
pada hakikatnya terapi lintah diketahui boleh membantu merawat perbagai masalah kesihatan membabitkan salur darah, sendi , kulit mahupun penyakit lebih kronik seperti kanser payudara, jantung, kencing manis, bisul, bengkak, resdung, jerawat serta kulit yang bermasalah.
orang ramai di nasihatkan berhati-hati kerana rawatan di beri oleh pengamal tidak terlatih boleh memburukan kesihatan.
rawatan alternatif menggunakan lintah hidup sebenarnya sudah lama diamalkan di luar negara. tetapi ia hanya boleh di lakukan selepas lintah itu menjalani proses nyah bakteria bagi menjamin keselamatan pesakit.
pengamal perlu tahu lokasi tepat pada badan untuk meletakkan lintah dan antara golongan yang tidak boleh diberikan rawatan ialah wanita yang sedang hamil, haid, penghidap pneumonia atau yang baru menjalani rawatan kanser payudara( pembedahan dan selepas menjalani kemoterapi ).
