Selasa, 31 Julai 2012

Artis Luar Negara Pun Tahu Akan Kebaikan Lintah





Seorang artis Hollywood terkenal,Demi Moore,menggunakan rawatan lintah untuk memelihara kecantikan wajahnya..

“I feel like I’ve always been someone looking for the cutting edge of things that optimize your health and healing… I was in Austria doing a cleanse and part of the treatment was leech therapy… These aren’t just swamp leeches though – we are talking about highly trained medical leeches. These are not some low level scavengers – we’re talking high level blood suckers… They have a little enzyme that when they are biting down in you it gets released in your blood and generally you bleed for quite a bit – and your health is optimized… It detoxifies your blood – I’m feeling very detoxified right now. I did it in some woman’s house laying on her bed. We did a little sampler first, which is in the belly button… It crawls in and you feel it bite down on you and you want to go, ‘You bastard.’ Then you relax and work on your Lemaze breathing just to kind of relax… You watch it swell up on your blood, watching it get fatter and fatter – then when its super drunk on your blood it just kind of rolls over like it is stumbling out of the bar.” - Demi Moore (at the night on The David Letterman Show) 


Lintah yang juga spesis hidupan air sudah lama dikenali dan digunakan oleh orang Melayu sebagai ramuan perubatan terutamanya untuk meningkatkan daya seks lelaki.Lintah dalam famili Hirudinidae dan nama saintifiknya Hirudo medicinalis mempunyai enzim yang dapat menahan darah daripada terus membeku semasa gigitannya.Malah, kajian demi kajian perubatan moden membuktikan bahawa spesis yang sinonim dengan nama ‘drakula’ itu amat berguna untuk perjalanan darah beku bagi tujuan merangsang dan melancarkan pengaliran darah.

Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.



Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.

Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.

Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar).Terapi lintah juga digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit muka (kosmetik).

KEGUNAAN ANTIKOAGULAN HIRUDIN DARI LINTAH DALAM PERUBATAN


Kegunaan Anti Koagulan Hirudin Dari Lintah Dalam Perubatan

Fazilah Abdul Latif & Norisah Salim



Jabatan Kejuruteraan Biopro cs
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur.


Lintah (Hirudo medicinalis) boleh mengeluarkan bahan hirudin, iaitu sejenis protein yang berfungsi sebagai agen anti-pembekuan darah semulajadi. Protein ini dirembeskan keluar dari kelenjar liurnya semasa menggigit mangsa. Dari beberapa penyelidikan telah dibuktikan bahawa hirudin boleh menyekat pembentukan thrombus bagi rnenghalang pembekuan darah. Penulenan protein hirudin akan dapat membantu ahli perubatan dalam kajian penyakit-penyakit thrombik oleh kerama hirudin tidak toksik berbanding dengan heparin atau bahan sintetik lain yang lebih mahal. Dengan penggunaan kaedah-kaedah terkini dalam bidang bioteknologi, biologi molekul dan teknik DNA-rekombinan, protein hirudin boleh dihasilkan dengan skala besar di peringkat industri.

1 . Latar Belakang Lintah

Sehingga kini, kajian mengenai protein hirudin adalah dari lintah Eropah iaitu HirudoMedicinalis. Lintah ini adalah haiwan invertebrata dari keluarga Arhynchobdcllida kelas Hirudenia, dalam filum Annelida [3]. Haiwan hermaprodit (mempunyai kedua-dua organ seks jantan dan betina) ini menjalani kehidupan semiparasitik yang menghisap darah dari haiwan vertebrata. Semasa menghisap darah, lintah melekatkan dirinya kepada mangsa dengan pelekap posterior dan melukakan kulit mangsa dengan bantuan tiga set rahang yang terdapat pada bahagian dalam pelekap anterior. Lintah kemudiannya menyedut darah mangsa sehingga usus pencemaannya penuh. Usus pencemaan lintah mengandungi banyak saku-saku lateral yang boleh menyimpan darah selama beberapa bulan (ada juga lintah yang berupaya menyimpannya sehingga 12 bulan) untuk kegunaan lintah tersebut [15]. Kelenjar liur lintah menghasilkan hirudin, protein yang menyekat koagulasi (pembekuan darah) semasa ia menggigit mangsa [ 9 ]. Inilah sebabnya mengapa luka gigitan lintah terus berdarah selepas beberapa jam (sehingga 4 jam) terkena gigitan [ 13 ].

2. Hirudin

Hirudin yang dikeluarkan oleh lintah adalah perencat thrombin yang sangat spesifik [ 1 ]. Nilai KI (nilai keafinan) hirudin terhadap thrombin adalah serendah 0.82 x w-1 mol/l [ 5 ]. Thrombin adalah enzim yang merangsang pembekuan darah. Apabila thrombin direncat oleh hirudin maka pembekuan darah tidak boleh terjadi. Hirudin adalah protein yang sangat stabil terhadap suhu dan pH yang tinggi, mengandungi 65 atau 66 jujukan asid amino dengan 3 ikatan disulfida [ 8 ]. Ketiga-tiga ikatan disulfida itu terletak dalam kawasan 39 residu pertama di terminal amino. Terminal karboksil pula sangat asidik dengan 5 asid amino yang asidik: 4 Glutamine dan 1 Tyr-S03H , dalam 9 residu yang terakhir . Tapak akif ada1ah di mana 7'8. residu Lysine diapit oleh 2 Proline. Struktur seperti inilah yang dikatakan memainkan peranan penting dalam interaksi hirudin-thrombin [ 4]. Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis protein hirudin yang boleh diekstrak dari lintah iaitu hirudin dari kepala lintah dan pscudohirudin (hirudin PA) dari badan lintah (Lampiran 1).Pseudohirudin adalah protein yang tidak menunjukkan sifat antithrombin walaupun berat molekul dan jujukan asid aminonya hampir menyerupai hirudin dari kepala lintah [ 4 ]. Jujukan hirudin daripada kepala lintah di terminal amino bermula dengan valine dan valine. Jujukan pseudohirudin daripada badan lintah pula berrnula dengan isoleucine dan threonine. Perbezaan susunan asid amino juga terdapat pada jujukan asid amino yang ke 24, 33, 35, 36, 53, 58, 62, 63 dan dua asid amino yang terakhir pada terminal karboksil iaitu Leucine dan Glutamine pada hirudin manakala Asid Aspartik dan Asid Glutamik pada psuedohirudin [6]. Bilangan asid amino pada hirudin adalah 65 dan pada psuedohirudin adalah 66[12].

3. Kepentingan Perubatan

Dari segi perubatan hirudin adalah sangat penting kerana protein hirudin yang tulen tidak merangsang penghasilan antibodi di dalam haiwan kajian (tikus dan monyet ). Selepas beberapa kali suntikan hirudin pada manusia dan monyet, didapati tidak menunjukkan tindakbalas imun. Ini menunjukkan bahawa hirudin adalah imunogen yang sangat lemah dan tindakbalas allergik tidak berlaku dalam keadaan normal [ 10]. Kajian terhadap manusia menunjukkan hirudin tulen yang disuntik secara subkutaneous dan intravena sebanyak 1000 unit antithrombin/kg tidak memberi sebarang kesan sampingan. Selain dari itu didapati nilai LD50 hirudin pada tikus adalah 500 000 unit anti thrombin/kg. Malah pembuangan hirudin dari sistem darah adalah sangat cepat, dalam masa 24 jam sahaja separuh dari hirudin yang disuntik telah dibuang oleh buah pinggang melalui urin [2]. Berbeza dengan bahan antikoagulan yang lain seperti heparin, di mana ia memberi kesan sampingan seperti pendarahan dan thrombocytopaenia jika digunakan dalam rawatan penyakit thrombotik [14]. Heparin juga memerlukan kofaktor antithrombin lll (AT lll) untuk bertindak ke atas thrombin manakala hirudin bertindak secara langsung terus kepada thrombin semasa proses merencat pembekuan darah [11]. Antikoagulan sintetik yang biasa digunakan adalah sulfonat polistirena dan sulfonat polietilena yang mempunyai aktiviti seperti heparin yang memerlukan antithrombin lll untuk bertindakbalas dengan thrombin [ 7].

4. Perkembangan Terkini

Oleh kerana hirudin adalah sangat penting kepada bidang perubatan maka penghasilannya secara skala besar adalah amat diperlukan supaya banyak kajian dan rawatan terhadap penyakit thrombotik dan jantung dapat dilakukan. Kajian terhadap penulenan hirudin dan pengklonan untuk penghasilannya dalam skala besar sedang pesat dilakukan di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat di mana syarikat-syarikat farmasi yang besar seperti Pentapharm (Switzerland), Plantorgan (Germany), Mitsui Toatsu (Jepun), Farmitalia Carlo Erba (Itali), Merrel Dow Research Institute (Amerika Syarikat) dan BioPharm (United Kingdom) ada menjalankan kajian terhadap hirudin dan protein yang berkaitan dengan antikoagulan [ 13]. Di Universiti Teknologi Malaysia, kajian hirudin dilakukan ke atas lintah tempatan (Hirudinaria manillensis) atau lebih dikenali sebagai lintah kerbau. Adalah sangat menarik untuk membuat perbandingan aktiviti, struktur dan kespesifikan terhadap thrombin berbanding dengan hirudin dari lintah Eropah (Huudo medicinalis). Jikalau aktiviti hirudin dari lintah tempatan adalah lebih baik, maka pengklonan hirudin untuk penghasilan pada
skala besar boleh dijalankan.







Rujukan:

[1] Baskova I.P., et al., 1983, Large Scale Preparation of Hirudin. Thrombosis Res. 2, 229-38

[2] Bichler, J.,et al., 1988, Pharmacokinetics and pharmacodynamics of hirudin in man after single subcutaneous and intravenous administration. Arzneim.-for ch. 38(5): 704-10

[3] Buchsbaum, R., 1976, Animals without backbone. 2nd Edition. The University of Chicago Press. Chicago. m.s. 233-5

[4] [5] Chang J.-Y., 1983, The Functional Domain of Hirudin, a Inhibitor, FEBS LETT., V. 164 #2, 307-13

Thrombin- Pacific Dodt J., et al., 1984, The Complete Amino Acid Sequence of Hirudin, a Thrombin Specific Inhibitor. FEBS. LETT., v. 165 #2, 180-3

[6] Dodt J., et al., 1986, Isolation and Characterization of Hirudin Isoinhibitors and Sequence Analysis of Hirudin PA, Bioi. Chemistry, vol. 367, 803-811

[7] Fougnot, C., 1979, New Heparin-like In oluble Materials: part l Annals of Biomedical Engineering. v. 7, 429-39

[8] Harvey R.P., et al., 1986, Cloning and Expression of a eDNA Coding for the Anticoagulant Hirudin from the Bloodsucking Leech, Hirudo medicinalis. Proc. Natl. Acad. Sci. USA.. v. 83, 1084-8

[9] Joseph G.E. & Robert W.H., 1981, Invertebrate Zoology, Mac Millan Publishing Co. New York. Klocking, H.P., et al., 1988, Toxicological Studies with Recombinant Hirudin. folia Haematol. 115, 75-82

[10] Markwardt, F., 1988, The Comeback of Hirudin: an old established anticoagulant agent. Folia Haematol115, 10-23

[11] Riehl-Bellon, N., 1989, Purification and Biochemical Characterization of Recombinant Hirudin Produced by Saccharomyces cerevisiae., Biochemistry, 28, 2941-2949.

[12] Sawyer R.T., 1991, Thrombolytics and Anticoagulants from Leeches, Bioffechnology v. 9, 513-8

[13] Walenga, J.M., et al., 1990, Recombinant Hirudin as an Antithrombotic Agent Drugs of the Future 15(3), 267-80

[14] 406th Medical Laboratory Special Report on Blood Sucking Asian Leeches of Families Hirudidae & Haemadipsidae, July 1968. United States Army Medical Command, Japan.

Sabtu, 7 Julai 2012

Ekstrak Lintah untuk Lelaki

Akhbar Utusan Malaysia, 25 Jun 2012, menerusi sisipan Mega Agro memamaparkan mengenai kehebatan lintah...