Jenis-Jenis Penyakit



GOUT:

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.


Ciri wajib:

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis
penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan

Gout, kartun oleh James Gillray (1799). Penggambaran yang amat jelas mengenai bengkak dan sakit keterlaluan yang merupakan gejala-gejala penyakit ini.

Tanda dan gejala:

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofusdalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.


Diagnosis:

Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.

Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.


Peringkat gout:

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1.asimptomatik
2.akut
3.interkritikal
4.kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.


Rawatan:

Serangan

Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.

Pada suatu ketika, kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam.Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus. NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.

Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan, tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara. Untuk jangka panjang, rawatan perubatan profesional diperlukan.


Pencegahan

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purinakerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

Bagaimanapun, bahan utama untuk pendekatan ini ialah drug alopurinol yang merupakan satu perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asik urik secara langsung. Walaupun demikian, rawatan alopurinol harus tidak dimulakan semasa serangan gout kerana ubat ini boleh memburukkan lagi serangan tersebut. Tetapi seorang pesakit yang telah menerima rawatan alopurinol sebelum serangan harus meneruskannya.

Keputusan untuk menggunakan alopurinol sering merupakan keputusan sepanjang hayat. Penyakit gout diketahui kambuh menjadi gout artritis akut apabila pesakit-pesakit berhenti pengambilan alopurinol kerana perubahan aras urat serum yang pada dirinya kelihatan mengakibatkan pemendakan hablur.

Febuksostat, satu perencat bukan purina yang baru untuk oxidase xantina, kelihatan merupakan alternatif yang lebih baik berbanding dengan alopurinol. [1] Probenesid, satu drug urikosurik yang menggalakkan pengumuhan asid urik ke dalam kencing, juga biasa dipreskripsikan — seringnya bersama-sama dengan kolkisin. Suatu perkara yang menarik adalah bahawa drug fenofibrat yang digunakan untuk merawat hiperlipidemia juga memberi kesan urikosurik yang berfaedah (Bardin 2003). Sebaliknya, alopurinol dan agen-agen urikosurik tidak sesuai untuk pesakit-pesakit karang ginjal dan keadaan-keadaan renal yang lain.

Oleh sebab hipertensi arteri (darah tinggi) sering wujud seiring dengan gout, rawatan dengan losartan (suatu antagonis reseptor angiotensin) mungkin akan memberi kesan tambahan yang berfaedah terhadap aras-aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampingan tiazida (satu kumpulan diuretik yang digunakan untuk darah tinggi) yang negatif terhadap metabolisme asid urik bagi pesakit-pesakit gout. Telah dicurigai bahawa dalam banyak kes, gout mungkin merupakan suatu penyakit sekunder kepada apnea tidur yang tidak dirawat, ketika sel-sel yang tidak menerima oksigen yang mencukupi menghasilkan purina-purina sebagai keluaran sampingan. Dalam kes tersebut, rawatan untuk apnea boleh mengurangkan kejadian serangan gout akut.

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa sumber-sumber purina daripada daging haiwan, seperti daging lembu dan makanan laut, amat meningkat risiko hidapan gout. Bagaimanapun, sumber-sumber purina daripada sayur-sayuran tidak mengakibatkannya. Keluaran-keluaran tenusu lemak rendah seperti susu skim (susu tanpa lemak) juga amat mengurangkan kemungkinan menghidap gout. Kajian ini telah mengikut melebihi 40 ribu orang lelaki selama bertahun-tahun, dengan 1,300 kes gout daripada kumpulan ini dilaporkan. (Choi 2004)

Pembedahan

Untuk kes-kes gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan sendi.

Rawatan Tradisional

1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout
.
Cadangan untuk melegakan kesakitan

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah[perlu rujukan] penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri
.
Pemerhatian lain

Kulit mungkin akan gugur, disebabkan bengkak yang berpanjangan di sekitar sendi terjejas. Ini paling ketara ketika jari-jari kaki terlibat dan mungkin akan mengakibatkan jangkitan kulat di kawasan antara jari-jari kaki jika kawasan-kawasan itu lembap. Rawatlah keadaan ini dengan cara yang sama sahaja dengan kutu air.

Sejarah

Secara tradisi, gout dianggap sebagai satu penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas, disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang khusus.

Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam sejarah.

Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta — istilah "gout" berasal daripada perkataan ini.

Tokoh mashyur yang mengidap gout

Salah satu pengidap gout yang terkemuka ialah Henry VIII. Yang lain termasuk Alexander Hamilton, Alfred Lord Tennyson, Benjamin Disraeli, Benjamin Franklin, Charles V, David Wells, William Pitt, Earl Pertama Chatham, George IV, George Mason, Henry Fielding, Isaac Newton, John Calvin, John Hancock, John Milton, Karl Marx, Kirk Reuter, Kublai Khan, Lennart Torstenson,Nostradamus, Pablo Neruda, Peter Gomes, Ratu Anne, Rubens, Samuel Johnson, dan Thomas Jefferson.

Ennius, pemuisi Rom, menulis "numquam poetor nisi podager" — "Aku tak pernah menulis puisi kecuali menghidap gout." Beliau mempergunakan masa ketika duduk yang disebabkan oleh sakit artritis untuk mengarang puisi.



X-ray of gout deposit in the big toe.
            Sinar-X deposit asid urik gout di kaki besar (kiri).

Bagi kebanyakan orang, serangan gout berlaku pada kaki yang besar, menyebabkan sangat sakit, sakit, kaki bengkak, panas dan merah. Ia juga dapat menyedarkan orang dari tidur. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjejaskan:

pergelangan kaki

tumit

kekura kaki

lutut

pergelangan tangan

jari

siku

tulang belakang

Dalam sesetengah kes, pesakit yang mempunyai demam gred rendah. Serangan yang ringan biasanya akan hilang dengan cepat, tetapi boleh berlaku pada sela masa yang tidak menentu. Teruk serangan akut boleh berlangsung hari atau beberapa minggu.

Punca-punca gout

Punca sebenar gout belum diketahui, walaupun ia disyaki ada kaitan dengan kecacatan genetik dalam metabolisme purin. Purin adalah dua beristri, sebatian hablur organik yang biasa dijumpai dalam badan. Ia juga ditemui dalam banyak makanan, termasuk kacang dan kacang pea, sweetbreads, ikan bilis, herring, dan hati.

Dari orang dengan gout utama, kecacatan dalam metabolisme purin hyperuricemia sebab (hyperuricaemia juga dieja) atau tahap asid urik dalam darah yang tinggi. Ini boleh disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid urik, penahanan yang tidak normal asid urik, atau kedua-duanya.
Uric acidUric acid or urate crystals.
Dalam gout, asid urik menjadi kristal dan bentuk tidak larut bahawa deposit dalam sendi pelbagai.


Asid urik atau kristal urate.

Gout utama biasanya berlaku pada lelaki dan wanita menopaus.

Gout menengah
Gout juga boleh membangunkan semasa penyakit lain, seperti:

obesiti
kencing manis
hipertensi atau tekanan darah tinggi
sel anemia sabit
buah pinggang atau penyakit buah pinggang
hyperuricemia yang disebabkan oleh pecahan asid nukleik
penyakit myeloproliferative dan lymphoproliferative
psoriasis
anemia hemolitik (pramatang kemusnahan sel darah merah, menyebabkan anemia atau nombor yang tidak mencukupi beredar sel darah merah).
Borang ini gout dipanggil gout menengah, dan yang biasa berlaku dalam orang tua. Gout menengah boleh mengakibatkan kesan sampingan ubat-ubatan, seperti ubat-ubatan yang mengganggu rembesan asid urik.

Peringkat gout
Gout mempunyai 4 peringkat:

asimptomatik
akut
intercritical
kronik

Dalam gout asimptomatik, tahap darah peningkatan asid urik tetapi terdapat tanda-tanda lagi. Di peringkat akut ditandakan dengan sendi yang menyakitkan. Tempoh intercritical bebas gejala-selang antara serangan gout. Ini boleh bertahan selama berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun - namun kebanyakan orang mempunyai serangan kedua dalam tempoh 6 bulan hingga 2 tahun. Dalam sesetengah kes, serangan kedua tidak berlaku selama 5 hingga 10 tahun.

Jika tidak dirawat, serangan gout kedua biasanya tahan lebih lama dan lebih teruk daripada yang pertama. Ia juga boleh menjadi polyarticular atau menjejaskan sendi berganda, biasanya sendi di kaki dan kaki, dan boleh disertai dengan demam.

Serangan gout menengah juga boleh "berhijrah" yang berurutan menyerang sendi pelbagai, termasuk tendon Achilles. Sebuah keadaan yang dipanggil bursitis atau keradangan Bursa (kantung yang mengandungi cecair pelincir sama) juga boleh hadir.

Pada peringkat terakhir, gout kronik menjejaskan sendi yang pelbagai sepanjang masa. Pada peringkat ini, kesakitan pada sendi pelbagai berterusan dan ketulan besar deposit asid urik yang dipanggil tophi (singular: tophus) hadir. Keradangan kronik dan kehadiran tophi di sendi boleh mempercepatkan degenerasi sendi, yang boleh membawa kepada kecacatan dan hilang upaya.

Dalam gout kronik maju, kerosakan buah pinggang disebabkan oleh deposit asid urik boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Syarat-syarat lain, seperti hipertensi (tekanan darah tinggi), albuminuria (kehadiran protein albumin dalam air kencing menunjukkan penyakit buah pinggang yang tidak normal), dan urolithiasis (batu kencing dalam saluran kencing) juga dapat berkembang.

Tophi
Deposit tophi atau asid urik yang ditemui di:

rawan
membran sinovial (membran yang meliputi sendi)
tendon
tisu lembut
Tophi boleh berlaku dalam pelbagai organ, termasuk:

jari
tangan
lutut
kaki
telinga
siku
Tendon achiles
tulang belakang
organ dalaman seperti buah pinggang dan jantung walaupun
Kulit lebih ketulan tophi boleh membentuk ulser dan nanah merembeskan.

Diagnosis gout
Tanda-tanda dan simptom gout termasuk:

hyperuricemia
monosodium urate monohidrat atau kristal asid urik di dalam cecair bersama atau cecair sinovial sendi yang radang atau dari tophus 1
Lebih daripada satu serangan artritis akut
Suar tiba-tiba atau artritis yang membangun dengan cepat (1 hari)
Sendi bengkak
Agak hitam-merah atau cyanotic bersama
Kepanasan dalam sendi
Serangan artritis hanya dalam 1 bersama, biasanya ibu jari kaki, buku lali, atau lutut.
Asid urik kencing adalah biasanya lebih tinggi dalam gout menengah daripada dalam gout rendah. Dalam serangan akut, ujian darah boleh mendedahkan sel darah tinggi kiraan putih (ia juga beralih ke kiri) dan kadar pemendapan eritrosit tinggi.

Dalam gout kronik, sinar-X dapat menunjukkan "menumbuk" luka-luka dan pembesaran membran periosteal yang (membran berserat padat yang meliputi permukaan tulang dan berfungsi sebagai lampiran untuk otot dan tendon). Sinar-X biasanya tidak menunjukkan kehadiran tophi.

Rawatan gout
Rawatan gout meliputi merawat serangan akut, mengurangkan tahap asid urik dalam darah tadi, dan untuk menghalang serangan masa depan.

Rawatan perubatan serangan gout akut termasuk:

Ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (NSAID), seperti ibuprofen (jenama seperti Advil, Motrin, dan Nuprin)

Colchicine, yang amat berkesan jika diambil dalam tempoh 12 jam pertama bermulanya serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam.

Serangan gout tahan atau keradangan mungkin memerlukan lisan atau suntikan kortikosteroid ke dalam sendi untuk melegakan kesakitan.
Doktor anda juga boleh menetapkan:

rehat di atas katil
bergerak dari sendi
kompres panas atau sejuk untuk melegakan kesakitan dan keradangan
NSAID atau colchicines diambil setiap hari dalam dos yang kecil untuk mengelakkan up suar masa depan.
Untuk mengurangkan tahap asid urik di dalam darah, doktor anda boleh menetapkan:

Allopurinol, sejenis ubat yang menghalang pembentukan asid urik
Ejen uricosuric yang menggalakkan perkumuhan dan menghalang pengumpulan asid urik
Kedua-dua ubat-ubatan harus berhati-hati diberikan kepada pesakit dengan keadaan ginjal atau buah pinggang dan tidak perlu diberi sama sekali kepada mereka dengan renal calculi atau batu karang.

Dalam kes-kes gout yang teruk, pembedahan mungkin satu-satunya pilihan. Di sini, tophi dibuang dan bersaliran untuk memperbaiki fungsi sendi dan membetulkan kecacatan apa-apa.
Gout surgery - removal of urate deposit.

Pembedahan deposit asid urik dalam gout.

Sebagai tambahan kepada rawatan-rawatan di atas, pesakit harus dinasihatkan supaya:

Elakkan makanan yang kaya dengan purin (seperti daging, bir dan wain)
Menurunkan berat badan, terutama bagi pesakit yang obes sejak berat yang meletakkan tekanan tambahan ke atas sendi






Rujukan
Bardin, T: Fenofibrate and losartan. Annals of the Rheumatic Diseases 2003;62:497-498]
Kumar and Clark Clinical Medicine, edisi ke-4, 1998
Harrison dalam talian, Jun 2000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan