapat kebocoran pada SALUR MAKANAN. Disebabkan kebocoran tersebut makanan yang membekalkan tenaga pada badan akan keluar melalui saluran tersebut dan mengakibatkan tenaga yang dibekalkan semakin berkurangan. Disebabkan itu urat saraf menjadi lemah serta kecut dan mengakibatkan pankreas tidak aktif kerana ia tidak dapat mengeluarkan insulin.


Sekiranya kebocoran berlaku disebelah kanan (type 1) rawatan yang biasa digunakan adalah melalui suntikan insulin manakala sekiranya kebocoran berlaku disebelah kiri (type 2) rawatan yang selalu digunakan adalah melalui kaedah ubatan seperti pil.


Akibat dari organ pankreas tidak dapat menyalurkan insulin menyebabkan berlakunya kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan mengakibatkan saluran jantung menjadi kecut.Salah satu cara untuk memulihkan serta menstabilkan penyakit ini adalah dengan menampal lubang atau kebocoran yang ada. Sebagai contohnya, hal ini boleh di ibaratkan seperti paip air yang berlubang tidak akan dapat menyalurkan air dengan sepenuhnya kecuali langkah diambil dengan paip tersebut ditukar baru atau pun ditampal. Hal ini sama seperti penyakit kencing manis. Oleh itu cara untuk merawat dan seterusnya menstabilkan penyakit ini adalah melalui proses penampalan.

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik?


Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-


1.Buta
2.Kerosakan buah pinggang
3.Sakit jantung dan penyakit lumpuh
4.Darah tinggi
5.Menjejaskan Keupayaan Seksual
6.Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia 7.tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
8.Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan 9.kehilangan kaki
10.Tidak sedarkan diri
11.Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.


Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik. Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan. Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia. Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat.



















































Khamis, 7 Julai 2011

Perkhidmatan Rawatan Lintah kerumah Anda

Leech Mobile Therapy
Apakah itu Mobile Therapy?Sekiranya anda sibuk, tiada masa untuk datang ke kedai saya, saya sudi dan sanggup datang ke tempat anda untuk memudahkan hidup anda. Jangan segan. perkhidmatan kami hanya tertumpu di lembah klang, shah alam, kuala lumpur, jika luar dari lembah klang pun boleh..tetapi kena appointment dulu .



hubungi kami ..En.Amir Shah 019-6172854 / 012-3861459 atau En. kamal 019-3601601...



Kesihatan anda, keutamaan kami
Berminat? Set appointment hari ini.
Masa: Isnin - Ahad (24 jam)
mobile hot line: 012-3861459 / 019-6172854 / ( Lintah Putra Phoenix )