Rabu, 30 November 2011

Lintah perubatan digunakan dalam pembedahan plastik

perbagai rawatan yang boleh di lakukan oleh makhluk allah yang istimewa ini :

SAWAN, darah tinggi, ASTMA, reumatisme, VARICOSIS, tinnitus, trombosis, kemurungan, apopleksi, sinusitis, TONSILLARY ABCESS, mastitis, CHOLECYSTITIS, ORCHITIS, radang urat darah, HYPERTHYREOSIS, Nanah, THROMBOPHLEBITIS, Pektoris Angina, gangren, meningitis, HATI DAN MASALAH PENGANDUNG DARAH, KAKI &sakit kaki, MASALAH mata.kencing manis


Kami menggunakan 7-15 lintah dalam terapi. Perubatan terapi lintah adalah satu jam sahaja.
Lintah-lintah memberikan 104 biomadecines ke dalam darah. Madicines bio ini ialah:

ANTI-BACTERIEL, ANTI-kemurungan, ANTI-Doksan, MEMBUAT DARAH cair, Membuat TEKANAN DARAH NORMAL, ANTI-darah beku, MEMBUAT beku cair, ANTI-EMBOLIZM, PENCEGAHAN dan banyak lagi yang dapat di lakukan oleh makhluk allah ini.

SEGALANYA TENTANG TERAPI PERUBATAN LINTAH:-

S: Apakah lintah?

J: Lintah adalah cacing seperti makhluk yang menghisap darah. Lintah-lintah telah digunakan untuk jangka masa yang panjang dan dalam cara yang berbeza untuk tujuan perubatan di Eropah. Terdapat banyak jenis lintah-lintah tetapi hanya salah 20 jenis digunakan untuk rawatan perubatan.

S: Mengapa lintah-lintah telah digunakan dalam merawat pesakit?

J: Lintah-lintah boleh melegakan pengumpulan darah di seluruh otot atau kulit yang lebih baik daripada ubat-ubatan atau rawatan lain. Mereka digunakan untuk menjaga aliran darah di dalam tisu otot, kulit dan lemak yang telah dibedah dipindahkan dari satu bahagian badan anda yang lain. Tisu-tisu ini juga dipanggil kepak.Lintah-lintah juga digunakan dalam anggota badan atau bahagian badan lain yang reattached selepas dipotong oleh reattachments accident.These dipanggil implan. Kepak atau implan boleh mempunyai kolam darah di sekeliling mereka supaya kulit menjadi sejuk, keras dan kebiruan dalam warna dan aliran darah kawasan ini menjadi cair. Jika ini berlaku, kepak tisu atau kulit boleh gagal berfungsi dengan baik.

S: Berapa lama lintah-lintah yang digunakan di kawasan yang terjejas?

J: Ia bergantung bagaimana setiap kerja-kerja lintah. Ia boleh dalam lingkungan 10 minit hingga jam. Apabila ia penuh, ia akan jatuh.

S: Berapa banyak darah yang boleh menghisap lintah?

J: Setiap lintah boleh menghisap dari 1-2 sudu darah.

S: Adakah Lintah menghisap darah kecederaan?

J: Tidak, air liur lintah diisi dengan bahan kimia yang mengandungi ubat penahan sakit dari rasa gigitan. Air liur juga mempunyai bahan kimia, yang menyimpan darah dari pembekuan.

S: Apakah yang akan berlaku apabila lintah yang penuh?

J: Ia jatuh pada ahli terapi. akan mengeluarkannya.

S: Bolehkah lintah digunakan dua kali?

J: Tidak, lintah digunakan sekali-kali. Sebaik sahaja mereka telah digunakan, mereka thromn supaya mereka tidak akan merebak penyakit-penyakit lain seperti hepatitis dan AIDS. Kedua-dua jenis penyakit yang dibawa dalam darah.

S: Mengapa terapi lintah digunakan bukan rawatan perubatan lain?

J: Dalam sesetengah kes, lintah-lintah melakukan pekerjaan yang lebih baik dengan mengeluarkan darah yang dikumpulkan daripada mana-mana terapi perubatan yang lain.

S: Adakah terdapat risiko jangkitan dengan terapi lintah?

J: Selain wundinfektion oleh pencemaran luka lintah adalah satu sumber yang mungkin daripada infection.Bacteria boleh antara lain pada kulit daripada Egels.With aninfection meansures yang betul boleh belakang dihentikan oleh bakteria tetapi dengan kebarangkalian tertinggi. Immaculateness secara semula jadi semasa proses rawatan seluruh keperluan tertinggi.


sekian.

Selasa, 22 November 2011

Rencana : Penangan Gigitan Lintah. Mampu Merawat Penyakit Serius



19 October 2011

Rencana : Penangan Gigitan Lintah. Mampu Merawat Penyakit Serius


Sinar Harian
Oleh :Norhafizan Zulkifli


Kita mungkin tidak sanggup membiarkan diri terkena gigitan lintah kerana rupanya yang mengelikan. Mungkin juga pernah berasa gigitan lintah menyangka ia amat sakit, hakikatnya tidak begitu.
Menurut pakar terapi lintah dari Australia, Mehdi Jaffari ketika ditemubual di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini, gigitan lintah tidak menyakitkan, malah memberikan ketenangan kepada pesakit kerana lintah mempunyai tiga peringkat gigitan dan pada gigitan kedua, lintah akan menyuntik ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan kesan gigitan.
Mehdi berkata, setiap gigitan lintah itu akan menyedut bersama darah kotor yang terdapat dalam badan manusia. Lintah juga dikatakan mempunyai 92 enzim yang mampu mengurangkan gejala penyakit.


Lintah berupaya menghisap darah tiga kali ganda saiz badannya. Ketika menghisap darah pesakit, ia akan mengeluarkan enzim hirudin bertujuan menghalang pembentukan darah beku.
Lintah mempunyai terlalu banyak kelebihan, di mana gigitannya mampu menyembuhkan penyakit seperti resdung, migrain, gout, sakit lutut, stress, sakit belakang, sakit dada, dan masalah jerawat. Bagi penyakit-penyakit serius seperti arthritis (sakit sendi), kanser payudara, masalah jantung, strok dan kencing manis, pesakit perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalani rawatan ini.


"Berdasarkan pengalaman saya ketika berada di Malaysia, penduduk sini gemar makanan manis dan tidak sihat. Makanan sebegini mampu membawa kepada penyakit-penyakit serius," katanya Mehdi.


Namun begitu, Mehdi memberitahu, tidak semua pesakit boleh mendapatkan rawatan tersebut. Pesakit yang sedang mendapatkan rawatan kimoterapi dan radioterapi dan yang pernah menjalani pembedahan tidak dibenarkan.
"Bagi pesakit yang menjalankan kimoterapi, darah merah atau darah putih telah mati dalam tubuh mereka, lintah tidak boleh menghisap darah mereka kerana bimbang akan memburukkan lagi kesihatan mereka,". katanya.


Selain itu, kanak-kanak dibawah umur tujuh tahun dan wanita mengandung juga tidak dibenarkan mendapat rawatan terapi lintah ini.
Lintah yang telah digunakan dihapuskan dan tidak akan digunapakai semula kerana bimbang akan mengundang penyakit. Selain itu, lintah juga turut menjalani proses pembersihan nyah-bakteria. Bekalan lintah juga didapatkan hanya dari satu sumber yang dipercayai untuk menjaga kebersihannya.


Menyentuh soal bagaimana lintah boleh merawat kanser payudara, Mehdi menjelaskan, setiap kanser berakar umbi dari kardiovaskular, dimana kardiovaskular tersebut akan membentuk penyakit vaskular dan daripada vaskular itu, maka terjadinya kanser payudara dan terus bercambah dari semasa ke semasa.
Lintah akan merawat dari mana terbentuknya akar umbi kanser tersebut dan mengambil masa yang agak lama untuk mengurangkan penyakit. "Kami tidak menjamin pesakit sembuh 100 peratus, tapi percaya lintah boleh memberi bantuan sekurang-kurangnya 90 peratus daripadanya terutama bagi mereka yang baru menghidap penyakit tersebut.


"Saya bukanlah pakar dalam bidang sains, tetapi mendapat pengetahuan ini berdasarkan ilmu mengenai lintah dan pengalaman selama menceburi bidang ini untuk membantu masyarakat." katanya.


Mehdi merupakan pakar terapi lintah dari New Zealand dan dijemput oleh Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) UM untuk mengajar rakyat negara ini tentang rawatan terapi lintah, disamping mengkaji mengenai lintah yang banyak terdapat di Malaysia.

Darah gigitan lintah di bawa di dalam sembahyang.



Ghalib (menurut kebiasaan) orang darat (kampong) apabila ia pergi kebendang selalulah digigit oleh lintah dan darah bekasan itu lambat benar keringnya. Maka boleh atau disuruh sumbat lubang itu dengan kekabu atau kapas ataupun mesti dibiarkan begitu sahaja.? Jika ia hendak sembahyang kerana saya telah dengar khilaf ( berselisih pendapat) diantara ulama darat, setengahnya mengatakan mesti sumbat tempat itu dengan kapas atau lainnya supaya jangan mengalir darahnya, kerana mengalir itu membatalkan sembahyang dan setengahnya pula bunyinya katanya mesti dibiarkan kerana daripada lubang digigit lintah itu hingga kekakinya dipanggil tempat yang ghalib tercampak (altaqazaf) maka dimaafkan kerana mashaqqah (menyulitkan) bersalahan jika diubah kapas jadi darah yang berjangkit dengan kapas itu tidak dimaafkan jadi batal sembahyang.


Jawapan:


Adalah hasil masalah berkenaan dengan darah nisbah kepada dimaafkan dan tidaknya terbahagi kepada tiga bahagian:


(1) darah yang tiada dimaafkan daripadanya dengan tidak terkecuali lagi ertinya sama ada banyak atau sedikit iaitu darah najis mugalazah dan darah yang berlumuran dengan sengaja dan darah yang bercampur dengan barang yang asing daripada jenisnya.


(2) Darah yang dimaafkan daripadanya jikalau sedikit dan tiada dimaafkan jikalau banyak iaitu darah yang ajnabi ( yang asing) yang bukan daripada jenis darah mugalazah dan tiada disengajakan berlumurannya.


(3) Darah yang bukan ajnabi iaitu seumpama darah bisul, kudis, jerawat dan tempat berbekam ialah kemudian daripada ditutup dengan kapas dan sebagainya maka darah itu dimaafkan samaada sedikit atau pun banyak dan jikalau berhamburan ia sekalipun ialah kerana hajat salam tidak dengan perbuatannya dan tidak melampaui daripada tempatnya dan jikalau dengan perbuatan atau telah melampaui daripada tempatnya maka dimaafkan daripada yang sedikit jua. Intaha. ( I'anah al-thalibin )


Dan berkata Inbu QasimAl-A'badi, bermula yang dikehendaki dengan tempatnya itu ialah tempat keluarnya dan tempat yang selalu berhambur kepadanya seperti daripada lutut kepada betis maka dimaafkan daripadanya pada masa itu apabila mengenai bajunya misal


Maka daripada keterangan yang diatas itu nyatalah bahawa mensyaratkan tiap-tiap suatu pihak dengan disumbat atau dibiarnya itu tidak betul bahkan sah sembahyang samaada disumbat atau tidak.


Pengarang
Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad


Rujukan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Isnin, 14 November 2011

Masalah Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah.

Apakah yang menyebabkan jerawat?

* Gabungan faktor-faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.

* Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi.

* Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.

* Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).

* Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.

* Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.

Faktor-faktor yang mengganggu kulit

* Gangguan hormon disebabkan oleh:

** Tekanan psikologi.

** Pra-haid.

* Faktor persekitaran seperti:

** Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.

** Menggunakan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut.

** Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak kentang goreng).

** Pakaian yang kasar.

* Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

Gejala

* Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.

* Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).

* Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.

* Radang di sekeliling tompokan pada kulit.

* Tompokan pada kulit menjadi berkerak.

* Kulit menjadi berparut.

* Pigmentasi.

Pengurusan sendiri

* Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.

* Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.

* Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

* Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.

* Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.

* Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.

* Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.

* Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.

* Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

* Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.